Monday, December 23, 2013

PUSAS DIHALANG OLEH RIBUT


 SAUDARA KAMARUDIN STRIKE KERAPU BARA/SUNO

 KAMI TERPAKSA BERLINDUNG DI PULAU MENGALUN 
DAN MAKAN TENGAHARI DI SANA

 /// OOO ///
 
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan Disember  2013 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 21 Disember 2013 (Sabtu)
Masa                   : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 4.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 6 orang  
                         (VALENTINO, JULIUS, KAMARUDIN,
                          ZUL, PANYOLAH DAN PENULIS)
Lokasi               : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan        : Kerapu Bara, Kerapu Minyak, Merah,
                           Putih, Pisang Pisang, Titir DLL                     
Teknik              : 1 orang Rod and Reel dan 5 orang Handline.
                                                
Saudara VALENTINO DAN Bapa Mertuanya Saudara JULIUS daripada Penampang, Sabah berkesempatan menyertai penulis untuk memancing di sekitar kawasan Sejali dan Pulau Mengalun. Kedua dua Pemancing ini juga sering memancing menaiki bot Penulis tetapi hanya sekitar Pulau Gaya sahaja. Dalam trip ini kedua mereka ingin mencuba nasib untuk memancing di laut lepas dengan harapan ingin mendapat hasil untuk dijadikan PUSAS semasa menyambut Hari KRISMAS 2013. 

PUSAS adalah sejenis Lauk daripada bahan utamanya adalah ikan yang diperam atau dijeruk dengan pelbagai halba/ramuan. Salah satu halba/ramuannya adalah batang pokok TUHAU. Ikan berkenaan pula hendaklah sangat segar seperti ikan pancing. Setelah ianya diperam atau dijeruk dalam tempoh satu hingga dua minggu barulah ianya boleh terus dimakan begitu sahaja atau digoreng semula lalu dimakan dengan lauk pauk yang lain atau hanya makan dengan nasi panas panas kosong. Lauk PUSAS sangat terkenal di kalangan Suku Kaum Kadazan/Dusun di Sabah. PUSAS juga boleh dijadikan sebagai pembuka selera makan.

Walau bagaimanapun dalam trip ini impian mendapatkan ikan segar untuk dijadikan PUSAS oleh Saudara Valentino dan Julius tidak kesampaian akibat RIBUT Barat Daya yang agak kencang melanda sekitar Pulau Mengalun. Pada awal pagi sewaktu dalam perjalanan sehingga sampai dikawasan Sejali keadaan laut agak tenang sahaja walaupun alun timur laut terasa sedikit. Kami hanya sempat memancing sehingga pukul 11 pagi sahaja. Dalam kami memancing seawal pagi lagi ikan pula sangat kurang mematuk dan tidak memakan umpan kami. Selepas jam 11 pagi, kami terpaksa berlindung di balik Pulau Mengalun akibat RIBUT Barat Daya yang kencang. Semasa dalam perjalanan balik pun sekitar jam 3 petang, kami masih menempuh ribut.

Dalam trip ini, hasil buruan kami agak kurang. Hanya ikan ikan seperti Kerapu Bara/Suno, Kerapu Minyak, Merah, Pisang Pisang dan Titir dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 SEMASA MULA PERJALANAN DARI JETI

 PUSAS DAN RIBUT

 LAUT YANG TENANG DI AWAL SUBUH

 KETIKA HENDAK SAMPAI DIKAWASAN SEJALAI

 MEMPERLAHAN INJIN BOT DAN LAUT MASIH TENANG

 SARAPAN PAGI DI UTAMAKAN DAHULU

 HASIL BURUAN DI WAYPOINT PERTAMA

 IKAN KERAPU BARA/ SUNO OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 IKAN MERAH OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 HASIL BURUAN DI WAYPOINT KEDUA

 RIBUT BARAT DAYA MULA BERTIUP KENCANG

 MAKAN TENGAHARI

 NASI LEMAK KUNING

HANYA INI SAHAJA HASIL KAMI BAWA BALIK


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

Wednesday, November 27, 2013

TEKNIK / KAEDAH BERHANYUT (DRIFTING)


 SAUDARA CHARLES LIM

 SAUDARA CHRISTOPHER LU

 SAUDARA JEFF LU

 IKAN KERAPU BARA ATAU SUNO OLEH PENULIS
[[[XXX]]]
 
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan November  2013 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 23 November 2013 (Sabtu)
Masa                   : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 6.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 6 orang  
                         (CHARLES LIM, CHRISTOPHER LU, JEFF LU
                          KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)
Lokasi               : Waypoint 302 dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan        : Kerapu Bara, Kerisi Bali, Merah,
                           Putih, Pisang Pisang, Kerapu Minyak, 
                            Tambak/Landuk,Titir DLL 
Teknik              : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Dalam trip ini sekali lagi Saudara CHARLES LIM, CHRISTOPHER LU DAN JEFF LU daripada Kota Kinabalu, Sabah menyertai penulis untuk memancing di sekitar kawasan 302 dan Pulau Mengalun. Ramalan cuaca terbukti di lautan sekitar Pulau Mengalun agak tenang dan memudahkan teknik pemancing kami secara hanyut (drifting). Dalam trip ini juga Saudara Charles Lim telah menggunakan teknik JIGGING yang agak berkesan bagi ikan ikan seperti Kerapu Bara atau Suno dan Titir.

Jika anda memancing sekitar Kawasan Kota Kinabalu dengan menggunakan teknik/kaedah/cara melabuhkan sauh (anchor) perahu atau kapal maka agak perit bagi mendapatkan hasil yang lumayan atau banyak. Sebaliknya jika menggunakan teknik/kaedah/cara berhanyut (DRIFTING) maka hasil buruan pastinya agak lumayan. Perbezaan ini agak ketara apabila penulis telah banyak kali membuat ujikaji terhadap kedua dua teknik/cara ini. Walau bagaimanapun seseorang tekong kena cekap dan mahir mengemudikan bot atau kapal bagi teknik/kaedah/cara Drifting. Jika tidak akan mengakibatkan: i) Tali pancing pemancing yang berada dalam bot atau kapal berkenaan akan berkulut/berbelit antara satu dengan lain. ii) Jika kuat arus semasa berhanyut (drifting) sasaran waypoint/coordinate/batu karang/takat/tukun/sarang ikan di bawah sana akan tersasar jauh. iii) Mata kali atau timah pemberat pemancing akan mudah tersangkut dengan batu di bawah sana.  iv) Dan banyak lagi keburukkan dan kelemahanya. Mengenai kebaikkan atau kelebihan teknik/kaedah/cara DRIFTING penulis akan mengupasnya dalam penulisan (post) akan datang.

Walau bagaimanapun dalam trip ini hasil buruan kami masih ada dibawa balik. Ikan ikan seperti Kerisi Bali, Kerapu Bara/Suno, Kerapu Minyak, Putih, Pisang Pisang, Landuk/Tambak, Titir dan lain lain dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 SAUDARA JEFF LU DAN TAMBAK/LANDUK

 PUTIH OLEH SAUDARA PANYOLAH

 HASIL BURUAN KAMI DI AWAL PAGI

 MATA KAIL YANG TERKENA PADA TEPI/SISIH IKAN

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 KERAPU BARA ATAU SUNO OLEH SAUDARA CHARLES LIM 
YANG GUNAKAN TEKNIK JIGGING

 PENULIS DAN KERISI BALI

 KERISI BALI OLEH SAUDARA CHRISTOPHER LU

 KERISI BALI OLEH SAUDARA CHARLES LIM

 MERAH OLEH SAUDARA CHRISTOPHER LU

 DOUBLE HOOKED OLEH SAUDARA JEFF LU

 PUTIH OLEH SAUDARA PANYOLAH

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 IKAN KAPAS LAUT DALAM OLEH SAUDARA JEFF LU

 MAKAN TENGAHARI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 IKAN TETANDA

 IKAN MERAH

 KERAPU BARA ATAU SUNO

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 MASING MASING DENGAN HASIL IKAN LANDUK/TAMBAK

 DOUBLE HOOKED OLEH SAUDARA JEFF LU

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 HASIL KESELURUHAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 SETELAH DISUSUN ATAS LANTAI BOT

 BERPOSING

 HASIL YANG LUMAYAN JUGA OLEH PEMANCING LAIN

 KERAPU BARA ATAU SUNO DAN SAUDARA JEFF LU

 HASIL OLEH SAUADAR CHRISTOPHER LU

 MEMBAHAGI BAHAGIKAN HASIL BURUAN

 SEMASA BALIK

 SUNGGUH MENAKJUBKAN

 SETIBA DI JETI HARI JADI/KELAHIRAN SAUDARA CHARLES LIM
DISAMBUT OLEH RAKAN DAN KELUARGA BELIAU

 SELAMAT HARI JADI/LAHIR BUAT SAUDARA  CHARLES LIM


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG