MENGAPA IKAN CUPI BERGRED TINGGI? ANDA TAHU.........
INILAH PELANTAR MINYAK MENJADI SASARAN KAMI MEMANCING
-----------OOOOO----------
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing minggu pertama bulan Julai 2011 seperti berikut:
Tempoh : 1hariTarikh : 03 Jun 2011 (Ahad)
Masa : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 6.00 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 6 orang (DAVID, ASIUNG, AKEONG
KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)
KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)
Lokasi : Waypoint sekitar Karang karang, Sejali dan
Pelantar Minyak di Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan : Gold-Banded Jobfish, Tang's Snapper,
Red Emperor, Deepwater squirrelfish,
Estuary Cod, Striped Seaperch, DLL
Teknik : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
EBEK FISHING TEAM yang di barisi oleh Saudara DAVID (Ketua), ASIUNG dan AKEONG telah mengulangi trip memancing bersama Bot KINGFISH. Pada awalnya empat orang telah mengesahkan menyertai trip ini tetapi di sebabkan aktiviti hujung minggu yang tidak dapat dielakkan seorang daripada mereka telah tidak dapat menyertai kami.
Pada awal pagi trip memancing ini, keadaan laut bagaikan berada di atas permukaan danau/tasik/sungai. Walau bagaimanapun pada sebelah petang apabila kami mula memancing dekat pelantar minyak di kawasan Sejali, hujan turun dengan lebatnya. Ia bagaikan tidak mengizinkan kami memancing di pelantar minyak tersebut. Apa nak buat kami bukan menceroboh tetapi memburu ikan Pisang Laut Dalam atau Tang's Snapper. Ikan Pisang ini memang menjadi buruan dan kegemaran kepada semua ahli Ebek Fishing Team. Tak semua orang tahu ikan ini sebenarnya bergred tinggi, Hanya penggemar Tang's Snapper sahaja tahu nilainya gred ikan ini. Adakah anda pernah makan ikan ini? Apa gred yang anda bagi terhadapnya?
Kami memancing bermula di waypoint Karang Karang, Sejali, Pelantar Minyak di Sejali dan Pulau Mengalun. Dalam menuju perjalanan ke waypoint Karang Karang, Bot Kingfish melalui karang (reef) yang cetek dan boleh di lihat daripada bot. Batu karangnya sungguh indah dan menakjubkan dan ikan ikan banyak berkeliaran. Kehidupan di dalam laut ini sungguh indah dan menakjubkan kita semua. Alang kah indah dan baiknya jika situasi ini berkekalan sehingga 1000 tahun lagi. Andainya kita hidup di dalam air laut barulah kita dapat menghargai nilai kehidupan di dasar sana. Malangnya kita semakin rakus untuk menceroboh kehidupan dalam laut tanpa kawalan dan had. Boleh kah kita hadkan hasil/kaedah/cara/alat tangkapan kita semua. Tanya Pertubuhan Pencinta Alam (Green Peace) untuk mengetahui lebih lanjut. He. He. He.......
Pada pengamatan dan kesimpulan penulis, sepanjang minggu ini ikan di kawasan seluruh Pantai Barat Negeri Sabah KURANG MEMATUK. Tak tahu lagi bila agaknya ikan akan mula mematuk lagi. Ada kah anda tahu?
Walau bagaimanapun kami telah diberikan sedikit rezeki dalam trip ini. REZEKI ADA DI MANA MANA CUMA KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENCARINYA. Dengan menaiki Bot KINGFISH akan terungkai dan memburu segalanya.
Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com EBEK FISHING TEAM
KIRI KE KANAN: ASIUNG, DAVID DAN AKEONG
DALAM PERJALANAN KE WAYPOINT KARANG KARANG
KEADAAN LAUT TENANG SEKALI
MATAHARI DI BALIK AWAN
KEADAAN LAUT BAGAIKAN DI DANAU/TASIK/SUNGAI
KEINDAHAN BATU KARANG DEKAT KAWASAN KARANG KARANG
PENULIS AMBIL POTRET INI DARIPADA DEPAN BOT KINGFISH
KHAZANAH LAUT JUGA TURUT DI LIHAT OLEH AHLI TRIP KAMI
SAMBIL SANTAI MINUM PAGI
UMPAN PANCING STAIL APOLO SEMASA BERADA DI DALAM LAUT BIRU
WOW! SAUDARA KAMARUDIN DENGAN IKAN CUPI MERAH
GAYA YANG MEMPESONA DAN PANCARAN CAHAYA MATAHARI
IKAN SUNO/KERAPU BARA OLEH SAUDARA PANYOLAH
IKAN PISANG PISANG OLEH PENULIS
IKAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA DI WAYPOINT PERTAMA
SAUDARA AKEONG DAN IKAN KERISI BALI
SAUDARA KAMARUDIN DAN IKAN KERISI BALI
IBU DAN ANAK KERISI BALI
BAPA KERISI BALI OLEH SAUDARA ASIUNG
IKAN KERISI BALI DOUBLE HOOKED OLEH SAUDARA ASIUNG
PENULIS AMBIL POTRET INI SEMASA IKAN SEDANG HAMPIR DENGAN BOT
TETAPI MASIH DALAM LAUT
SAUDARA ASIUNG DENGAN IKAN PIRING PIRING/PING PONG
SAUDARA DAVID DENGAN IKAN DOUBLE HOOKED
SAUDARA KAMARUDIN DENGAN IKAN PIRING PIRING/PING PONG
IKAN OLEH PENULIS DENGAN 2 PEMBANTUNYA DI WAYPOINT SEJALI
MENU TENGAHARI KAMI
SANTAI MAKAN TENGAHARI
MENGHAMPIRI PELANTAR MINYAK DEKAT SEJALI
SAUDARA KAMARUDIN, PANCING DAN PELANTAR MINYAK
SAUDARA ASIUNG DAN JORANNYA MENGENA IKAN
SAUDARA ASIUNG DENGAN IKAN PISANG LAUT DALAM
SAUDARA DAVID DAN JORANNYA MENGENA IKAN
SAUDARA DAVID DENGAN IKAN PISANG LAUT DALAM
LAGI SATU IKAN PISANG LAUT DALAM OLEH SAUDARA ASIUNG
KAMI TENTUNYA SERONOK LAGI PUASHATI DAPAT IKAN INI
SAUDARA PANYOLAH DENGAN IKAN DURIAN LAUT DALAM
IKAN BELUT DALAM ANTARA PENGHUNI BAWAH PELANTAR MINYAK
CATCH AND RELEASE JIKA BUKAN IKAN...........?
MONSTER PENGHUNI BAWAH PELANTAR MINYAK
SAUDARA KAMARUDIN DENGAN IKAN KERAPU JALUR HITAM
PENULIS DENGAN IKAN KERAPU JALUR HITAM
PUMB BOAT JUGA BERSAMA KAMI MEMANCING DEKAT PELANTAR MINYAK
MEMANCING DALAM HUJAN LEBAT
HUJAN LEBAT
SAUDARA KAMARUDIN DENGAN DOUBLE HOOKED IKAN KERISI BALI
SAUDARA KAMARUDIN DENGAN IKAN BARRACCUDA
HASIL BURUAN OLEH SAUDARA DAVID DAN ASIUNG
HASIL BURUAN OLEH SAUDARA AKEONG
KLIEN PENULIS MEMILIH IKAN DI DALAM BOT KINGFISH
IKAN INI YANG SAYA MAHU
PILIH JANGAN TAK PILIH IKAN PANCING SEGAR
NANTI ORANG LAIN PILIH
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment