Wednesday, April 15, 2015

UMPAN BASONG LEMBUT YANG MENGECEWAKAN

 SAUDARA MARK TEN DAN KERISI BALI

 IKAN CINCULU

-XXXXX-

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan April  2015 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 12 April 2015 (Ahad)
Masa                   : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 5.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 7 orang  
                            (DENNIS WONG, MARK TEN, 
                             ROBERT CHONG, LIM FONG LEE, 
                            KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi               : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan        Kerisi Bali, Cinculu, Kerapu Minyak DLL  
Teknik              : 4 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Dalam trip ini Saudara DENNIS WONG, MARK TEN, ROBERT CHONG dan LIM FONG LEE dari Kota Kinabalu sekali lagi menyertai penulis memancing di sekitar kawasan Sejali dan Pulau Mengalun. Sepanjang trip ini cuaca agak baik. 

Trip UMPAN BASONG LEMBUT YANG MENGECEWAKAN adalah sebagai tajuk penulisan dalam post kali ini. Umpan ikan basong yang LEMBUT/LEMBIK/LICAK sangat mengecewakan kami. Pada asalnya umpan yang penulis beli dari pasar SAFMA Kota Kinabalu seberat 30 Kilo pada subuh hari trip ini kelihatan segar dan sesuai untuk dijadikan umpan sepanjang trip ini. Malangnya umpan tersebut tidak seperti fizikal asal dibeli. Sekitar jam sembilan (9) pagi UMPAN BASONG kami bertukar menjadi lembut/Lembik/Licak. Bukan kerana busuk tetapi basong tersebut seolah olah telah digaul dengan bahan kimia menyebabkan ianya sangat lembut.  Dalam hal ini umpan yang lembut adalah tidak berkesan digunakan pada kedalaman laut melebihi 100 Meter. Umpan tersebut akan tertanggal dengan sendirinya dipertengahan jalan semasa diturunkan ke dasar laut. Pastinya ikan tidak akan memakan atau mematuk pancing kita yang tanpa umpan. Ianya hanya membuang masa kita sahaja menunggu ikan mematuk mata kail dalam beberapa minit. Umpan Basong yang direndam dengan bahan kimia juga pastinya tidak akan dimakan ikan. Deria ikan di dasar sana lebih tinggi menghidu umpan basong yang berkimia. Tambahan lagi dalam trip ini ALGA MERAH (Red Tide) masih ada seluruh kawasan Sejali dan Pulau Mengalun. 

Walau bagaimanapun dalam trip ini hasil buruan kami hanya sederhana. Ikan ikan seperti Kerisi Bali, Cinculu, Kerapu Minyak, Pisang Pisang dan lain lain dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

KIRI KE KANAN: SAUDARA DENNIS WONG, LIM FONG LEE, 
ROBERT CHONG DAN MARK TEN

GUNUNG KINABALU YANG INDAH

 GUNUNG KINABALU YANG PERMAI

 RIAK OMBAK

 SINARAN

MEMBUAT PERSEDIAAN

SARAPAN 

KERISI BALI

CINCULU

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

LAGI HASIL BURUAN KAMI

 MAKAN TENGAHARI

 SAUDARA MARK DAN KERISI BALI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 PISANG PISANG

 HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA DENNIS WONG

 HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA MARK TEN

 HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA LIM FONG LEE

 HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA ROBERT CHONG

KETIKA MENGHAMPIRI JETI SEMASA BALIK


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment