Monday, December 12, 2011

SUKA RIA MEMANCING

 SAUDARA WILSON DAN BABY GT
::::::::::OOOOO:::::::::::

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, di berikan butiran trip seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 11 Disember 2011 (Ahad)
Masa                   : Bertolak: Jam 5.00 pagi / Balik: Jam 1.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 8 orang  
                              (WILSON (KETUA), HSEAN, EASON,
                               JONATHAN, AUGUSTINE,
                               KAMARUDIN DAN IR SYAD)                  
Lokasi                : Tukun Sendiri dan Sekitar Pulau Gaya                   
Jenis Ikan         :  Kerisi, Baby GT, Titir, Kerapu DLL  
Teknik                : 6 orang Rod and Reel dan 2 orang Handline.

Trip memancing ini telah di selaraskan oleh Saudara WILSON dan di sertai oleh rakan rakan beliau seperti Saudara HSEAN, EASON, JONATHAN dan AUGUSTINE. Kumpulan pemancing ini adalah bagi kali pertama menyertai bot KINGFISH. Dalam trip ini, angin barat daya telah membadai sekitar pantai barat Sabah dengan kelajuan melebehi 30kmj. Seawal jam 5 pagi lagi hujan dan angin agak kencang dan berterusan hingga petang. Akibat tiupan angin tersebut, sauh/anchor bot KINGFISH juga telah tersangkut di salah satu lubuk memancing dan terpaksa diputuskan untuk di tinggalkan sahaja. Lantaran itu Saudara Kamarudin sebagai tekong hanya membawa pemancing ini memburu disekitar balik Pulau Gaya. Ikan ketika itu pula tidak mematuk.  Hasil buruan ada juga di bawa balik oleh ahli kumpulan ini. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com
 SEMASA AWAL SUBUH MEMPERKEMASKAN SENJATA MASING MASING

 SAUDARA JONATHAN DAN IKAN KERAPU

 SAUDARA WILSON DAN IKAN PASIR PASIR

 SAUDARA AUGUSTINE DAN IKAN KERISI

 SAUDARA JONATHAN DAN IKAN KERAPU LAGI

 SAUDARA WILSON DAN JONATHAN DENGAN HASIL TANGKAPAN

 SAUDARA AUGUSTINE DAN IKAN KERISI

 SAUDARA KAMARUDIN DAN IKAN TITIR


 SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG