"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, pada 27 Februari 2011 (Ahad) lepas seramai enam (6) orang daripada Fishing Team FZ108, Kota Kinabalu telah mengambil kesempatan untuk memancing (Trip Sehari sahaja) ke kawasan 302 (Dekat Kawasan Pulau Mengalun). Memandangkan Angin Timur Laut masih lagi menganas di laut lepas maka trip ini terpaksa dihalakan ke tukun buatan sendiri dekat Pulau Gaya, Kota Kinabalu sahaja.
Pada asalnya sekitar jam 5.30 subuh bot KINGFISH telah di halakan ke laut lepas untuk pemburuan ikan ikan kegemaran ahli ahli Fishing Team FZ108. Setelah Bot penulis bergerak sejauh 18 batu daripada Kota Kinabalu angin Timur Laut semakin mengganas hinggakan bot KINGFISH tercugap cugap dibuatnya bagaikan bernafas dalam lumpur. waduh waddduh!!! agak mencemaskan bagi semua orang dalam bot. KESELAMATAN DILAUT ADALAH KEUTAMAKAN PENULIS. Penulis dengan persetujuan ketua kumpulan ini mengambil keputusan untuk berpatah balik. Dengan kata lain kami langsung tak sampai di lokasi Kawasan 302.
Diharap Fishing Team FZ108 tidak merasa kecewa dan mencuba lagi di masa akan datang setelah cuaca Angin Timur Laut redah dan teduh. Walau bagaimanapun penulis tetap tidak menghampakan setiap pemancing yang menyertai trip. Penulis tetap memberi satu kepuasan kepada setiap pemancing dengan menghalakan mereka kepada sasaran rahsia dekat Pulau Gaya. Hasil pancingan boleh tahan juga.
Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret ahli ahli kumpulan tersebut diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
SEBAHAGIAN AHLI FISHING TEAM FZ108, KOTA KINABALU
SEBAHAGIAN LAGI AHLI KUMPULAN INI
CERIA SEMASA BERTOLAK SEKITAR JAM 5.30 PAGI
(EN.IZACK MENGANGKAT JARI TANDA PEACE)
SUASANA MEMANCING DI TUKUN SENDIRI DEKAT PULAU GAYA
DAPAT MENAIKAN IKAN PERASAAN PASTI CERIA
KERAPU MINYAK DAPAT DINAIKAN LAGI OLEH SAUDARA IZACK
PEACE DAPAT MENAIKAN SULIT MERAH INI
SENYUMAN UNTUK KERAPU MINYAK INI
KERAPU MINYAK YANG BERSAIZ BESAR JUGA
ANDA TENTU PUAS DAPAT MENAIKAN IKAN SEBESAR INI
IKAN BAR-TAILED FLATHEAD ATAU KAMANG (LOGAT BAJAU)
YANG TERDAPAT DI TUKUN PENULIS
DI PANCING OLEH SAUDARA KAMARUDIN
SEBAHAGIAN IKAN YANG DAPAT DI NAIKAN
OLEH SAUDARA KAMARUDIN (TEKONG)
DALAM TRIP INI PENULIS TIDAK MEMANCING
SEKITAR JAM 2.00 PETANG SELEPAS MENGHANTAR
AHLI FISHING TEAM FZ108 PENULIS DAN KAMARUDIN
SEMPAT MENIKMATI BEKALAN MAKANAN
DEKAT LAUT (HOTEL HYATT) KOTA KINABALU
KESERONOKAN DAN KEPUASAN PENULIS IALAH
DAPAT MEMUASKAN HATI PEMANCING LAIN
MEMANCING DENGAN SEDIKIT HASIL DIBAWA BALIK
MENIKMATI BEKALAN MAKAN DI ATAS BOT KINGFISH
DAN BANYAK LAGI
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG