SAUDARA RAMDIN (KETUA JKNS FISHING TEAM)
BERPOSING DENGAN KERISI BALI
INILAH BARISAN JKNS FISHING TEAM
KIRI KE KANAN: SAUDARA RAMDIN(KETUA), ROMEO,
YUSRI, FAIRULL DAN SAHRIL
===== JKNS =====
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing minggu ke lima bulan Mei 2011 seperti berikut:
Tempoh : 1hari
Tarikh : 28 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : Bertolak: Jam 5.00 pagi / Balik: Jam 2.00 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 8 orang
(RAMDIN, SAHRIL, ROMEO, YUSRI,
FAIRULL, KAMARUDIN, PANYOLAH
DAN PENULIS)
(RAMDIN, SAHRIL, ROMEO, YUSRI,
FAIRULL, KAMARUDIN, PANYOLAH
DAN PENULIS)
Lokasi : Waypoint sekitar 302
Jenis Ikan : Kerisi Bali, Kerapu Bara (Suno), Barakuda,
Kerapu Minyak, Pisang Pisang, Merah DLL
Teknik : 5 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Teknik : 5 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
JKNS FISHING TEAM yang di barisi oleh Saudara RAMDIN (Ketua), SAHRIL, ROMEO, YUSRI dan FAIRULL telah memancing sehari bersama Bot KINGFISH. Kelima lima ahli pemancing ini adalah rakan sepejabat di Bahagian Perkhidmatan, Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. (JKNS). Mereka telah lama merancang untuk mencuba memancing di laut dalam sekitar Pulau Mengalun. Pada percubaan pertama kali ini, mereka hanya sempat memburu dalam tempoh tiga (3) jam sahaja di waypoint 302 akibat faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Semoga dapat mencuba lagi di masa akan datang.
Kebimbangan penulis adalah pada ramainya ahli (8 orang) menyertai trip dan ramalan cuaca yang tertera dalam blogspot penulis pula seperti berikut:
Seawal jam 5 pagi kami mula bertolak daripada jeti di Kota Kinabalu. Seperti yang di ramal, cuaca agak berkocak. Walaupun kami telah berlepas dari belakang Pulau Gaya sejauh 5 batu, namum Bot KINGFISH terpaksa berpatah balik semula ke Pulau Gaya akibat ombak yang kuat. Sekitar jam 7.00 hingga 9.00 pagi, kami memulakan perburuan hanya di Tukun Penulis dekat Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar. Sekitar jam 10.00 pagi, kami cuba memberanikan diri untuk terus memancing di waypoint 302 dengan kedalaman 70M. Hasil kawasan ini agak menggalakan dengan ikan batu pelbagai spesies. Banyak lagi ikan mega saiz yang terputus. Tepat jam 1.00 petang kami terpaksa bergerak balik semula ke Kota Kinabalu akibat Angin Barat Daya yang semakin mengganas. KEUTAMAAN PENULIS ADALAH KESELAMATAN DI LAUT. Makan tengahari kami hanya di ambil setelah sampai dekat pantai di balik Pulau Gaya.
28o/29oC
Wind: 29km/h S-SW
Hum: 73% - 74%
Rain / possible thunder

Sempena trip memancing JKNS ini, kami telah diberikan sedikit rezeki dalam trip ini. REZEKI ADA DI MANA MANA CUMA KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENCARINYA. Dengan menaiki Bot KINGFISH akan terungkai dan memburu segalanya.
Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
SAUDARA RAMDIN (DEPAN), ROMEO DAN YUSRI
SAUDARA SAHRIL (DEPAN) DAN FAIRULL
SEMUA SIBUK MEMBUAT PERSIAPAN SENJATA MASING MASING
DEKAT TUKUN PENULIS DI PULAU GAYA
PANDANGAN DI SEBELAH HADAPAN
ADA YANG SUDAH MELABUHKAN PANCING
SAUDARA ROMEO TELAH MEMULAKAN
DENGAN IKAN PISANG PISANG DOUBLE HOOKED
DI IKUT OLEH SAUDARA RAMDIN
SAUDARA SAHRIL TRIPPLE HOOKED LAGI
SAUDARA YUSRI DENGAN GAYA POSING YANG ISTIMEWA
SAUDARA YUSRI DENGAN PISANG KENA CUKAI OLEH IKAN PEMANGSA
SAUDARA RAMDIN DENGAN SESUATU DI BAWAH SANA
WAH !!!! INI DIA IKAN BARAKUDA SIRIP KUNING
SAUDARA ROMEO DENGAN IKAN KERAPU BARA ATAU SUNO
PEMBANTU PENULIS SAUDARA PANYOLAH
DENGAN KERISI BALI SEBERAT 4 KILO
SEKITAR JAM 1.00 TENGAHARI ANGIN BARAT DAYA KIAN MENGGANAS
KAMI BERTEDUH DAN MAKAN T/HARI DI PANTAI PULAU GAYA
SEMUA AHLI MAKAN TENGAHARI
MENU YANG SIHAT UNTUK JAMUAN KAMI
SEMUA AHLI JKNS FISHING TEAM SANTAP JUGA
IKAN YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA RAMDIN
IKAN YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA ROMEO
SADARA SAHRIL BERGAYA DENGAN IKAN KERISI BALI SEBERAT 3KILO
SAUDARA FAIRULL DENGAN KERISI BALI BELIAU
SEMUA AHLI TRIP SEMPAT BERPOSING
DENGAN IKAN TANGKAPAN MASING MASING
PASTINYA KAMI CERIA DAPAT IKAN SEBANYAK INI
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG