Saturday, June 11, 2011

LANGIT TIDAK SELALU CERAH

 INILAH ANTARA RINTANGAN PEMANCING LAUT LEPAS

WAJAH WAJAH HERO DALAM LANGIT TIDAK SELALU CERAH

 ______________OOOOOO_____________

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing hari terakhir bulan Mei 2011 seperti berikut:
Tempoh           :1 hari sahaja
Tarikh              : 11 Jun 2011 (Sabtu)
Masa                : Bertolak Jam 4.00 pagi / Balik Jam 12.00 pagi
Bot                    : KINGFISH
Keahlian          : 7 orang ( MOHAN, AZMAN, TAIP, SAUDI,
                            KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)                  
Lokasi              : Waypoint sekitar 303 dan Ruby(Cadangan awal)
Jenis Ikan        :  Merah, Aruan Tasik dan Kerisi
Teknik              : 4 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

IKBN KINARUT FISHING TEAM  yang di barisi oleh Saudara MOHAN (Ketua), AZMAN, TAIP dan SAUDI. Saudara Saudi merupakan pemancing baru menyertai memancing bersama Bot KINGFISH yang dirancang bagi satu hari trip sahaja.. Semua pemancing ini merupakan adventureous dan lasak memancing di laut lepas. Apa tidaknya, mereka sudah maklum keadaan cuaca hari ini namun mereka tetap juga mencuba dan ingin melepaskan hasrat. Falasafah mereka adalah KITA CUBA DULU BARU TAHU. Kekadang ramalan cuaca tetap ramalan.      

Seawal jam 4 pagi kami mula bertolak daripada jeti di Kota Kinabalu dan cuaca agak tenang  sahaja. Sememangnya ramalan cuaca di sekitar Kota Kinabalu dan Pulau Mengalun angin barat/selatan agak kencang sepanjang dua hari ini (Sabtu dan Ahad). lewat petang semalam pun angin barat /selatan bertiup kencang disertai hujan lebat di seluruh kawasan Pantai Barat Kota Kinabalu. Wah!!! Keadaan ini sememangnya Merisaukan Saudara Mohan dan penulis.

Setiap pemancing harus bijak menangani dan bertindak awal apabila menghadapi masalah seperti ribut /hujan. Ribut dan Hujan adalah satu perkara yang sangat di geruni dan tidak di ingini oleh setiap pemancing / nelayan. Apa tidaknya jika pemancing/nelayan di landa masalah ini harapan/impian mereka membawa balik hasil ikan menemui kegagalan malah rugi kos modal lagi. Walau apapun LANGIT ITU TIDAK SELALU CERAH,  Kekadang kita sedih juga dan kekadang senja melabuhkan tirainya juga. Hukum alam semesta ini  adalah ketetapan tuhan .Dalam hal ini setiap pemancing/nelayan perlu ada muhasabah diri sebelum riak dan terus memancing.

Dalam trip memancing ini dan DEMI KESELAMATAN SEMUA AHLI, Kami banyak berehat dan berteduh sahaja di balik Pulau Gaya sahaja. Penulis juga memberi kesempatan sedikit waktu kepada ahli IKBN Kinarut Fishing Team ini untuk memancing di tukun penulis dekat Pulau Gaya. Kami telah diberikan sedikit rezeki. REZEKI ADA DI MANA MANA CUMA KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENCARINYA. Dengan menaiki Bot KINGFISH akan terungkai dan memburu segalanya. 

Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com

 IKBN KINARUT FISHING TEAM
KIRI KE KANAN: AZMAN, TAIP, MOHAN DAN SAUDI

 MEMANDANGKAN TAK DAPAT LEPAS KE LAUT
MENGAMBIL SARAPAN PAGI DAHULU

 SEHINGGA TAK LALU SARAPAN PAGI 
ASYIK MEMELIHAT CUACA KE TENGAH LAUT SAHAJA

 AWAN TEBAL MULA BERARAK DARI ARAH BARAT
SELAMATKAN DIRI DAN BOT ANDA DAHULU

 RIBUT /AWAN TEBAL MULA MENGHAMPIRI 
PESISIR PANTAI KOTA KINABALU

 DI HUJUNG PULAU GAYA HUJAN DAN RIBUT MULA MELANDA

 HANYA TIDUR DAN BEREHAT SAHAJA DALAM KANVAS BOT

 PANDANGAN DARI HUJUNG PULAU GAYA KE ARAH KOTA KINABALU
RIBUT DAN HUJAN TERUS MELANDA

 WAJAH WAJAH KECEWA TAPI CERIA

 SEHINGGA JAM 10.30 PAGI 
HUJAN MASIH TEBAL DAN AWAN BERGERAK PANTAS

 SEBAIKNYA MAKAN TENGAHARI DI AWALKAN

 
TUMB-UP UNTUK MAKAN
 PEPATAH SUKU KAUM BAJAU
MAKAN TIDAK MAKAN ASALKAN BERKURUNG KURUNG

 SAUDARA KAMARUDIN MAKAN DALAM KESEJUKAN HUJAN

 KAMI HANYA MEMBURU DEKAT TUKUN PENULIS
SAUDARA MOHAN STRIKE

 SAUDARA AZMAN STRIKE LAGI

 IKAN MERAH OLEH SAUDARA AZMAN

 IKAN MERAH LAGI OLEH SAUDARA MOHAN (KETUA)

 IKAN KIKIK TERKENA MATA KAIL DI PIPINYA
SAUDARA TAIP YANG BANYAK PENGALAMAN DI LAUT

 SAUDARA TAIP STRIKE DENGAN IKAN ARUAN TASIK
KAMARUDIN MEMBANTU MENCANGKUT IKAN TERSEBUT

 WAJAH CERIA SAUDARA TAIP DAN IKAN ARUAN TASIK

 SEMUA BOT NELAYAN KOMESIAL PUN TURUT BALIK 
DARI LAUT AKIBAT RIBUT DAN HUJAN LEBAT

SEKITAR JAM 12.00 T/HARI 
KAMI MENUJU BALIK KE KOTA KINABALU
ITULAH CORETAN LANGIT TIDAK SELALU CERAH


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG


No comments:

Post a Comment