Monday, June 20, 2011

EBEK FISHING TEAM SIRI KE IV

APA YANG INDAH DAN UNIKNYA

 -----------OOOOO----------

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing minggu ke tiga bulan Jun 2011 seperti berikut: 
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 19 Jun 2011 (Ahad)
Masa                   : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 5.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 6 orang (DAVID, AKAI, ASIUNG,  
                             KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)                  
Lokasi                : Waypoint sekitar 302, 303 (RUBY)
                              dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan         :  Gold-Banded Jobfish, Tang's Snapper,
                               Ruby Snapper, Silver Snapper, 
                               Deepwater squirrelfish, Estuary Cod,
                               Military Seapike,Striped Seaperch, DLL
Teknik               : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

EBEK FISHING TEAM  yang di barisi oleh Saudara DAVID (Ketua), AKAI, dan ASIUNG telah mengulangi trip memancing bersama Bot KINGFISH. Disebabkan desakan kerja dan perniagaan, kumpulan ini gemar memburu/memancing dalam tempoh sehari sahaja iaitu pada hari ahad/cuti am. Kesempatan ini perlu dimenafaatkan demi untuk hobi memancing mereka. 

Perancangan awal trip memancing ini, kami sepatutnya bermula di waypoint 303 Ruby. Dengan cuaca dan Angin Barat Daya yang masih berkocak diikuti oleh alun/gelombang yang agak tinggi, kami hanya memulakan perburuan di waypoint 302 dengan kedalaman 90M. Jarak waypoint ini 25 batu daripada Kota Kinabalu. Walaupun diawal pagi, di kawasan ini ikan kurang mematuk. Selepas itu kami bergerak di sekitar kawasan Pulau Mengalun. Ikan masih kurang mematuk juga. Memandangkan cuaca sebelah tengahari agak redah, kami teruskan perburuan di waypoint 303 Ruby (drop Point 200m). Jarak Waypoint ini daripada Kota Kinabalu adalah 60 batu dan langsung tak nampak sebarang gunung/pulau lagi. Di kawasan ini sebanyak 5 waypoint kami mencuba tetapi ikan di kawasan ini masih kurang mematuk kecuali saudara Kamarudin dapat menaikan seekor ikan Ruby seberat 6 kilo sahaja. 

Pada pengamatan dan kesimpulan penulis, sepanjang minggu ini ikan di kawasan seluruh Pantai Barat Negeri Sabah KURANG MEMATUK. Di harap kepada para pemancing di kawasan berkenaan, jangan ada perasaan kecewa dan menyesal sebab memancing untuk memenuhi tuntutan hobi sahaja. Pada keseluruhanya hasil buruan kami pada hari tersebut adalah kurang. 

Walau bagaimanapun kami telah diberikan sedikit rezeki dalam trip ini. REZEKI ADA DI MANA MANA CUMA KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENCARINYA. Dengan menaiki Bot KINGFISH akan terungkai dan memburu segalanya. 

Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com


 EBEK FISHING TEAM KK
KIRI KE KANAN: SAUDARA DAVID, AKAI DAN ASIUNG

 SAUDARA AKAI DAN IKAN KERISI BALI

 SAUDARA DAVID DAN IKAN PIRING PIRING ATAU PING PONG

 SAUDARA ASIUNG DAN JORAN MENGENA IKAN

 SAUDARA ASIUNG DAN IKAN PUTIH

 SAUDARA AKAI DAN IKAN TAMBAK ATAU LANDUK

 DALAM PERJALANAN MENUJU KE WAYPOINT 303 RUBY (200M)
ANGIN BARAT DAYA DAN GELOMBANG MASIH BERKOCAK

 HAND LINE AND FISH ON 
OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 SAUDARA KAMARUDIN DAN IKAN RUBY SNAPPER 6KILO

IKAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
DI WAYPOINT PERTAMA 303 RUBY 

IKAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
DI SEMUA WAYPOINT 303 RUBY 

 SEKITAR JAM 3.00 PETANG 
SEMUA AHLI SABAR MENANTI IKAN MEMATUK PANCING

 BURUNG CAMAR ATAU LAUT JUGA BEREBUT REBUT 
MENCARI MAKANAN BERHAMPIRAN BOT KAMI

 SAUDARA KAMARUDIN MERENUNG OMBAK LAUT PETANG
RESAH GELISAH AKIBAT IKAN TIDAK MEMATUK PANCING

 CARA HIRISAN UMPAN KAMI  DAN MASIH BANYAK BAKINYA
SEHINGGA KAMI BALIK SEKITAR JAM 4.00 PETANG

 SAUDARA PANYOLAH DAN IKAN AYAM AYAM BATU KARANG

 AGAKNYA IKAN IKAN DI BAWAH SANA BERPAKAT/BERMESYUARAT 
AGAR MEMULAUKAN UMPAN DAN PANCING 
KAMI PADA HARI TERSEBUT ATAU ADA SEBAB SEBAB LAIN

 IKAN OLEH 2 PEMBANTU PENULIS DI WAYPOINT TERAKHIR

 KESELURUHAN IKAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

IKAN YANG DI BAWA BALIK KE RUMAH OLEH PENULIS
 
(IKAN HASIL PERBURUAN OLEH SAUDARA DAVID, AKAI DAN ASIUNG 
TERLUPA AMBIL POTRET OLEH PENULIS)


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
 

No comments:

Post a Comment