Thursday, August 26, 2010

REKREASI DI TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN, KOTA KINABALU

KINGFISH menawarkan perkhidmatan rekreasi dan santai serta "Island Hoping" kepada anda di luar sana yang ingin mencuba pengalaman yang belum pernah dirasai sebelum ini. Sekali mencuba pasti menjadi satu memori dan pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan selama lamanya. KINGFISH boleh membawa seramai dua belas (12) orang penumpang setiap kali bergerak sebagai mana yang disyaratkan dalam lesen oleh Jabatan Laut Sabah.

Sesungguhnya perkhidmatan KINGFISH bagi sekitar Pulau-Pulau di Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu ini sangat menyeronokan dan mempersonakan. Anda jangan terlepas peluang untuk menerokainya. Perkidmatan yang dimaksudkan adalah seperti:
1.  Merasai dan mempelajari sendiri cara pemanduan bot gentian kaca.
2.  Melihat gaya hidup dan rumah tradisi kampung air bagi penduduk sekitar Pulau Gaya.
3.  Melihat cara-cara tangkapan nelayan tradisi penduduk Pulau Gaya.
4.  Menyusuri ke beberapa resort dan pulau-pulau peranginan yang tersergam indah di sekitar Taman Tungku Abdul Rahman, Kota Kinabalu.
5.  Memancing, trolling dan popping di tukun ikan buatan sendiri atau kawasan sekitarnya.
6.  Mandi manda atau snorkeling di pantai yang bersih dan indah.
7.  Menikmati jamuan makan tengah hari sama ada dalam KINGFISH atau di salah satu pantai yang terpilih.
8.  Dan banyak lagi mengikut citarasa dan kehendak anda yang memerlukannya.

Bagi laporan aktiviti perkidmatan membawa anda Memancing Ke Laut Dalam atau Lepas di Kawasan Pulau Mengalun, Pulau Tiga dan Pulau Mantanani akan menyusul kemudian.

Dibawah ini dipaparkan beberapa keping potret semasa membawa "Fam-Trip"  beberapa rakan pemilik KINGFISH pada 08 Ogos 2010 di sekitar Taman Tunku Abdul Rahman. Kota Kinabalu untuk dijadikan tatapan dan pedoman anda sahaja. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi

No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com


                       Penjenamaan ini telah difikirkan sekian lama 
                          Dan akhirnya terjemahlah KINGFISH


                       KINGFISH dijana oleh enjin YAMAHA 60 kk x 2 
                               Dengan kadar purata kelajuan 35 km/j


                Bermulanya di sini satu perjalanan santai dengan KINGFISH
                         (daripada jeti dekat Bandaraya Kota Kinabalu)


   Pemandu yang cekap di udara dan darat tidak semestinya cekap di laut
   Anda teringin dan boleh merasai pengalaman sebagai pilot KINGFISH


      Dua senyuman yang cukup manis dan mengoda... santai habis bah


      Masih lagi sesi bersantai dan berposing dengan riang di atas KINGFISH


        Daripada raut muka dan senyuman tergambar posing santai mereka


                   Masih meneruskan gaya santai yang cukup selesa 
                             dengan "Sun, Sea" & KINGFISH

     Pemandangan Kampung Air di Pulau Gaya sungguh unik dan menarik
                     Penduduknya pun cukup ramah dan mesra. 


 KINGFISH membawa anda menyusuri  ke SMK dan SRK Pulau Gaya
        Keunikan kedua dua sekolah ini adalah terletak di atas air
             Jiwa cukup tenang bercampur simpati melihatnya


Nun di belakang KINGFISH, keindahan salah sebuah resort di Pulau Gaya 
               Melihatnya secara dekat adalah mempersonakan
                    Seolah olah anda tidak mempercayainya


        Anda juga boleh menikmati jamuan di resort tersebut dengan 
            kos tanggungan sendiri atau tempahan yang diatur khas


            Cara tangkapan nelayan tradisi di sekitar Pulau Gaya adalah 
                   santapan mata yang sukar didapati di tempat lain


                                Apabila berada di atas KINGFISH
                                     Jangan lupa mengail ikan
                                Ikan di kail pelbagai jenis
                                     Sahaja untuk satu keseronokan


                                  Menggunakan teknik "Handline" 
                                       Patukan ikan sangat terasa
                                  Namun "Rod, Popping dan Trolling" 
                                       juga boleh bah


     Mengambil posing dengan ikan tangkapan adalah satu kemestian
 bagi diabadikan untuk kenangan dan tatapan rakan dan keluarga anda

        Dapat menaikan seekor ikan merah pun satu kepuasan untuk anda
        Nun jauh di sana adalah Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah


 Ada mengatakan ikan di perairan Pulau Gaya dah hampir tiada
    Namun anda akan menerokai tukun ikan KINGFISH buatan sendiri
 Ada mengatakan ikan perairan Pulau Gaya hanya tinggal saiz kecil sahaja
    Namun anda akan mendapat ikan pelbagai jenis, mega saiz juga kerisi


    Jamuan makan tengah hari secara "Lunch Pack" yang dibawa sendiri 
  atau diatur/disedia oleh KINGFISH boleh dinikmati di pantai yang terpilih. 
                 Layan diri atau "special arrangement" pun boleh ba


                         Jika tak kenyang dan kurang rasa resepinya
                         Jangan lupa maklumkan pemilik KINGFISHnya
                         Tapi jika dah duduk makan begini rupanya
                         Macam dah tak ada Komplain lagi tentangnya

                    Santai dan bersembang sepanjang hari pun boleh bah...

                          Pantai yang indah
                                 Pantai yang tenang
                                       Pantai yang bersih
                                             Pantai yang biru
                                                  Anda terpegum dan terpesona


              Selepas makan tengah hari anda boleh melakukan aktiviti 
              sesi fotografi, snorkelling, tidur atau terus bersembang lagi

                               Teruskan mandi manda tanpa had masa
                                   Tak tahu berenang pelampung ada


                    Leave nothing but footprint
                           But dont forget to take picture before leaving

                 Ingat sekali lagi jangan meninggalkan apa apa
                            kecuali terus bersesi fotografi selepas tu baliklah


                              Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu 
                                   Lambang kemegahan Negeri kami
                              Semua tersenyum dalam sesi fotografi
                                   Satu kepuasan perkhidmatan kami



                   JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG.








Sunday, August 22, 2010

THE MAKING OF MY "KINGFISH"


Bermulanya pembinaan sebuah bot pancing dan rekreasi bernama "KINGFISH" dengan Lesen Bot daripada Jabatan Laut Negeri Sabah Nombor "JN 5577/2/P".

Bot daripada Gentian Kaca ini berukuran 28 kaki panjang dengan menggunakan Enjin YAMAHA 60 kuasa kuda X 2 unit serta berkelajuan 35 batu sejam. Bot ini juga dilengkapi dengan semua peralatan keperluan keselamatan semasa di laut, Kusyen tempat duduk dan untuk tidur, Generator X 4 unit Lampu limpah (guna apabila memancing waktu malam), Atap + Tepi kiri/kanan + Depan di tutup oleh Kanvas bagi melindungi daripada Hujan dan Panas Matahari, 8 Rod Holder, Fish Finder, GPRS dan banyak lagi. Seperkara lagi nak bagi tahu pembaca budiman bahawa saya mempunyai sebanyak lebih kurang 400 Waypoint lubuk atau karang ikan dalam GPRS saya dalam sekitar kawasan Pulau Mengalun, Pulau Mantanani dan Pulau Tiga. Bagi menerokai semua waypoint tersebut kena memancing antara 3 hingga 7 hari.

Bot ini saya dan sekeluarga serta rakan rakan gunakan untuk tujuan memancing dan bersantai ke sekitar kawasan Taman Tungku Abdul Rahman (Kota Kinabalu), Pulau Mengalun (Kota Kinabalu), Pulau Tiga (Kuala Penyu) dan Pulau Mantanani (Kota Belud). Aktivit ini hanya lah sekadar hobi sahaja.

Selagi ada laut biru
        Selagi ada riak ombak
                Selagi ada ribut melanda
                        Selagi ada ikan memakan umpan
                                Selagi ada pulau memanggil
                                        Selagi itu hobi ini bertaut.

Jika pembaca budiman diluar sana mempunyai minat sama 1Hobi, 1Destinasi dan 1Impian. Sila hubungi saya pada bila bila masa sahaja. Laporan dan gambar gambar selanjutnya akan menyusul kemudian selepas ini dan jumpa lagi. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com