Wednesday, October 20, 2010

IKAN GARAM GARAM, LAUTAN TENANG DAN TRIP EN.YUSNIN

IKAN GARAM GARAM YANG LAZAT DIMAKAN

LAUTAN TENANG MEMUKAU JIWA BAGAIKAN  DI ATAS DANAU

SEMUANYA TERUNGKAI BERSAMA TRIP PANCING EN. YUSNIN INI.

Salam 1Hobi, 1Destinasi dan 1Impian kepada para pembaca budiman. Tiga potret terawal ini adalah sandaran tajuk post penulis pada kali ini. Ianya akan mengisahkan tiga perkara yang berasingan dalam satu trip pancingan KINGFISH  baru baru ini. Diharap semua pembaca budiman agar dapat mengikut pengisahan setiapnya kerana terdapat unsur unsur pengajaran, menghargai yang kita lihat dan mensyukuri nikmat. Penceritaan ini juga berkisar tentang:  i) Cara membuat ikan garam garam;  ii) Keunikan dan keindahan alam semesta ini; dan  iii) Spesies ikan yang kami perolehi. Sesungguhnya sesuatu yang baik lagi indah itu, kita jadikan bekalan dan ajimat yang paling bernilai sebagai panduan dan tauladan.

Oh ya! terawal sekali diberikan butiran trip ini iaitu minggu ketiga bulan Oktober 2010 seperti berikut:
Tempoh               :  2hari1malam. 
Tarikh Bertolak  :  16 Oktober 2010 Sabtu) (Jam 4.00 Pagi)
Tarikh Balik       :  17 Oktober 2010 (Ahad) (Jam 1.00 Petang)
Bot                      :  KINGFISH
Keahlian             :  Esmadol,  Yusnin (TPPT KK), Kamarudin dan 
                              Panyolah
Lokasi                 :  Destinasi sekitar Kawasan 302, 303, Sejali
                               Ruby Snapper(kedalaman 200M) dan 
                               Pulau Mengalun
Jenis Ikan           :  Pelbagai jenis putih seperti Blue Trevally(BT), 
                               Giant Trevally(GT), Gold Spotted Trevally(GST) 
                               dan Pelbagai jenis Kerapu seperti Coral Trout(CT), 
                               Tomato Rockcod(TRC) dan Estuary Cod(EC), 
                               Kerisi Bali, Deepwater Squirrelfish (DS), Pisang,
                               Sweetlip Emperor(SE), Robinson's Seabream(RS),  
                               Long-Spined Snapper(LSS), Titir dan lain lain.
Teknik                :  Tiga orang Handline dan seorang Rod & Reel.


Berikut ini penulis akan menceritakan tentang tiga segmen tajuk post ini, di ikuti dengan beberapa keping potret mengenainya seperti berikut:


IKAN GARAM GARAM
Makanan atau lauk Ikan Garam Garam ini memang sedap dan enak apabila dimakan. Bunyi macam masin sangat dan pantang dimakan oleh orang yang menghidapi penyakit darah tinggi. Sebenarnya tidak kerana kepekatan masin atau garamnya boleh di kawal oleh pembuatnya mengikut citarasa dan kehendak sendiri. Lauk/ikan ini juga boleh di keringkan atau di jemur tanpa garam (zero salt) hanya titisan air masin laut.

Proses membuatnya ialah dengan mengambil ikan baru yang dipancing pada awal pagi ahad atau hari sebelum balik ke tanah besar. Jika ikan semalaman, sudah tak segar lagi dan Jika dibuat awal (sehari sebelum balik) pula, ikan yang diproses itu dikhuatiri akan jadi busuk. Ikan hendaklah bersaiz sederhana dan nipis agar mudah kering oleh mentari. Ikan juga hendaklah di siangkan perut dan sisik terlebih dahulu sebelum di kelar untuk proses pengeringan cepat. Ikan hendaklah di toskan atau dikeringkan (Jangan terlalu Lama) terlebih dahulu. Garam secukup rasa (ikut keperluan sendiri) dibubuh seluruh luar badan dan dalam perut ikan. Selepas itu dijemur sehingga kering dan boleh dibawa balik ke rumah untuk di masak seterusnya dimakan. 

Wow! sungguh menyelerakan apabila di masak dengan apa cara sekalipun tertakluk kepada kehendak masing masing. Penulis dan sekeluarga sangat mengemarinya apabila dimasak dengan hanya menggorengnya sahaja tanpa campuran bahan lain. Sila lihat potret berikut ini yang menjelaskan secara sendiri. Potret ini telah dirakam sepanjang hari ahad lalu (17/10/2010). Selamat mencuba.

 PROSES SEMASA PENGERINGAN AWAL SEBELUM BUBUH GARAM

SELEPAS GARAM DI BUBUH DAN PENGERINGAN DITERUSKAN

IKAN KELIHATAN MENGECUT DAN SEDIA UNTUK DI BAWA BALIK

SAMPAI DI RUMAH. APA LAGI GORENG ATAU MASAK LAH: SEDAP

CORAL TROUT (KERAPU BARA) INI YANG KAMI PANCING DALAM 
TRIP INI JUGA PENULIS BAWA BALIK SIAP SEDIA DI MASAK 'STEAM'

MEMANG BERKUALITI:  KERAPU BERGRED TINGGI PERLU 
DI MASAK 'STEAM' AGAR MELAHIRKAN GAYA HIDUP TINGGI

KERAPU BARA SEMEMANGNYA SANGAT DI GEMARI:
ISI IKAN INI MANIS, HALUS, LEMBUT, PADAT DAN PUTIH KAPAS

HINGGA MENJILAT JARI OLEH IKAN GARAM GARAM DAN KERAPU BARA


LAUTAN TENANG
Dalam segmen ini, Penulis pula akan mencoretkan sikit mengenai situasi sebenar keadaan laut semasa tip kami selama dua hari satu malam ini. Pada awalnya kami tidak yakin dapat lepas kelaut dalam kerana daripada ramalan cuaca dan kekuatan angin  pada 15/10/2010 (Jumaat) yang langsung tidak meyakinkan kami. Walau bagaimaapun penulis apabila berniat hendak ke laut memancing tidak akan menoleh kebelakang atau membatalkan  sahaja trip. Keyakinan, Tawakkal dan disandarkan pada pengalaman adalah kekuatan kepada setiap langkah permulaan kita.

Dengan kekuasaan dan berkat maha berkuasa, ternyata pada subuh 16/10/2010 menyebelahi KINGFISH untuk terus membelah laut membawa kami memancing ke laut dalam. Pada pengamatan penulis trip memancing kami pada kali ini adalah berada seperti di atas air Danau atau Tasik. Begitu tenang tanpa bayu, alun dan ombak. Keunikan  alam semesta ini jelas penulis fahami, rasai dan langsung mengalir hingga ke jiwa.

Selepas penulis menghayati semuanya,  rupa rupanya maha berkuasa juga ada menghadiahkan kami sesuatu keindahan semasa menikmati suasana 'SUNRISE' dan 'SUNSET'. Gabungan warna yang dilahirkannya tersirat seribu erti dan penulis sangat menghargainya. Bahkan para semua pembaca budiman pun akan berkongsi bersama paparan potret potret seperti berikut ini.

KINGFISH MEMPUNYAI FASILITI INI UNTUK ASPEK KESELAMATAN

KINGFISH YANG MEMBELAH LAUT DAN OMBAK

PERCIKKAN AIR LAUT OLEH KINGFISH

DI LEWAT SUBUH PADA 16/10/2010, AIR LAUT TENANG SEKALI

DI LEWAT TENGAHARI JUGA LAUT DAN LANGIT SERUPA BIRU

WAJAH SEORANG PEMANCING YANG JATUH KE LAUT

SESEORANG PEMANCING PERLU MENILAI DIRI MELALUI CERMIN LAUTAN 

PERSIMPANGAN: SETITIK CAHAYA ANTARA DUA ARAH

 KEBEBASAN PEMANCING YANG TERKURUNG

PERASAAN SEORANG PEMANCING YANG TAK MEMPUNYAI WAKTU LAGI

 MONSTER MENGEJAR PEMANCING 
PEMANCING MENGEJAR IMPIANNYA

 IMPIAN SEORANG PEMANCING SELALU SAMAR SEDANGKAN 
DIA SUDAH BERADA DI LAUT DAN LANGIT YANG BIRU LAGI TENANG


TRIP BERSAMA EN. YUSNIN - SPESIES IKAN
Dalam trip bersama En. Yusnin ini, kami masih dimurahkan rezeki lagi. Pelbagai spesies ikan telah kami perolehi dan semuanya adalah menjadi kekuatan semangat kami untuk meneruskan minat. Dengan harapan ini agar satu hari nanti kami bakal menjadi cemerlang. Banyak perkara yang harus kita pelajari dan tempuhi dalam mencapai tahap sebagai pemancing pro. Tetapi tiada yang mustahil jika kita ada keinginan ke arah itu.  

Demikian juga kekuatan En. Yusnin adalah di kagumi oleh penulis dan ahli trip yang lain.  Berkat daripada pengalaman luas dan skill yang di miliki, beliau telah menaikan spesies ikan bergred dan berkualiti tinggi.  Dalam sesi trip ini, penulis agak sukar menandingi beliau. Wow... Rakan rakan beliau di luar sana pun tahu menilai pujian ini. Tak percaya lihat sahaja potret potret seperti di berikan di bawah ini. Pada post kali ini, penulis hanya memberikan potret secara individu ahli trip. Mereka berposing dengan ikan pancingan masing masing. Semuga anda semua terhibur jua. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com


YUSNIN: DENGAN GAYA PRO NYA

YUSNIN: 'BLUE TREVALLY'

KAMARUDIN: 'TOMATO ROCKCOD'

PANYOLAH: 'CORAL TROUT' AND 'ESTUARY COD' 

PENULIS: 'BLUE TREVALLY'

'BLUE TREVALLY' WITH BLUE OCEAN

YUSNIN: 'DEEPWATER SQUIRRELFISH'

KAMARUDIN: 'DEEPWATER SQUIRRELFISH'

PENULIS; 'DEEPWATER SQUIRRELFISH"

'DEEPWATER SQUIRRELFISH' 
KAMI PANCING PADA KEDALAMAN 200M

GIANT DEEPWATER SQUIRRELFISH

YUSNIN: 'GIANT TREVALLY'

KAMARUDIN: 'ROBINSON'S SEABEAM'

PENULIS: 'CORAL TROUT' AND 'TOMATO ROCKCOD"

KAMARUDDIN: 'GOLD-SPOTTED TREVALLY'

KAMARUDIN: KERESI BALI

YUSNIN: 'CORAL TROUT'

BABY SWEETLIP EMPEROR

REDTOOT TRIGGERFISH

KEMBALI SEMULA PADA TENGAHARI 17/10/2010 (AHAD) ADALAH SAAT 
YANG DITUNGGU SEHINGGA KEKUATAN KINGFISH MENCAPAI MAKSIMA

JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG.



Sunday, October 10, 2010

PENGEMBARAAN DAN DUGAAN SEBAGAI PEMANCING KINGFISH

       SELAGI LAUTAN MASIH LUAS DAN TAK BERTEPI
               SELAGI OMBAK  DAN RIBUT MASIH MELANDA LAUT
                        SELAGI IKAN MASIH HIDUP DAN MENGHUNI LAUT
                                 SELAGI IKAN MASIH MENGENAL DAN MEMAKAN UMPAN
                                                   SELAGI ITULAH HATI DAN MINAT INI TERPAUT 
                                                                   SELAGI ITULAH KINGFISH MENITINYA
UCAPAN INI ADALAH GAMBARAN SEBENAR KEPADA TAJUK POST PENULIS PADA KALI INI. PENGEMBARAAN SEBAGAI PEMANCING ADA KALANYA BERJAYA TIDAK KURANG PULA TERUJI DENGAN PELBAGAI DUGAAN. NAMUN PERLU KITA RENUNGI DI SEBALIK SEMUANYA.



PENEMUAN BARU DAN DUGAAN MEMANCING
PERKARA INILAH YANG DIKATAKAN KEKADANG KITA SEBAGAI MANUSIA BIASA TAK MENGETAHUI DI SEBALIK KEJADIAN DAN KETETAPAN ALAM AZALI. LIHATLAH PENEMUAN PENULIS SEMASA BERTEDUH DARIPADA OMBAK PADA SUBUH 09/10/2010 DITANJUNG/HUJUNG BULLI UJUNG PULAU GAYA INI YANG MENYERUPAI MUKA ORANG. (AGAKNYA ORANG SEDANG MAKAN BURGER BIGFISH). BETAPA BESARNYA KEKUASAAN ALLAH TERHADAP CIPTAAN ALAM MAYA INI. KITA HARUS ADA KESEDARAN DAN MUHASABA DIRI TERHADAP KEJADIAN INI. JANGAN HANYA SERONOK UNTUK MENGEJAR HOBI MEMANCING SAHAJA TANPA MEMBUAT PENILAIAN DAN MEMIKIRKAN SEGALA KEMUNGKINAN KEMUNGKINAN LAIN DAN RISIKONYA. SESUAI DENGAN TRIP KAMI, PENULIS MENAMAKAN TEMA PENEMUAN KEJADIAN INI ADALAH MANUSIA, HOBI MEMANCING DAN LAUT BERGELORA. ANDA JUGA MAMPU MENILAI DAN MEMIKIRKANNYA.


THE MAJESTY OF MOUNT KINABALU LAY DOWN BESIDE SUN RISE ON TOP OF THE SEA. TAKEN FROM BULLI UJUNG, PULAU GAYA, KOTA KINABALU ON 09/10/2010 6.29 AM  BY ESMADOL JIMBANG

Pada asalnya trip pengembaraan dan aktiviti pancingan KINGFISH telah dijadualkan ke laut lepas di sekitar kawasan Pulau Mengalun. Namun pada 09/10/2010 keadaan cuaca angin Selatan mencerca sehingga 40 kmj dengan ketinggian ombak 3.5 meter yang tidak mengizinkan, maka trip ini hanya memancing di tukun buatan sendiri sahaja di Pulau Gaya, Kota Kinabalu. Trip ini adalah merupakan reverse trip kepada trip minggu lalu yang banyak kenangan manis dan dugaannya. Daripada sumber maklumat juga semua pemancing yang menaiki kapal pemancing rekreasi  di Kota Kinabalu semuanya berpatah balik daripada meneruskan memancing akibat halangan angin selatan yang kencang melanda di Pantai Barat Sabah seluruhnya.

Daripada penelitian siaran ramalan cuaca pada 08/10/2010 (Jumaat), penulis telah merasakan dugaan dan masalah yang akan kami tempuh nanti pada trip memancing ini. Di tambah pula berita kematian keluarga terdekat yang diterima oleh Pembantu Tekong saya Saudara Panyolah pada awal pagi tersebut. Ucapan Takziah daripada semua ahli trip. Berita ini telah diterima melalui pesanan sms  semasa menunggu angin teduh di balik Pulau Gaya. Beliau telah di hantar semula ke rumah beliau di Pulau Gaya untuk bersiap pergi menziarahi Jenazah arwah di Kota Marudu, Sabah. Beliau telah digantikan oleh Saudara Zainuddin yang kebetulan free masa itu. Jooom ayuh ke laut memancing....

Diberikan butiran trip ini iaitu minggu kedua bulan Oktober 2010 seperti berikut:
Tempoh               :  Sepatutnya 2hari1malam. 
Tarikh Bertolak  :  09 Oktober 2010 Sabtu) (Jam 4.00 Pagi)
Tarikh Balik       :  10 Oktober 2010 (Ahad) (Jam 1.00 Petang)
Bot                      :  KINGFISH
Keahlian             :  Esmadol,  Yusnin (TPPT KK) Kamarudin dan 
                              Panyolah/Zainuddin(Pengganti)
Lokasi                 :  Destinasi sepatutnya sekitar Kawasan 302, 303, 
                               Sejali dan Pulau Mengalun tetapi telah dialihkan
                               ke Tukun Sendiri di Pulau Gaya,K.K.
Jenis Ikan           :  Merah, Kerapu, Kerisi, Pisang dan Titir
Teknik                :  Dua orang Handline dan dua orang Rod & Reel.

Sehingga selesai post ini disediakan oleh penulis keadaan angin selatan masih melanda Pantai Barat Sabah. Walau apapun setiap pengembaraan itu pasti ada dugaannya. kita seharusnya perlu mencari rahsia dan pengajaran di sebaliknya dan bukannya mengeluh. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya.

Penulis membuat sedikit kelainan membuat laporan dalam post kali ini. Sebagai tatapan dan makluman semua pembaca budiman, berikut diberikan butiran pengembaraan dan dugaan serta keunikan trip ini melalui pengisahan cerita dalam potret seperti tertera di bawah ini. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com

-----ooooo-----

Potret berikut adalah semasa persediaan pemunggahan petrol dan peralatan lain ke dalam bot KINGFISH pada pagi 08/10/2010 (Jumaat). Pembelian Ais Blok di pasar ikan Kota Kinabalu juga perlu dilakukan lebih awal agar trip berjalan lancar tanpa gangguan dan kelewatan.

PETROL SECUKUPNYA DAN PERALATAN LAIN DIPUNGGAH DARIPADA KENDERAAN

BUKANNYA MUDAH DAN MURAH MENYEDIAKAN PERALATAN DAN BAHAN INI


PROSES PENGISIAN PETROL KE DALAM TANGKI UTAMA KINGFISH


Potret berikut bagaimana penulis mencari umpan yang sesuai pada awal subuh di Pasar Borong Ikan Kota Kinabalu sebelum trip berlepas.  Amalan dan rutin ini adalah kemestian penulis sebelum bertolak untuk memancing ke laut lepas. Pembelian dan kegunaan umpan ini akan dikongsi dengan pemancing lain yang turut bersama trip KINGFISH.

TAK SEMUA IKAN BOLEH DIJADIKAN UMPAN DAN TAK SEMUA IKAN MEMAKAN UMPAN

UMPAN YANG BAIK AKAN MEMPEROLEHI IKAN JENIS YANG BAIK JUGA

KUALITI DAN KUANTITI UMPAN YANG MENJADI PERKONGSIAN SEMUA AHLI TRIP

Potret berikut merupakan bermulanya pengembaraan dan perjalanan KINGFISH seawal jam 5.00 pagi. ketika inilah bening dan sapaan pagi mula terasa dan dirasai. Ketika ini juga suasana di Kota Kinabalu mula cerah. Pada awal pagi 09/10/2010 (Sabtu) angin selatan mula dirasai kencangnya.  Kami terus bergerak perlahan dan berlepas daripada hujung Bulli Ujung Pulau Gaya ke Laut Lepas. Namun terpaksa berpatah balik dan berteduh seketika untuk memerhatikan keadaan cuaca di balik Bulli Ujung. Nama Bulli Ujung ini berasal daripada Bahasa Bajau yang bererti Hujung Tanjung Yang Paling Akhir. 

SEMASA SUBUH HARI  JIKA G. KINABALU DILIPUTI AWAN SEPERTI INI PETANDA ANGIN KENCANG

PERGERAKAN KINGFISH YANG MASIH TENANG SEMASA MASIH BERADA DI BALIK PULAU GAYA

KINGFISH YANG MEMBERANIKAN DIRI UNTUK MEMBELAH OMBAK SETINGGI 3.5M

Potret berikut menujukan kami mengambil masa untuk berteduh seketika di Bulli Ujung Pulau Gaya untuk memerhatikan kekuatan Angin Selatan samaada akan beransur pulih atau sebaliknya. Seperti pemancing lain juga harapan dan azam kami agar sampai memancing ke destinasi sebenar dilaut lepas. Namun percubaan pertama menemui kehampaan, kami masih tetap setia sehingga cuaca pulih sepenuhnya. 

Dalam kami menanti sambil berehat dekat balik Bulli Ujung Pulau Gaya, Saudara Kamarudin dan penulis ternampak satu keajaiban alam semesta betul betul terlekat di Bulli Ujung Pulau Gaya iaitu menyerupai potret muka orang menghala ke Laut Cina Selatan.  Dalam masa yang sama pula Saudara Panyola mendapat khabar berita dari sms bahawa saudara terdekat di Kota Marudu telah pergi selamanya. Simpati dan Takziah. Kedua dua penemuan dan berita ini hanyalah kebetulan sahaja. Semua pembaca budiman boleh menafsirkanya.

KEADAAN AWAN BERTOMPOK TOMPOK YANG BERGERAK DERAS

AWAN BIRU DI KAKI LANGIT JELAS MENUNJUKAN KEKENCANGAN ANGIN SELATAN

YUSNIN DAN PANYOLAH: DALAM WAJAH HAMPA TERSIRAT ADA KESERONOKAN

RENUNGAN JAUH YANG MEMOHON RESTU AGAR ANGIN CEPAT REDAH

BATU BULLI UJUNG PULAU GAYA YANG MENYERUPAI WAJAH ORANG OLEH : KINGFISH

BULLI UJUNG INI JUGA MEMPUNYAI GUA SARANG BURUNG KELAWAR DAN LAYANG2

TEBINGAN BULLI UJUNG JUGA SESUAI UNTUK CASTING GIANT TRAVELLY(GT)

PANYOLAH: WAJAH SEDIH SELEPAS MENERIMA BERITA KEMATIAN SAUDARA TERDEKAT

Potret berikut menceritakan pula detik detik kegembiraan memancing di tukun buatan sendiri dekat Pulau Gaya. Bah kata pepatah melayu lama: Tak dapat kepala, ekor pun jadilah; Tak dapat memancing ke laut lepas, tukun sendiri pun jadilah asalkan jangan hampa terus dan sedikit hasil dapat di bawa balik. Menempuh satu perjalanan itu pasti ada dugaannya. Lautan mana yang tidak bergelora.

IKAN DIPANCING ITU, WALAU TELAH NAIK KEATAS NAMUN TERLEPAS JUA

JENIS UMPAN, MEMOTONG DAN MENGGUNAKANNYA HENDAKLAH BETUL

AKU, IKAN PANCING DAN RAKAN TRIP

AKU, IKAN PANCING, PULAU DAN LAUT

AKU MEMANCING IKAN KERISI YANG CANTIK SAHAJA

AKU, SET BARU KU, KERAPU, BANGUNAN TUN MUSTAPHA DAN TELUK LIKAS

YUSNIN: MEMANCING PERLU BANYAK KESABARAN DAN KETENANGAN

YUSNIN: TANPA DUGAAN KITA TAK MENDAPAT BANYAK PENGALAMAN MEMANCING

YUSNIN: SELEPAS DUGAAN, INILAH HASIL KEGILAAN HOBI KU PEROLEHI

YUSNIN: DALAM DUGAAN ITU JUGA TERSIRAT MAKNA REZEKI DISEBALIKNYA

ZAINUDDIN: IKAN TITIR INI HAMPIR MENYERUPAI SELUAR KU

SEBAHAGIAN HASIL PANCINGAN KAMI SEBELUM BERPINDAH KE TUKUN DEKAT TELUK LIKAS

Potret berikut ini menunjukkan bekalan kami sepanjang trip ini. kami juga dapat menjamu makanan ini dengan penuh selera sebelum berlepas balik ke Pusat Bandar Kota Kinabalu. Daripada penulisan, rentetan pengembaraan dan dugaan dalam trip ini diharap dapat dikongsikan dengan para pembaca budiman semua. Potret terakhir dalam post ini juga dirakamkan didepan rumah penulis (Taman Kingfisher, Likas, Kota Kinabalu) sekitar jam 5.14 petang pada 10/10/2010 (ahad). Dimana Angin Selatan masih bertiup kencang boleh di lihat melalui hayunan/hembatan pada daun pokok kelapa dan pisang.


MENU DIJADIKAN BEKALAN : BIARLAH TAK MUDAH BASIH DAN TAHAN LAMA

JANGAN TOLEH KEBELAKANG APABILA MENJAMU SELERA MENU KINGFISH

POTRET INI DI AMBIL DI DEPAN RUMAH PENULIS PADA 10/10/2010 (AHAD) JAM 5.14 PETANG

JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG.