IKAN SULIT MERAH
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH
MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip
dalam bulan September 2014 seperti berikut:
Tempoh : 1hari
Tempoh : 1hari
Tarikh : 28 September 2014 (Ahad)
Masa : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 7.00 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 6 orang
( MARK TEN, DENNIS WONG, CHRIS LIAW,
KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi : Waypoint Pulau Mengalun dan 302
Jenis Ikan : Tenggiri, Kerisi Bali, Sulit Merah,Tambak/Landuk
Merah, Kerapu Minyak, Pisang-Pisang, Titir DLL
Teknik : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Seperti kebiasaannya Saudara MARK TEN, DENNIS WONG dan CHRIS LIAW dari Kota Kinabalu selalu menyertai penulis memancing. Pemancing ini jika ada peluang dan ruang ditawarkan oleh penulis pastinya akan mengisi slot trip. Bagi mereka memancing adalah satu tuntutan hobi sambil memakan ikan segar dari laut. Ikan pancing mempunyai isi daging ikan yang sangat segar di masak dan sedap dimakan.
Bagi saudara DENNIS WONG mempunyai keinginan dan mimpi yang agak tepat dalam trip memancing pada kali ini. Keinginan dan mimpi ini beliau telah maklumkan awal kepada penulis semasa kami menunggu cuaca teduh di belakang Pulau Gaya di awal pagi. Bahkan jika tak ada ikan tenggiri dalam trip ini dia membawa penulis sekali lagi untuk memancing ikan tenggiri pada malam Jumaat akan datang ini dekat takat kapal karam 3 batu dari Pulau Gaya atau Takat Tumai 10 batu daripada Pulau Gaya. Bagi beliau isi ikan tenggiri yang segar sangat enak dan lunak dimakan, walau dimasak cara apa sekali pun. Ikan tenggiri adalah idaman dan buruan beliau selama ini untuk jamuan bersama keluarga. MIMPI TENGGIRI ini telah menjadi kenyataan dimana Saudara Dennis Wong telah dapat memburunya sebelum tengahari pada 28 September 2014 di sekitar kawasan Pulau Mengalun, Kota Kinabalu. Walaupun hanya se ekor ikan tenggiri sahaja dapat diburu namun keinginan beliau telah ditunaikan. Dalam trip ini juga kami telah memburu ikan seperti Tenggiri, Kerisi Bali, Sulit Merah, Landuk/Tambak, Merah, Kerapu
Minyak, Pisang-Pisang dan Titir. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
HASIL BURUAN DI AWAL PAGI
IKAN SULIT MERAH MULA STRIKE OLEH SAUDARA KAMARUDIN
DI SUSULI OLEH SAUDARA PANYOLAH
IKAN SULIT MERAH DOUBLE HOOKED
ANTARA SULIT MERAH YANG KAMI BURU
SAUDARA CHRIS LIAW AMAN MEMBURU SULIT MERAH
DOUBLE HOOKED OLEH SAUDARA CHRIS LIAW
MAKAN TENGAHARI
KERISI BALI OLEH SAUDARA MARK TEN
SAUDARA DENNIS WONG MIMPI TENGGIRI
GEMBIRA DAPAT MEMBURU TENGGIRI
TENGGIRI DAN KERISI BALI NAIK SERENTAK
LAGI HASIL BURUAN KAMI
IKAN TAMBAK ATAU LANDUK
MERAH
KERISI BALI PASIR
LAGI HASIL BURUAN KAMI
HASIL BURUAN DI POINT TERKAHIR SEBELUM BALIK
HASIL BURUAN OLEH SAUDARA CHRIS LIAW
HASIL BURUAN OLEH SAUDARA DENNIS WONG
HASIL BURUAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
POSING SAUDARA CHRIS LIAW DENGAN TENGGIRI
SEMASA BALIK SEMUANYA THUMB UP
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG