Monday, June 27, 2011

JKNS FISHING TEAM SIRI 2

 SAUDARA RAMDIN DAN HASIL BURUAN BELIAU

 HOBI MEMANCING BAGAIKAN SETENANG LAUT DAN LANGIT


 -------JKNS SIRI 2------


"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing JKNS FISHING TEAM  yang di barisi oleh Saudara RAMDIN (Ketua), SAHRIL, ROMEO dan YUSRI seperti berikut: 
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa                   : Bertolak: Jam 5.00 pagi / Balik: Jam 4.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 7 orang  
                             (RAMDIN, SAHRIL, ROMEO, YUSRI, 
                              KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)                  
Lokasi                : Waypoint sekitar Pulau Mengalun, Sejali dan 302 
Jenis Ikan         :  Kerisi Bali, Putih, Sulit, Ayam Ayam,
                              Kerapu Minyak, Pisang Pisang, DLL  
Teknik               : 4 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

MEMANCING OH MEMANCING. Jika memancing sudah berkenan di hati dan seterusnya menjadi hobi, seseorang itu agak sukar untuk menarik diri daripada ketagihan memancing. Apa lagi di racuni atau di pengaruhi oleh rakan yang sudah lama menjadi kaki pancing. Memancing adalah merupakan satu riadah sihat dan aktiviti yang kian di minati ramai sejak semalam, hari ini, esok dan selama lamanya. 

Aktiviti memancing juga boleh mengeratkan tali silaturrahim antara keluarga, warga se-organisasi dan rakan se-minat. Apa tidaknya penulis mengambil contoh daripada JKNS FISHING TEAM ini. Rakan lama penulis daripada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Mereka sekali lagi mengulangi trip memancing dengan menaiki Bot KINGFISH sabtu lepas. Walaupun hasil buruan agak kurang diperolehi akibat ikan kurang mematuk., mereka tetap gembira dan berpuas hati dengan keseronokan memancing. Bagi mereka pengalaman memancing menaiki Bot KINGFISH adalah sangat bernilai berbanding bayaran sewa perkhidmatan bot.

Sempena trip memancing JKNS ini, kami telah diberikan sedikit rezeki dalam trip ini. REZEKI ADA DI MANA MANA CUMA KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENCARINYA. Dengan menaiki Bot KINGFISH akan terungkai dan memburu segalanya. 

Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com


 DARI KIRI KE KANAN:
DEPAN - SAUDARA KAMARUDIN, RAMDIN, ROMEO, SHAHRIL
BELAKANG - SAUDARA YUSRI DAN PANYOLAH

 LAUT TENANG SEKALI DI AWAL PAGI SABTU (25/06/2011)

 DI WAYPOINT PERTAMA DENGAN KEDALAMAN LAUT 45M

 SAUDARA SHAHRIL DENGAN IKAN MENGKARONG

 PEMANDANGAN SEMASA KAMI BERGERAK KE WAYPOINT KEDUA

 IKAN AYAM AYAM YANG SEDAP DI BAKAR DAUN PISANG

 IKAN TEMANONG SEDAP DI MASAK ASAM PEDAS

 MACAM MANA IKAN DAPAT MEMBIAK  JIKA KAPAL PUKAT TUNDA 
MENCEROBOH/MENEROKAI DI ATAS WAYPOINT PENULIS

 IKAN PUTIH YANG SEDAP DI MASAK SUP KUNYIT ASAM/SINGGANG

 IKAN PISANG PISANG YANG SEDAP DI MASAK STIM/WAP

 ANDA TAHU NAMA IKAN INI...??

 IKAN HANDI HANDI ISINYA BERBAU/HANYIR IKAN JERUNG

SAUDARA SHAHRIL DENGAN IKAN SULIT KUNING

 IKAN SULIT KUNING/HIJAU SEDAP DIJADIKAN IKAN MASIN

SEBAHAGIAN IKAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA 

MAKAN SEBELUM LAPAR................

 SEHINGGA TENGAHARI CUACA BEGITU TENANG SEKALI

 KAMI JUGA MEMANCING DI WAYPOINT SEJALI 
DENGAN KEDALAMAN PURATA 80M

 SAUDARA SHAHRIL JUARA ANTARA JUARA SEMUA AHLI TRIP

 HASIL BURUAN MASING MASING OLEH JKNS FISHING TEAM

IKAN AYAM AYAM DI BAKAR DAUN PISANG 
JADI HABUAN KELUARGA SEMASA DI RUMAH PENULIS



SEHINGGA JUMPA LAGI DI DALAM POST AKAN DATANG


4 comments:

  1. Buat Rakan Guru : Jika anda suka memancing..jangan biarkan diri anda stress kerana tidak memancing kerana amat bahaya jika anda membiarkanya.. apatah lagi anda stress klerana kerja2 yang begitu banyak...anda akan kehilangan banyak umur jika tidak cuba untuk melepaskan gian anda...gian memanncing tidak mengapa...tapi jangan gian candu dan ganja

    ReplyDelete
  2. Saudara JS, Terima kasih atas seruan baik.

    Satukan mata hati dengan riadah memancing
    Titipkan keseronokan dengan memancing
    Hilangkan stress dengan memancing
    Seruan saya marilah memancing

    ReplyDelete
  3. helo bro..next time nak cuba mancing dengan kamu pula..good catch..

    ReplyDelete