Wednesday, March 25, 2015

LAUT BAGAIKAN DARAH IKAN


 SAUDARA CHARLES LIM

 SAUDARA LIEW

 SAUDARA HERBERT

 SAUDARA OON

 TRIPLE HOOKED SAUDARA KAMARUDIN

 KERISI BALI

 >>>WWW<<<

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan Mac  2015 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 21 Mac 2015 (Sabtu)
Masa                   : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 6.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 7 orang  
                            (CHARLES LIM, LIEW, HERBERT,  OON
                             KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi               : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan        Kerisi Bali, Ruby Snapper, Kerapu Minyak, 
                             Pisang-Pisang, Titir DLL  
Teknik              : 4 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Saudara CHARLES LIM, ONN, LIEW dan HERBERT dari Kota Kinabalu sekali lagi berkesempatan mengikuti penulis memancing di laut lepas sekitar kawasan Sejali dan Pulau Mengalun, Kota Kinabalu. Sepanjang trip ini cuaca agak baik dan tenang sahaja.

Dalam trip LAUT BAGAIKAN DARAH IKAN ini banyak mengajar kami tentang kejadian fenomena Air Laut Merah yang dicemari alga merbahaya seperti berikut: 
Pertama > Air laut disekitar kawasan Pulau Mengalun dan sekitrnya terlalu tebal alganya. Air laut seolah olah menyamai air geladak sungai yang tersangat kotor. Kejadian laut merah ini sebenarnya telah terbentuk sejak bulan Februari 2015 lagi sehinggalah ke hari trip pancing kami ini
Kedua > Jika manusia selepas memakan kerang atau ikan beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui ajal. Demikian lah juga perkara ini akan terjadi pada ikan ikan di dasar sana; Ketiga > Jika ada fenomena laut merah pastinya ikan ikan tiada di dasar sana. Bukannya ikan tidak aktif makan umpan atau arus tidak baik atau sebagainya. Bagaikan manusia memburu di padang yang gersang dan kontang.

Fenomena laut merah ini berlaku apabila kepekatan besar mikro organisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom. Penulis mengandaikan semua ikan ikan di dasar laut TELAH KEHILANGAN BANYAK DARAH UNTUK MENAHAN DARIPADA KERACUNAN oleh alga merah. Ikan ikan di dasar sana pun MENANGIS DARAH akibat keracunan alga merah. Bagaikan negara kita di landa JERUBU TEBAL pastinya penduduk negara ini membuat prevensi. Oleh itu ikan ikan di dasar sana pastinya akan berhijrah ke negara lain di Asia untuk menyelamatkan diri buat sementara waktu. Bila sudah bersih laut negara ini barulah semua jenis ikan datang semula.

Sebagai rumusan: Jangan memancing semasa ada fenomena laut merah, Kita pastinya hampa dan sia sia sahaja. Selain itu kita perlu juga akur dengan rezeki yang maha berkuasa. Hasil buruan kami dalam trip ini hanya sederhana. Ikan ikan seperti Kerisi Bali, Ruby Snapper, Kerapu Minyak, Pisang-Pisang, Titir dan lain lain dapat juga kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 KIRI KE KANAN:
SAUDARA CHARLES LIM, HERBERT, LIEW DAN OON

 MATAHARI PAGI ALGA MERAH

 PANCARAN CAHAYA PAGI

 KERAPU OLEH SAUDARA LIEW

 HASIL BURUAN KAMI DI WAYPOINT PERTAMA

 KERISI BALI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 SAUDARA KAMARUDIN TRIPLE HOOKED

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 TRIPLE HOOKED OLEH SAUDARA HERBERT

 REHATKAN DIRI SEMASA MENUJU KE KAWASAN SEJALI

 RUBY OLEH SAUDARA PANYOLAH

 RUBY OLEH SAUDARA CHARLES LIM

 MEMBUAT PERSEDIAAN MAKAN TENGAHARI

 MAKAN TENGAHARI

 KERISI BALI

 KERISI BALI

 MENUNGGU KERESAHAN OLEH ALGA MERAH

 LAUT BAGAIKAN DARAH IKAN

 TERLALU TEBAL ALGA MERAH

 LAGI CONTOH TEBALNYA ALGA MERAH

 KERAPU OLEH SAUDARA OON

 HASIL BURUAN TERAKHIR

 HASIL BURUAN KESELURUHAN OLEH 
SAUDARA CHARLES LIM DAN 3 RAKANNYA

 HASIL BURUAN KESELURUHAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 TETAP CERIA SEMASA BALIK

 MATAHARI PETANG BAGAIKAN LAUT ALGA MERAH


 SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG