Monday, September 27, 2010

TRIP BERSAMA CIKGU TAULANI (KM) DAN TUAN YUSUF (JPJ)

IKAN LAUSU (PANGGILAN TEMPATAN) ATAU LANDUK INI TELAH DIPANCING PADA 25/09/10 (SABTU) SEKITAR JAM 5 PETANG DI KAWASAN SEJALI IAITU 12 BATU (ARAH TIMUR) DARIPADA PULAU MENGALUN DENGAN KEDALAMAN 55 METER. IKAN SEBERAT 4 KILO INI MEMANG MEMPUNYAI DAYA LAWAN TINGGI. HABITAT IKAN INI BERGERAK DALAM KUMPULAN DAN BERADA PADA KEDALAMAN SEKITAR ANTARA 20 HINGGA 70 METER. IKAN INI AKTIF MEMAKANKAN UMPAN/PANCING SEKITAR JAM 4 PETANG HINGGA 8 MALAM DAN JAM 5 SUBUH HINGGA 9 PAGI.
 ----------- esmajim.blogspot.com -----------

Salam 1Hobi, 1Destinasi dan 1Impian kepada para pembaca budiman.  Saya berusaha membuat laporan dalam pelbagai cara dan bentuk untuk tatapan, info dan keseronokan bersama. Terawal sekali Salam Kemaafan jika ada kekurangan dan terlebih dalam setiap post saya.

Selain saya dan dua orang pembantu tekong saya, Trip ini disertai oleh dua pemancing hardcore iaitu Cikgu Taulani daripada Kota Marudu, Sabah dan Tuan Yusuf daripada JPJ Kota Kinabalu. Kedua mereka ini sangat dedikasi dan komited dengan minat dan hobi mereka. Saya sangat hormati dan kagum kepada kedua dua mereka.  Terima Kasih atas understanding anda berdua. Daripada hasil yang dipancing masing masing sehingga penghujung trip ini, kedua mereka tersenyum  lebar tanda kepuasan ketika memancing dengan KINGFISH ini. Tanyalah mereka sendiri. Rezeki datangnya daripada Allah jua.

Diberikan butiran trip kami bagi kali kedua ini iaitu seminggu selepas trip pertama seperti berikut:
Tempoh               :  2hari 1malam
Tarikh Bertolak  :  25 September 2010 (Sabtu) (Jam 4.00 Pagi)
Tarikh Balik        :  26 September 2010 (Ahad) ( Jam 1.00 Thari)
Bot                      :  KINGFISH
Keahlian              :  Esmadol, Yusuf, Taulani, Kamarudin dan Panyolah
Lokasi                 :  Sekitar Kawasan Pulau Mengalun dan Sejali sahaja
Jenis Ikan          :  Kerapu, Keresi, Putih, Merah, Lausu, Pisang,
                              Titir, Piring Piring dan lain lain
Teknik                :  Semua Handline kecuali Cikgu Taulani menggunakan
                              Rod & Reel. 
Anggaran Kos    :  RM1,100.00 (Petrol 480 litre x RM1.80 + 2T petrol
                              + umpan Ikan Basung 50 kilo X RM 3.00 + 3 Blok
                               Ais Batu + Bekalan Makanan dll.

Trip KINGFISH bagi kali kedua ini telah pergi jauh daripada Kota Kinabalu. Pada asalnya trip ini hanya memancing dan memburu di sekitar kawasan Pulau Mengalun. Memandangkan keadaan cuaca dan lautan pada pagi 25/9/2010 begitu baik dan tenang sekali, maka keputusan saya dan pembantu tekong memulakan perburuan KINGFISH di kawasan Piring piring ia itu 75 batu daripada Kota Kinabalu. Dianggarkan jika menaiki kapal pancing biasa dengan kelajuan 10 bsj bagi sampai ke destinasi 74 batu akan mengambil masa 9 jam (hanya pergi sahaja). Kebetulan pula stok petrol yang kami bawa mencukupi untuk pergi sejauh itu. 

Dimaklumkan juga antara kawasan yang disinggah untuk perburuan kami mulai pagi hingga petang 25/9/2010 ialah  di kawasan Piring piring, Karang Karang dan Sejali. Kedalaman kawasan perburuan ini di antara 160 hingga 55 meter. Sementara pagi 26/9/2010 ialah di sekitar kawasan Pulau Mengalun dan 302. Para pemancing yang pernah ke kawasan ini sudah tentu lebih mengetahuinya. Anggaran WayPoint yang kami di terokai ialah sekitar 50 posisi. Pada tengah malam sabtu pula kami dibadai oleh ombak dan hujan sehinggakan memaksa kami berlindung di pantai Pulau Mengalun.

Dengan kos yang begitu tinggi bagi setiap trip memancing ke laut lepas, maka saya terpaksa menjual hasil kepada klien dan rakan rakan untuk menampungnya, Mereka juga maha mengetahuinya kualiti dan gred hasil pancingan saya dan kedua tekong saya. Terima kasih atas sokongan anda jau.

Kitaran dari mula hingga berakhirnya rentetan peristiwa trip pertama ini dapat dilihat melalui semua potret di bawah ini. Keseronokan memancing tidak mengenal sesiapa, percayalah. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com

Ikan basung sejumlah 50 kilo di jadikan umpan dalam trip ini
Alat senjata yang kami bawa bersama untuk perburuan
Alat kegunaan Cikgu Taulani
Alat senjata kegunaan Tuan yusuf dan saya yang baru di beli
Dalam perjalanan ke kawasan Paling Jauh (Piring Piring). Cikgu Taulani boleh tidur selesa.
Saya dan Kamarudin pilot yang silih ganti
Kamarudin dan Tuan Yusuf juga diberi peluang mengemudi KINGFISH
Matahari terbit, kelajuan KINGFISH dan lautan tenang
Satu batu sebelum sampai ke waypoint pertama sarapan pagi mesti diambil bersama semua ahli
Ikan pertama yang dinaikkan oleh kamarudin. Kedalaman kawasan ini sehingga 160 meter.
Ikan kerapu spesies laut dalam yang bergred tinggi mutunya
Kerapu Bara oleh Tuan Yusuf perolehi di iringi oleh senyuman manisnya

Ikan tongkol/Bakulan pun makan umpan ku jua
Ibu Keresi Barli ini memang milik ku dengan menggunakan senjata di tangan kiri ku ini.


Ikan pisang spesies laut dalam yang makan pancing ku
Sesi makan tengahari berlatar belakangkan lautan yang tak bertepi lagi tenang
Kami di beri rezeki Baby Ruby Snapper juga selepas santapan tengahari
Tak sangka juga ikan ini masih mendiami kedalaman 120 meter
Sebahagian Baby Ruby Snapper yang kami perolehi
Antara spesies kerapu Bara oleh Tuan Yusuf lagi
Lausu atau Landuk oleh kamarudin. Ikan ini adalah sering menjadi buruan pemancing
Ikan Pisang bersaiz megah mencerca 1 kilo oleh Tuan Yusuf lagi. Memang handal dia ni
Very good size for steam cooking
Senjata baru di beli oleh Tuan Yusuf dan dapat menaikan beberapa ikan pada malamnya
Matahari terbit pada pagi 26/9/2010 diambil daripada bot KINGFISH
Semua ahli membuat persiapan rapi pada awal pagi 26/9/2010 termasuklah Cikgu Taulani.
Awal pagi 26/9/2010 maka: On U mark, Get Set and Go
Kebanyakan jenis ikan Putih inilah yang mengena pada pagi itu. Good size and gred
Merah Sunan lagi ada
Segar lagi berkualiti nilainya
Ikan Kapas laut dalam dan di belakang ialah kamarudin sedang beraksi dengan Handline
Kamarudin dengan Double Hooked Up
Akhirnya Tuan Yusuf juga di kurniakan ibu Keresi Barli bersama Senjata barunya
Wow hebatnya aksi Cikgu Taulani ni, Beliau telah memenangi hadiah potret terbaik trip ini
Ikan Putih ini sudah cukup baik dan bernilai bagi Cikgu Taulani. Lihat je senyuman yang diberi
Pada awalnya dia ni lah pemenang keseluruhannya
Selepas itu saya lah juaranya
Rupanya Kamarudin lagi juara akhirnya sebab ikannya saiz megah lagi berkualiti
Sebelum berkemas balik, ikan pemangsa lain menyambar ikan titir ku ini yang sudah separuh naik
Posing kegembiraan setiap wajah semasa dalam perjalanan balik Kota Kinabalu
Hasil keseluruhan saya dan dua pembantu tekong saya. Di anggarakan 150 kilo
Hasil oleh Cikgu Taulani memenuhi satu tong Colemen dan TAHNIAH
Hasil oleh Tuan Yusuf dan TAHNIAH untuk anda juga
Proses pemunggahan barangan sebaik tiba di Pusat Bandaraya Kota Kinabalu
Kebetulan contoh sahaja: Perbezaan antara Bot KINGFISH dengan Kapal Pemancing Rekreasi
Ikan Sunuh atau Kerapu Bara dijadikan potret kenangan keluarga saya
Mari mari kita tengok siapa kena ikan yang baik lagi berkualiti
Pilih jangan tak pilih. Pilih sampai habis bah
Terakhir sekali terima kasih daun keladi kepada semua klien dan rakan yang sudi membeli

 JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG.