"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH
MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip
dalam bulan Julai 2015 seperti berikut:
Tempoh : 6 Jam
Tempoh : 6 Jam
Tarikh : 30 Julai 2015 (Khamis)
Masa : Bertolak: Jam 7.30 pagi / Balik: Jam 1.00 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 5 orang
(Ir. Syad, ARWEEN, ZAM, SAIFUL dan KAMARUDIN)
Lokasi : Waypoint Tukun Penulis dekat Pulau Gaya, KK..
Jenis Ikan : Sulit Merah, Kerapu Minyak, Titir, Pisang DLL
Teknik : 4 orang Rod and Reel dan 1 orang Handline.
Pada 30 Julai 2015 Saudara Ir. Syad telah membawa rakan sekerjanya Saudara ARWEEN, IZAM dan SAIFUL memancing sekitar tukun penulis dekat Pulau Gaya, Kota Kinabalu. Penulis menamakan trip
memancing ini sebagai IKAN TUKUN TIRUAN. Jika memancing di tukun tiruan penulis, kekadang banyak ikan kekadang kurang. Yang pasti ada hasil buruan dapat di bawa balik sebagai lauk makan. Tidak juga merasa hampa. Antara ikan ikan yang dapat di buru dalam trip ini adalah seperti Kerapu Minyak, Sulit Merah, Pisang-Pisang, Titir dan sebagainya. Dalam pada itu ahli pemancing ini juga mengambil kesempatan untuk singgah berkelah di pantai yang terpilih lagi privasi. Menikmati pelbagai pengalaman sambil memancing adalah satu proses pembelajaran untuk menimba kedewasaan sebagai pemancing tegar. Selepas bersantai di Pantai Pulau Gaya sekali lagi ahli trip ini memancing semula sebelum balik ke Jeti Kota Kinabalu
sekitar Jam 1.00 tengahari. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
DARI KIRI: SAUDARA ZAM, ARWEEN DAN SAIFUL
KETIKA BERTOLAK DARI JETI KOTA KINABALU
DARI KIRI: SAUDARA ARWEEN, ZAM DAN SAIFUL
SAUDARA ARWEEN KETIKA MEMBUAT PERSIAPAN ALAT BURUAN
SAUDARA SAIFUL, ZAM DAN ARWEEN
TURUT MEMBUAT PERSEDIAAN ALAT
IKAN KUNYIT KUNYIT OLEH SAUDARA ZAM
IKAN KUNYIT KUNYIT OLEH SAUDARA ARWEEN
KETIKA BERTOLAK KE TUKUN KEDUA
IKAN TITIR BERSAIZ MEGA OLEH SAUDARA ARWEEN
SAUDARA SAIFUL DAN ZAM SEDANG BERPOSING SEBELUM KE PANTAI
SAUDARA ARWEEN MENIKMATI KEBEBASAN
MENIKMATI HIDANGAN TENGAHARI DI ATAS BATU SAHAJA
TERSENYUM LEBAR DENGAN MENU MAKAN TENGAHARI
NASI LEMAK KINGFISH
CANTIK MATA MEMANDANG LUKISAN INI
AKU SEBUAH BOT KINGFISH YANG TERDAMPAR
BERPOSING DENGAN HASIL BURUAN DAHULU
SAUDARA ARWEEN DENGAN IKAN TITIR
HASIL KESELURUHAN YANG KAMI BAWA BALIK
HASIL KESELURUHAN YANG KAMI BAWA BALIK
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG