Thursday, July 14, 2011

IKAN TAK MAKAN UMPAN, IA LARI KE MANA...??

JAWAPAN SAUDARA IRSYAD KEPADA TAJUK DI ATAS
IKAN TAK MAKAN UMPAN SEBAB IA TAKUTKAN IKAN TITIR BESAR INI

 JAWAPAN SAUDARA KENNY KEPADA TAJUK DI ATAS
SEBAB TAKUTKAN REEL LETRIK YANG BARU SAYA BELI INI

SEMENTARA JAWAPAN SAUDARA JAMES PULA 
SEBAB TAKUTKAN SENYUMAN SAYA DAN REEL LETRIK INI

====OOOO====

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing  yang di barisi oleh Saudara KENNY (Ketua), JAMES dan KHIONG seperti berikut: 
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 13 Julai 2011 (Rabu)
Masa                   : Bertolak: Jam 5.30 pagi / Balik: Jam 5.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 7 orang  
                             (KENNY, JAMES, KHIONG, IRSYAD, 
                             KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)                  
Lokasi                : Waypoint sekitar Pulau Mengalun, 303 dan 302 
Jenis Ikan         :  Kerisi Bali, Putih, Kerapu Bara/Suno
                              Kerapu Minyak, Pisang Pisang, DLL  
Teknik               : 4 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

Saudara KENNY dan rakan rakan beliau daripada Kota Kinabalu buat pertama kalinya memancing dengan menaiki Bot KINGFISH. Trip ini merupakan aktiviti santai atau suka ria sahaja bagi kumpulan pemancing ini. Sebelum trip memancing dengan bot KINGFISH ini, mereka sering mengikuti dan menyewa kapal pancing khas  untuk memancing di sekitar Pantai Barat Kota Kinabalu, Kudat dan Pitas.

Dalam trip ini Saudara Kenny dan James menggunakan reel letrik yang terbaru di beli daripada kedai rakan mereka di sekitar kota kinabalu. Sememangnya reel ini sangat membantu para pemancing daripada kepenatan apabila menaikan ikan terutamanya dikawasan laut dalam. Mungkin ikan kurang mematuk di lautan ketika ini disebabkan takut kepada reel letrik ini. Apa tidaknya para pemancing langsung tidak mengenal penat menggulung tali pancing masing masing. Analogi dan teori rumusan reel letrik boleh dikaitkan dengan peribahasa berikut: rezeki tak akan datang bergolek dan kalau tak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Pada pandangan penulis ikan di lautan ketika ini sememangnya kurang mematuk untuk di pancing. Di antara puncanya adalah seperti Faktor Pemanasan Global, Keadaan Cuaca dan Arus, Ikan Di Lautan Semakin Pupus dan Berkurangan, Cara dan Alat Tangkapan Yang Tidak Terkawal, Rezeki Setiap Pemancing Belum Tiba dan Sebagainya. Penulis pasti ikan tak lari kemana mana. I masih berada di bawah sana. Adakah anda tahu jawapan kepada soalan ini: IKAN TAK MAKAN UMPAN, IA LARI KE MANA....?? ANDA TAHU....??

Walaupun ikan kurang mematuk hasil buruan agak memuaskan semua ahli trip. REZEKI ADA DI MANA MANA CUMA KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENCARINYA. Dengan menaiki Bot KINGFISH akan terungkai dan memburu segalanya. 

Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com

 DARI KIRI KE KANAN: 
 SAUDARA KENNY, KIONG, PANYOLAH, JAMES DAN IRSYAD

 SAUDARA KIONG DENGAN IKAN KERISI BALI

SAUDARA KENNY DENGAN IKAN PUTIH

 SAUDARA JAMES DENGAN IKAN KERISI BALI

 SAUDARA KENNY DENGAN IKAN KERISI BALI

 SAUDARA KIONG DENGAN IKAN PUTIH

 SAUDARA JAMES DENGAN IKAN PUTIH

 SAUDARA IRSYAD DENGAN IKAN TITIR

 SAUDARA KAMARUDIN DENGAN IKAN KERAPU BARA/SUNO

SAUDARA PANYOLAH DENGAN IKAN KERISI BALI

 SAUDARA KENNY DENGAN IKAN TITIR DOUBLE HOOKED

SAUDARA JAMES DENGAN IKAN KERAPU MINYAK

 SAUDARA JAMES DENGAN IKAN KERAPU BARA/SUNO

 SAUDARA KIONG DENGAN IKAN KERAPU BARA/SUNO

 KAMI MEMANCING DEKAT PELANTAR MINYAK INI
BERHAMPIRAN PULAU MENGALUN

 IKAN TAK MAKAN UMPAN 
SEBALIKNYA SPESIES SEASTAR INI YANG MEMAKAN UMPAN
IKAN TAK MAKAN IA LARI KE MANA...??

 IKAN TAK MAKAN UMPAN KAMI PUN MAKAN TENGAHARI

 SAUDARA IRSYAD DENGAN IKAN KERAPU MINYAK DOUBLE HOOKED

 SAUDARA IRSYAD DENGAN IKAN KERISI BALI

 SAUDARA PANYOLAH DENGAN IKAN PIRING PIRING/PING PONG

SAUDARA KENNY DENGAN IKAN KERISI BALI

 SAUDARA KIONG DENGAN IKAN KERAPU MINYAK

 SAUDARA KENNY DENGAN IKAN PIRING PIRING/PING PONG

 HASIL PANCINGAN OLEH SAUDARA JAMES

HASIL PANCINGAN OLEH SAUDARA KENNY

HASIL PANCINGAN OLEH SAUDARA KIONG

IKAN TAK MAKAN UMPAN KAMI PUN BALIKLAH

 SEMUA GEMBIRA SEMASA TIBA DI KOTA KINABALU
  

SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment