Wednesday, April 29, 2015

KEJAP BANYAK KEJAP SEDIKIT


 KEJAP ADA KEJAP TAK ADA

 KERISI BALI

<<<  ***  >>>
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan April  2015 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 26 April 2015 (Ahad)
Masa                   : Bertolak: Jam 3.30 pagi / Balik: Jam 6.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 6 orang  
                            (DENNIS WONG, MARK TEN, CHRIS LIAW,
                            KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi               : Waypoint Karang-Karang, Sejali dan 302
Jenis Ikan        :  Kerisi Bali, Kerapu Minyak DLL  
Teknik              : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Dalam trip ini Saudara DENNIS WONG, MARK TEN dan CHRIS LIAW dari Kota Kinabalu sekali lagi menyertai penulis memancing. Sepanjang trip ini cuaca agak baik. Sementara kawasan perburuan kami bermula daripada kawasan Karang-Karang ke Sejali dan 302. Alga Merah masih kelihatan lagi pada waktu petang.  

Trip yang di beri nama KEJAP BANYAK KEJAP SEDIKIT ini berikutan ikan-ikan di sekitar kawasan Karang-Karang, Sejali dan sekiatar kawasan Mengalun kadang-kadang banyak ikan mematuk, kadang-kadang langsung tak ada mematuk. Uji kaji ini dilalui atau dirasai sendiri oleh penulis dalam trip dua hari berturut-turut yang terbaharu minggu lalu. Trip pada 25/4/2015 (sabtu) ikan ikan agak ralat mematuk umpan kami di sekitar kawasan Karang-Karang sahaja tetapi trip pada 26/4/2015 (ahad) pula di kawasan yang sama hingga Sejali dan 302 ikan-ikan kurang mematuk. Rumusan penulis dalam perkara ini adalah akibat Alga Merah yang masih kuat di seluruh kawasan tersebut. Dengan perubahan arah angin daripada timur laut kepada barat daya mulai mei ini alga merah terus lenyap sama sekali.

Walau bagaimanapun ikan ikan seperti Kerisi Bali, Kerapu Minyak dan lain lain dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 KIRI KE KANAN: SAUDARA DENNIS WONG, MARK TEN DAN CHRIS LIAW

TRIP KEJAP ADA KEJAP TAK ADA

 TRIP KEJAP ADA KEJAP TAK ADA

 KERISI BALI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 MAKAN

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA DENNIS WONG

 HASIL YANG DIBAWA BALIK OLEH SAUDARA CHRIS LIAW

 HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA MARK TEN

 HASIL BURUAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

WAKTU SENJA KAMI BALIK


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment