Tuesday, April 21, 2015

SEJALI MULA AKTIF

 SAUDARA SARUM DAN KERISI BALI

 SAUDARA WONG VUN CHENG DAN KERAPU BLACK-DOTTED

 SAUDARA EDWIN FOO DAN KERISI BALI

 SAUDARA GARY FOO DAN DEEPWATER SQUIRRELFISH

 SAUDARA PANYOLAH DAN IKAN KERAPU BARA ATAU SUNO

 SAUDARA PANYOLAH DAN IKAN KERAPU BLUNT-HEADED ROCKCOD

  <<< OOOOO >>>

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan April  2015 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 18 April 2015 (Sabtu)
Masa                   : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 6.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 7 orang  
                            (SARUM SALIM, WONG VUN CHENG, 
                             GARY FOO, EDWIN FOO,
                            KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi               : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan        Kerisi Bali, Ruby, Pelbagai Jenis Kerapu Minyak DLL  
Teknik              : 4 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Saudara SARUM SALIM, WONG VUN CHENG, GARY FOO dan EDWIN FOO  dari Kota Kinabalu sekali lagi menyertai penulis memancing di sekitar kawasan Sejali dan Pulau Mengalun. Cuaca agak beralun pada sebelah pagi tetapi tenang pada sebelah tengahari hingga petang. 

Sejak beberapa bulan lalu ikan-ikan di Kawasan Sejali sangat tidak aktif mematuk umpan tetapi dalam Trip  ini dimana penulis menamakan SEJALI MULA AKTIF, ikan-ikan di kawasan tersebut mula menampakan memakan umpan kami. Perkara ini adalah menunjukan bahawa musim angin Timur Laut mula beralih kepada musim Barat Daya dan juga Alga Merah tidak terdapat lagi di Kawasan Sejali. Umpan Ikan Basong yang agak segar juga kami gunakan. Jika perkara ini akan berterusan di masa akan datang pastinya pemancing yang memburu di kawasan tersebut akan tersenyum lebar, tidak merasa hampa dan bosan. 

Melalui permintaan pembeli ikan Jenis Kerisi Bali, mulai daripada trip ini juga penulis dan dua pembantunya mula mengumpulkan IKAN KERISI BALI dalam karung atau guni seberat 16kilo tanpa dibubuh ais sepanjang trip untuk dijual kepada peraih ikan tersebut iaitu En. Chong daripada Kota Kinabalu, Sabah. Produk Ikan masin bulat daripada kerisi bali yang beliau hasilkan sememangnya bermutu tinggi. Perkara ini penulis sahkan melalui contoh dan testing food yang penulis rasakan sendiri. Sememangnya tidak diragukan rasanya sangat segar, sedap dan wangi aromanya. Ikan masin tersebut boleh dimasak stim halia dan goreng biasa selepas itu dicampur cili padi dan limau kasturi. 
  
Dalam trip ini hasil buruan kami agak tidak mengecewakan. Ikan ikan seperti Kerisi Bali, Ruby, Pelbagai jenis Kerapu dan lain lain dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com
 
KIRI KE KANAN: SAUDARA SARUM SALIM, GARY FOO, 
EDWIN FOO DAN WONG VUN CHENG

SEJALI MULA AKTIF

HASIL DI WAYPOINT PERTAMA

KERAPU BARA ATAU SUNO OLEH SAUDARA PANYOLAH

ANTARA HASIL BURUAN KAMI

KERISI BALI OLEH SAUDARA PANYOLAH

IKAN RUBY SNAPPER

IKAN RUBY SNAPPER

KERISI BALI OLEH SAUDARA EDWIN FOO

KERAPU BLUNT-HEADED ROCKCOD

KERAPU BLUNT-HEADED ROCKCOD

SAUDARA PANYOLAH DAN BLUNT-HEADED ROCKCOD

SAUDARA WONG VUN CHENG DAN KERAPU BLACK-DOTTED

SAUDARA SARUM DAN KERISI BALI

LAGI HASIL BURUAN KAMI

 SAUDARA GARY FOO DAN DEEPWATER SQUIRRELFISH

LAGI HASIL BURUAN KAMI

MAKAN TENGAHARI

LAGI HASIL BURUAN KAMI

HASIL BURUAN DI WAYPOINT TERAKHIR

SAUDARA SARUM SALIM

POTRET KENANGAN

POTRET KENANGAN

HASIL BURUAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

HASIL BURUAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
IKAN KERISI BALI YANG DIJADIKAN IKAN MASIN

SEMASA BALIK NAMPAK CERIA


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment