SAUDARA MARK TEN DENGAN IKAN CINCULU
KERISI BALI
KERISI BALI
*** 888 ***
"KERISI BALI DAN IKAN LUMBA - LUMBA"
Adalah pilihan tajuk oleh penulis dalam trip memancing pada kali ini.
Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip seperti berikut:
Tempoh : 1hari
Tarikh : 04 Jun 2016 (Sabtu)
Masa : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 7.30petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 6 orang
(MARK TEN, TIMOTHY CHAI, ROGER FUI ZAI,
KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)
Lokasi : Waypoint Karang-Karang, dan Kawasan Tumai
Jenis Ikan : Kerisi Bali, Cinculu, Merah, Pelbagai Jenis Kerapu
Dan Lain Lain lagi.
Teknik : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Saudara MARK TEN, TIMOTHY CHAI dan ROGER FUI ZAI sekali lagi menyertai
penulis dalam trip ini. Sasaran kami dalam trip ini ialah Karang-Karang,
Sejali, Pulau Mengalun. Tetapi kami hanya sempat berburu di kawasan
Karang-Karang sahaja dan dilewat petang di Kawasan Tumai. Cuaca dalam
trip ini agak berangin dan hujan sekali sekala.
Di laut
sekitar Pantai Barat Sabah ikan masih tidak aktif mematuk umpan. Kami
hanya berburu dilubuk ikan KERISI BALI di antara kawasan Karang-Karang
dengan Sejali sepanjang hari. Kedalaman kawasan ini antara 100 – 120
meter. Walaupun kami memancing dalam keadaan berangin dan hujan namun
KERISI BALI agak banyak dapat kami buru dan IKAN LUMBA - LUMBA dapat
kami lihat secara dekat dari Bot. Ikan Lumba-Lumba (DOLPHIN) pula suka
berlumba dan mengekori bot kami. Ianya seolah-olah menyambut kedatangan
kami untuk memburu Kerisi Bali di kawasan tersebut. Ikan kerisi Bali
penulis banyak juga bawa balik untuk dijadikan ikan masin bulat. Seperti
kebiasaannya Saudara Timothy Chai hanya berburu dengan teknik JIGGING
sahaja. Hasil perburuan beliau agak banyak dan Berjaya. Trip KERISI BALI
DAN IKAN LUMBA - LUMBA ini adalah tidak menghampakan kami. Hasil
diperolehi agak lumayan. Semua tong penuh untuk di bawa balik dengan
pelbagai jenis ikan. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di
bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
MENYIMPAN DAN MENGIKAT PERALATAN
MENGIKAT PERALATAN
DARI KIRI: SAUDARA TIMOTHY CHAI, MARK TEN DAN ROGER FUI ZAI
HIMPUNAN IKA KERISI BALI
HIMPUNAN KERISI BALI
RIBUT YANG SEMAKIN MENGHAMPIRI KAMI
SAUDARA MARK TEN DENGAN IKAN CINCULU
LAGI HASIL BURUAN KAMI
SAUDARA TIMOTHY CHAI RAJA JIGGING
LAGI KAMI DIHAMPIRI RIBUT DAN HUJAN
IKAN MERAH OLEH SAUDARA PANYOLAH
LAGI HASIL BURUAN KAMI
LAGI HASIL BURUAN KAMI
LAGI HASIL BURUAN KAMI
MAKAN TENGAHARI
IKAN LUMBA LUMBA YANG MENYAMBUT KAMI
IKAN LUMBA LUMBA YANG CUBA BERLUMBA DENGAN KAMI
LAGI IKAN LUMBA LUMBA CUBA BERLUMBA DENGAN KAMI
LAGI HIMPUNAN IKAN KERISI BALI
KERISI BALI
IKAN YANG DI BAWA BALIK OLEH PENULIS
HASIL KESELURUHAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
IKAN KERISI BALI YANG DIJADIKAN IKAN MASIN
HASIL YANG DIBAWA BALIK OLEH SAUDARA MARK TEN
HASIL YANG DIBAWA BALIK OLEH SAUDARA ROGER FUI ZAI
HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA TIMOTHY CHAI
SEMPAT BERGAMBAR KENANGAN DENGAN IKAN KERISI BALI
KETIKA SAMPAI DI JETI KOTA KINABALU
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment