"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH
MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip
dalam bulan September 2013 seperti berikut:
Tempoh : 1hari
Tempoh : 1hari
Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)
Masa : Bertolak: Jam 5.00 pagi / Balik: Jam 2.00 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 5 orang
(ALEX CHIN, TIMOTHY CHAI,
KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)
Lokasi : Waypoint Pulau Gaya
Jenis Ikan : Baraccuda, Kerapu Minyak, Titir DLL
Teknik : 2 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Saudara ALEX CHIN dan TIMOTHY CHAI dari Kota Kinabalu menyertai penulis sekali lagi. Trip ini sepatutnya dibatalkan akibat ramalan cuaca angin Barat Daya agak kencang yang mencerca sehingga 33kmj tetapi Saudara Timothy dan Alex telah bersungguh sangat memancing sebab sudah lama tidak ke laut. "Dia Bilang Tangan Dah Gatal". Ramalan cuaca sememangnya tepat sekali. Kami hanya dapat memancing sekitar kawasan Kapal Perang Tenggelam (Shipwreakage) 5 batu dari Pulau Gaya dan tukun penulis dekat Pulau Gaya sahaja. Apakan daya kami tidak dapat memancing ke laut lepas sekitar Pulau Mengalun walaupun sudah sampai dipertengahan jalan di awal pagi. ANGIN KENCANG ADALAH SALAH SATU FAKTOR PENGHALANG UTAMA PEMANCING BERAKSI.
Kami memancing di sekitar kawasan Pulau Gaya sahaja dengan menggunakan teknik trolling dan bottom. Ikan
ikan seperti Baraccuda, Kerapu Minyak, Titir dan
lain lain dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
SEMASA BERTOLAK DI AWAL SUBUH
ANTARA HASIL OLEH SAUDARA KAMARUDIN
DAN PANYOLAH DIAWAL PAGI DEKAT TUKUN PENULIS
MAKAN TENGAHARI SAMBIL MEMANCING DEKAT PULAU GAYA
(DEKAT TUKUN PENULIS)
TETAP AMAN DALAM HATI SAUDARA TIMOTHY
TEKNIK TROLLING JUGA KAMI GUNA
SAUADARA ALEX DENGAN KECERIAAN
WALAU HASIL BURUAN KURANG KAMI TETAP PUAS HATI
HASIL KESELURUHAN OLEH DUA PEMBANTU PENULIS
(SAUDARA KAMARUDIN DAN PANYOLAH)
HASIL YANG DAPAT DI BAWA BALIK OLEH
SAUADRA ALEX DAN TIMOTHY
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG