KIM ROSA DIBERI NAMA
DIBERI NAMA OLEH FREDDIE
BUDI DAN JASA BOT LAMA
KU TETAP SANJUNG TILL I DIE
Ungkapan ini jelas sekali bahawa saya telah memiliki bot gentian kaca yang lama. KIM ROSA bermakna Bunga Ros Emas. Bot berukuran 23 kaki panjang dengan dikuasai oleh satu unit injin jenis Yamaha 75 kk yang di bena sejak sepuluh tahun lalu dan telah banyak memberi jasa kepada saya, keluarga dan rakan rakan. Walaupun hanya dengan ukuran tersebut tetapi ianya telah pergi jauh memancing sehingga 80 batu dari kota Kinabalu sekali trip. Tertakluk kepada budi bicara pemancing, kekadang jangka trip memancing satu hari / satu malam dua hari / dua malam tiga hari. Sebagai mana ragam dan lumrah, bot lama ini juga pernah dibadai hujan, ribut, petir dan gelora namun ianya langsung tidak melunturkan semangat dan hobi pemiliknya.
Setiap yang pergi pasti ada yang datang. Kekadang ianya bergaya, kekadang ianya mogok, kekadang ianya bersantai, kekadang ianya penyelamat, kekadang ianya .......dan banyak lagi. Bot lama ini telah diganti oleh KINGFISH. Spesifikasi bot baru ini telah dimaklumkan dalam post pertama bulan Ogos 2010 dan cukup selesa. Di maklumkan jasa jasa bot lama adalah seperti berikut:
Tempat kami bersantai
Tempat kami berkelah
Tempat kami memasak
Tempat kami makan/minum
Tempat kami memancing
Tempat kami berteduh
Tempat kami tidur
Tempat untuk semuanya ...
Di berikan juga beberapa potret bot lama ku untuk tatapan pembaca semuanya. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi:
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment