Tuesday, September 7, 2010

TRIP MEMANCING MENAIKI KAPAL BERSAMA EX BOSS

Mulai daripada post ini saya memulakan aktiviti pancingan laut dalam samada menaiki kapal atau bot lama saya serta KINGFISH. Laut dalam yang saya maksudkan adalah di sekitar kawasan Pulau Mengalun, karang-karang, sejali, 320, 330, 340, 360, Rubysnapper200m, Pulau Mantanani dan banyak lagi. Purata jarak kawasan memancing laut dalam ini dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu antara 32 sehingga 80 batu. Pada pembaca yang budiman, bolehlah menganggarkan masa perjalanan menggunakan kapal dengan hanya kelajuan purata 10mph. 

Sebagai perbandingan saja: "Jika menggunakan kapal ke kawasan Pulau Mengalun sejauh 36 batu daripada Kota Kinabalu akan mengambil masa  hampir 4 jam. Tetapi jika menggunakan KINGFISH dengan kelajuan purata 35mph maka hanya mengambil masa sejam sahaja." Walau bagaimanapun memancing menaiki kapal sememangnya selesa yang di lengkapi dengan kemudahan seperti deck tempat tidur, tandas, dapur, ruang memancing yang selesa dan sebagainya. Namun hasil pancingan kadang kadang mengecewakan. Para pemancing yang pernah mengalaminya tentunya tahu mengenai perkara ini. Teknik memancing dengan menaiki KINGFISH akan saya jelaskan dalam post akan datang. Tunggu kemunculannya....

dimaklumkan kepada semua pembaca budiman, trip memancing menaiki kapal ini telah di adakan pada 19 April 2006 dan di taja oleh mantan Pengarah saya. Hanya rakan terdekat beliau sahaja di jemput bersama untuk menghargai segala sokongan dan kerjasama selama ini.  Trip memancing ini lebih kepada aktiviti out-reach kami semua. Saya bagi pihak semua rakan ingin merakamkan ribuan penghargaan terima kasih kepada mantan pengarah yang kami sayangi atas segala galanya.

Trip memancing 2hari 1malam ini juga kebetulan tak ada rezeki ALLAH, maka hasilnya memang sangat berkurangan dan mengecewakan. Semua hasil kami ada di potretkan di sertakan bersama ini. Sebelum ini pun saya pernah beberapa kali memancing menaiki kapal tetapi hasilnya sama juga. Apa yang penting dalam trip ini kami semua dapat banyak pengalaman dan kenangan yang sukar dilupakan sehingga hari ini. Sila hayati beberapa potret di bawah ini. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi:

No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com





















INI SAHAJA HASIL 2HARI 1MALAM BAGI SEMUA PEMANCING





JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment