Tuesday, September 14, 2010

TRIP BERSAMA RAKAN RAKAN

Rakan bermaksud ialah sahabat dan rakan karib saya yang pernah memancing bersama bot lama saya samaada di sekitar Pulau Gaya atau Pulau Mengalun, Kota Kinabalu. Kekadang kami juga terpaksa berkelah di pulau pulau tersebut jika cuaca tak mengizinkan. Jika kenal mereka jangan lupa bertanya apa keistemewaan memancing bersama saya. Terima kasih juga kepada saudara Azharul yang sering membuat laporan trip pancing kami dalam  web-site: Malaysian.fishing.net. Beliau sangat dedikasi dengan minat memancing. Jika ada masa terluang pasti dia  yang confirm dahulu.

Semasa memancing bersama rakan rakan pelbagai jenis ikan laut telah diperolehi. Hanya ikan yang dipancing oleh setiap rakan/individu yang ikut, maka hasil itu sahaja yang boleh di bawa balik. Dapat ikan sendiri adalah kepunyaan sendiri, tak memancing tak adalah ikan dibawa balik adalah konsep KINGFISH. Peraturan ini adalah praktis para pemancing di Kota Kinabalu. 

Beberapa potret sahabat dan rakan juga saya berikan seperti di bawah ini untuk tatapan anda dan pembaca semua. Minta maaf kerana tanpa kebenaran anda untuk menyiarkan potret ini. Hanya sekadar tatapan pembaca blog ini sahaja. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi:

No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com





































JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG



No comments:

Post a Comment