Wednesday, September 15, 2010

PULAU MENGALUN YANG INDAH

       PETA NEGERI SABAH (BAHAGIAN PANTAI BARAT).
SATU TITIK DI LAUT KOTA KINABALU IALAH  PULAU MENGALUN

PULAU MENGALUN (DILIHAT DARIPADA ATAS)


 PULAU MENGALUN BERLATAR BELAKANGKAN GUNUNG KINABALU. 
(DI LIHAT 8 BATU DARIPADA BOT KIM ROSA)
#################

PULAU MENGALUN yang tidak berbukit mempunyai angaran keluasan 5 batu persegi. Jarak pulau ini daripada Bandaraya Kota Kinabalu adalah 36 batu. Jika berjalan kaki pulau ini boleh dikelilingi dalam tempoh satu jam sahaja. Pulau ini berbentuk pipih empat segi tanpa tanjung yang panjang, tanpa teluk yang luas dan dikelilingi oleh pasir putih yang menyerupai kristal.  

Pulau ini juga sukar dihampiri oleh kapal pemancing rekreasi kerana kecetekkan batu karangnya kecuali bot kecil. Oleh itu para pemancing rekreasi jarang menjejakkan kaki di pulau ini atas faktor tersebut di atas. Terdapat sebuah Diving Resort yang di miliki oleh Syarikat Pulau Mengalun Travel & Tours Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Kota Kinabalu.

Mengikut teori pakar geografi pulau ini terbentuk daripada timbunan pasir daripada kawasan sekeliling oleh ombak sejak sekian lama. Daripada bentuk muka bumi yang rata, tanah pasir putih dan habitat vegetasi yang tumbuh di pulau ini, sememangnya teori ini ada kebenarannya.  
        
Suatu ketika dulu pulau ini digunakan sebagai tempat kuarantin dan pemeriksaan kesihatan ternakan haiwan yang di import daripada luar negara sebelum dipindahkan ke tanah besar Sabah oleh Jabatan Perusahaan Haiwan dan Ternakan Sabah.  Satu ketika dulu juga Pasukan Polis Hutan (PPH) negara kita pernah di tempatakan di pulau ini untuk tujuan keselamatan perairan sekitarnya.

Pulau ini adalah satu satunya tempat selamat lagi terdekat untuk para nelayan dan pemancing rekreasi berteduh apabila dilanda ribut dan hujan . Pulau ini juga tempat untuk berkhemah, tidur dan berkelah semasa angin kencang atau pun sengaja suka suka ke sana. Pemandangan di pulau ini semasa matahari terbit dan tenggelam sangat menakjubkan.  Pulau Mengalun sememangnya:
        
         Memukau  Indah Cantik Dan Permai 
         Tenang Mempersona Nyaman Dan Damai
         Pantai Bersih Dan Airnya Jernih Sekali
         Tempat Nelayan Dan Pemancing Mengulit Mimpi 

Beberapa keping potret pulau ini di paparkan seperti berikut untuk tatapan pembaca budiman. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
 
Sila hubungi:

No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com


















JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment