Monday, July 11, 2011

SRAD ANGLERS TEAM K. K.

SAUDARA DANIEL SELAKU KETUA SRAD FISHING TEAM

----------OOOOOOO---------

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing sehari dalam bulan Julai 2011 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari  
Tarikh                 : 09 Julai 2011 (Sabtu)
Masa                   : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 5.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 7 orang 
                              DANIEL (KETUA), ALAN, SCOTT, ROMEO,
                               KAMARUDIN, PANYOLAH DAN IR  SYARD 
Lokasi                : Sejali, Pulau Mengalun dan 302
Jenis Ikan         :  Kerisi Bali, Merah, Kerapu Minyak, 
                               Pisang Pisang, Putih DLL  
Teknik                : 4 orang Road and Reel dan 3 orang Handline.

Trip memancing sehari oleh SRAD FISHING TEAM ini di sertai oleh Saudara Daniel (Ketua), Alan, Scott dan Romeo. Kumpulan pemancing ini berasal daripada Kota Kinabalu dan merupakan rakan sehobi memancing di sekitar kawasan Pantai Barat Sabah. Trip ini sebenarnya telah di rancang sebulan lalu tetapi memandangkan Bot KINGFISH terlalu padat di tempah, maka pada tarikh ini sahaja kumpulan ini berpeluang memancing ke laut lepas dengan menaiki Bot KINGFISH. Itu pun kebetulan anak penulis (IR SYARD) dapat mengaturkan semua kelancaran trip ini. Termasuklah menjadi juruphoto sehinggakan potret sendiri tak ada diselitkan dalam post ini.

Penulis ingin memaklumkan di sini bahawa peluang memancing dengan menaiki Bot KINGFISH perlu di tempah lebih awal. Oleh yang demikian tempahan bagi tahun hadapan (2012) perlu di buat mulai daripada sekarang.
 
Perancangan dan persetujuan oleh kumpulan ini untuk memancing di sekitar di waypoint Ruby(200m) tetapi terpaksa dihalakan ke Sejali dan Pulau Mengalun akibat keadaan laut yang tidak menentu dan arus terlalu kuat. HOBI TETAP HOBI, KEUTAMAAN ANAK PENULIS ADALAH KESELAMATAN DI LAUT. 

Sempena trip memancing ini, mereka telah di berikan sedikit rezeki. REZEKI ADA DI MANA MANA CUMA KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENCARINYA. Dengan menaiki Bot KINGFISH akan terungkai dan memburu segalanya. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com

 SRAD FISHING TEAM , KOTA KINABALU
KIRI KE KANAN: SAUDARA SCOTT, DANIEL, ALAN DAN ROMEO

 PEMANDANGAN SEMASA DALAM PERJALANAN MENUJU SEJALI

 KEDUDUKAN MATAHARI TERBIT SEWAKTU MEMANCING DI SEJALI

SAUDARA ROMEO DENGAN IKAN MERAH

 SAUDARA SCOTT DENGAN IKAN KERISI BALI

 SAUDARA ALAN DENGAN IKAN PUTIH

SAUDARA PANYOLAH DENGAN IKAN KAPAS KAPAS LAUT

SAUDARA KAMARUDIN DENGAN IKAN KERAPU BARA/SUNO

SAUDARA PANYOLAH DENGAN IKAN KERISI BALI

SAUDARA PANYOLAH DENGAN DOUBLE HOOKED

 SAUDARA SCOTT DENGAN IKAN KERISI BALI

 SAUDARA ALAN GEMBIRA DENGAN IKAN BURUANNYA

 ANTARA IKAN YANG BERJAYA DITANGKAP OLEH SRAD FISHING TEAM

PANTULAN CAHAYA MATAHARI SEMASA BALIK

SEMUANYA TENANG DALAM PERJALANAN BALIK
  

SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

2 comments:

  1. bro IRSYAD.. itu nama Alan sama Romeo terbalik dah... haha... boleh betulkan kah... apa-apa pun terima kasih dari kami semua kerana kamu berusaha mencarikan "takat" yang ada ikan walaupun keadaan laut yang tidak memuaskan.. sekali lagi terima kasih dari kami SRAD Anglers Team...

    ReplyDelete
  2. Saudara Alan Ng, Pembetulan telah di lakukan dan jutaan terima kasih kepada ahli SRAD Anglers Team atas kerjasama sepanjang trip ini. sehingga jumpa lagi dalam trip akan datang. TQVM - IRSYAD

    ReplyDelete