Tuesday, May 26, 2015

ANAK IKAN BUNTAR


 SAUDARA CHRIS LIAW DENGAN KERAPU BINTIK LAUT DALAM

((( XXX )))

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan Mei 2015 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 24 Mei 2015 (Ahad)
Masa                   : Bertolak: Jam 3.00 pagi / Balik: Jam 6.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 6 orang  
                             (MARK TEN, CHRIS LIAW, ROBERT CHONG, 
                            KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi               : Waypoint Ruby 304, 303 dan 302 
Jenis Ikan        : Kerisi Bali, Ping Pong,  Kerapu DLL.
Teknik              : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Sekali lagi Saudara MARK TEN, CHRIS LIAW dan ROBERT CHONG menyertai penulis memancing di kawasan Ruby 304, 303 dam 302 berhampiran Pulau Mantanani Kota Belud. Purata kedalaman kawasan ini adalah sekitar 200 meter daripada paras laut atas. Keadaan laut sepanjang trip ini hujan semasa awal pagi dan selepas tengahari berombak dengan tiupan angin barat daya. Keadan cuaca ini menyebabkan kami tidak selesa memancing. 

Semasa memancing di kawasan kedalaman antara 200-160 meter di kawasan ruby 304 dan 303 kami telah diserang ANAK IKAN BUNTAR. Ianya bersaiz purata 4' hingga 5' setiap seekor. Anak anak ikan buntar ini terlalu banyak di dasar laut sana menyebabkan umpan belum sampai ke dasar telah habis di makan olehnya. Ikan-ikan lain di dasar tidak sempat memakan umpan. Pada asalnya ahli trip merasa hairan kenapa tali braided line 100lbs mereka tiba-tiba putus di pertengahan. Setelah diteliti dan diperhati, rupa-rupanya ANAK IKAN BUNTAR ini telah mengigit tali braided line yang bersinar apabila terpancar cahaya matahari disangkanya satu makanan macam planton. Pada kedalaman 200 meter pun, ikan ikan ini juga boleh mengejar mata kail sehingga ke permukan paras laut dekat bot kami seolah-olah tiada tekanan air laut baginya. Ianya tidak kurang juga menyangkut di mata kail kami yang tanpa umpan. Pantang umpan jatuh ke dasar sana terus dimakan bagaikan ikan pirahna Sungai Amazon. Penulis menganggarkan anak ikan buntar ini beribu-ribu banyaknya di dasar sana. Dalam keadaan ini pastinya hasil tangkapan di kawasan berkenaan sangat kurang disebabkan umpan ikan basung kami belum sampai ke dasar laut sudah habis dimakannya.

Walau bagaimanaun ikan-ikan seperti kerisi Bali, Ping-Pong atau Piring-piring, Kerapu dan lain-lain telah dapat di bawa balik. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 KIRI KE KANAN: 
SAUDARA CHRIS LIAW, ROBERT CHONG DAN MARK TEN

ANTARA HASIL BURUAN KAMI

ANTARA HASIL BURUAN KAMI

ANTARA HASIL BURUAN KAMI

MAKAN TENGAHARI

HASIL KESELURUHAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA MARK TEN

HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA CHRIS LIAW

HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA ROBERT CHONG
 
 SAUDARA CHRIS LIAW BERPOSING DENGAN KERAPU

 SAUDARACHRIS LIAW BERPOSING DENGAN KERAPU

 HUJAN LEBAT MENYAMBUT KEPULANGAN KAMI

HUJAN LEBAT MENYAMBUT KEPULANGAN KAMI

SAUDARA ROBERT CHONG KETIKA SAMPAI JETI SEMULA



SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG



Monday, May 25, 2015

CINCULU DAN KINGFISH TUMPAS OLEH JIGGING TIMOTHY

 
 IKAN CINCULU TUMPAS OLEH JIGGING
SAUDARA TIMOTHY CHAI

 IKAN KINGFISH TUMPAS OLEH JIGGING
SAUDARA TIMOTHY CHAI

 KERAPU OLEH SAUDARA MICHAEL CHONG

 KERISI BALI OLEH SAUDARA DESMOND CHONG
 
 TITISAN HUJAN DALAM TEDUH
 
---  XXX  ---
 
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan Mei  2015 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 17 Mei 2015 (Ahad)
Masa                   : Bertolak: Jam 3.30 pagi / Balik: Jam 6.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 7 orang  
                            (TIMOTHY CHAI, DESMOND CHONG, 
                             MICHAEL CHUNG, WILSON NGU,  
                             KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi               : Waypoint Karang-Karang, Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan        Cinculu, Kingfish, Kerisi Bali, Merah, Kerapu Minyak,
                             Putih, Pisang-Pisang  DLL  
Teknik              : 4 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Saudara TIMOTHY CHAI, DESMOND CHONG, MICHAEL CHUNG dan WILSON NGU sekali lagi menyertai penulis. Cuaca sepanjang hari baik dan arus juga tidak terlalu deras. Cuaca sepanjang bulan Mei 2015 ini sememangnya teduh sekali dan diharap ianya berterusan sehingga bulan Jun depan.   Destinasi kami dalam trip ini di Kawasan Karang-Karang, Sejali dan Pulau Mengalun.
 
Dalam trip ini penulis namakan CINCULU DAN KINGFISH TUMPAS OLEH JIGGING TIMOTHY. Saudara Timothy Chai telah cemerlang sekali dengan teknik pancingan beliau iaitu cara JIGGING sahaja. Sepanjang hari dalam trip ini beliau hanya menggunakan teknik jigging sahaja dan hasilnya sangat memuaskan. Beliau telah menaikkan ikan Cinculu dan Kingfish bersaiz besar selain pelbagai jenis ikan lain. Semua ahli trip hampir tumpas dan kecewa oleh hasil buruan beliau. Sejak beberapa kali yang terakhir ini dimana dia menyertai bot penulis, beliau sangat berjaya dengan teknik jigging. Bagi penulis Saudara Timothy telah menemui titik sentuhan jigging walau dilaut dalam sehingga 200meter sekalipun.  Sesiapa yang suka jigging, penulis syorkan agar dapat belajar dan bertanya dengan Saudara Timothy Chai dalam memburu ikan dengan jigging.  HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 
KETIKA MEMBUAT PERSIAPAN SENJATA BURUAN

 
SEDIKIT HUJAN DALAM TEDUH

 
AWAN JUGA RENDAH DI AWAL PAGI

 CUACA TENANG

 HASIL BURUAN DI AWAL PAGI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 CINCULU YANG MENGENA JIGGING SAUDARA TIMOTHY CHAI

 KINGFISH YANG MENGENA JIGGING SAUDARA TIMOTHY CHAI

 MEMATIKAN IKAN DENGAN MENGEJUT UNTUK DI JADIKAN SASEMI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 KERAPU BELANG OLEH SAUDARA MICHAEL CHONG

 KERISI BALI OLEH SAUDARA DESMOND CHUNG

 MAKAN TENGAHARI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

LAGI HASIL BURUAN KAMI SEBELUM BALIK

 HASIL BURUAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 HASIL BURUAN OLEH SAUDARA TIMOTHY CHAI

 HASIL BURUAN OLEH SAUDARA WILSON NGU

 HASIL BURUAN OLEH SAUDARA MICHAEL CHONG DAN DESMOND CHUNG

 SEMASA BALIK

 HAMPIR TERBENAN


 SUDAH TERBENAM


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

Friday, May 22, 2015

PERASAAN PUTUS HARAP

 
 KIRI KE KANAN:
SAUDARA MOHD AMRIE, BADEN, BOB DAN HALIM

 JANGAN ADA PERASAAN PUTUS HARAP
 
XXX
 
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan Mei 2015 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 16 Mei 2015 (Sabtu)
Masa                   : Bertolak: Jam 3.30 pagi / Balik: Jam 6.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 7 orang  
                             (MOHD AMRIE, HALIM, BOB, BADEN,
                            KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi               : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun 
Jenis Ikan        : Kerisi Bali, Merah, Sulit Tanah Merah,
                            Kerapu Minyak, Pisang-Pisanng, Titir DLL
Teknik              : 4 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Sekali lagi Saudara MOHD AMRIE dan rakan-rakan beliau seperti SAUDARA HALIM, BOB dan BADEN daripada Keningau menyertai penulis memancing di Kawasan Sejali dan Pulau Mengalun. Keadaan laut sepanjang trip ini agak tenang dan sedikit berhujan di awal pagi. 
 
Sebagai makluman pemancing di luar sana, memancing adakalanya kita dibuai PERASAAN PUTUS HARAP. Samada putus harap disebabkan kurang hasil buruan/pancingan atau peralatan pancing kita tidak berfungsi dan tidak lengkap atau sikap rakan pemancing lain yang mementingkan diri sendiri atau tekong bot yang tidak prihatin dengan kehendak pelanggannya atau seribu alasan dan sebab lain lagi. Walau bagaimanapun sebagai pemancing kita harus banyak bersabar dan dapat menyerap segala permasalahaan yang di hadapi. Laut mana yang tidak bergelora dan pokok mana yang tidak bergoyang jika di landa ribut.  Kekadang banyak rezeki kita dan kekadang sedikit sahaja. Tersangat penting setiap pemancing jangan ada PERASAAN PUTUS HARAP. 
 
Dalam trip ini ikan-ikan seperti kerisi Bali, Merah, Sulit Merah,  Kerapu dan lain-lain telah dapat di bawa balik. Penulis dan 2 pembantunya juga telah memburu setengah karung/guni kerisi bali untuk di jual dan dijadikan ikan masin. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com


KIRI KE KANAN:
SAUDARA MOHD AMRIE, BADEN, BOB DAN HALIM

SEAWAL PAGI HUJAN

 MATAHARI YANG TERSIPU SIPU

 CUACA YANG TENANG

 KERAPU BARA

 SULIT TANAH MERAH

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 SAUDARA BOB DAN KERISI BALI

 
 SAUDARA HALIM DAN KERISI BALI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 KERISI BALI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 SAUDARA MOHD AMRIE DAN KERISI BALI

 MAKAN TENGAHARI

 IKAN MERAH

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 KERISI BALI

SAUDARA BADEN DAN KERISI BALI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 SAUDARA MOHD AMRIE DAN MERAH

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 HASIL KESELURUHAN SAUDARA MOHD AMRIE

 HASIL KESELURUHAN SAUDARA HALIM

 HASIL KESELURUHAN SAUDARA BOB DAN BADEN

 IKAN KERISI BALI OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA 
DALAM KARUNG UNTUK DIJUAL DAN DIJADIKAN IKAN MASIN

 IKAN KERISI BALI IKAN MASIN MELEBIHI SETENGAH KARUNG/GUNI

 HASIL DALAM TONG UTAMA OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 SEMASA BALIK MATAHARI TENGGELAM

 MENGHAMPIRI PULAU GAYA


MENGHAMPIRI KOTA KINABALU


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG