Saturday, October 15, 2016

IKAN KERING SEGAR

 SAUDARA MOSS LEE DENGAN KERISI BALI

 SAUDARA MARK TEN DENGAN KERISI BALI

 SAUDARA ROBERT CHONG DENGAN IKAN MERAH

 SAUDARA KAMARUDIN DENGAN IKAN MERAH

^^^ OOO ^^^

"IKAN KERING SEGAR" Adalah pilihan tajuk oleh penulis dalam trip memancing pada kali ini. Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip seperti berikut:

Tempoh    : 1hari
Tarikh       : 10 Julai 2016 (Ahad)
Masa         : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 6.30petang
Bot            : KINGFISH
Keahlian   : 6 orang
                   (MARK TEN, ROBERT CHONG, MOSS LEE, 

                     KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)             
Lokasi       : Waypoint Karang-Karang, Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan : Kerisi Bali, Cinculu, Merah, Pelbagai Jenis Kerapu 

                    Dan Lain Lain Lagi.
Teknik      : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

Saudara MARK TEN, ROBERT CHONG dan MOSS LEE sekali lagi menyertai penulis dalam trip ini. Sasaran kami dalam trip ini ialah Karang-Karang, Sejali dan Pulau Mengalun. Cuaca dalam trip ini agak baik sekali. Semasa awal pagi kami terus berburu di kawasan Karang-Karang, di sejali pada sebelah tengahari dan di Kawasan Pulau Mengalun sebelah petangnya.

Penulis dalam trip ini berkesempatan membuat dan mengerikan IKAN KERING SEGAR daripada ikan sardine atau ikan basung berjalur sebanyak empat (4) ekor. Ikan ini memang segar dan baru sahaja dipancing di kawasan Karang-Karang. Saiz ikan yang di jadikan IKAN KERING SEGAR ini pula adalah cukup sesuai. Ianya tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil. Ikan yang dijadikan kering ini hanya dibersihakan dengan air laut tanpa dibubuh bahan bahan lain dan hendaklah dijemur dipanas matahari selama beberapa jam (4-6 jam). Kulitnya akan jadi kering tetapi isinya masih basah dan dapat mengeluarkan jus sendiri atau minyak ikan. Sila rujuk beberapa keping gambar yang penulis sertakan. IKAN KERING SEGAR ini sesuai dimasak goreng dan dicicah dengan jus limau dan lada atau dimasak lemak cili padi. Minyak ikan (jus) tersebut akan terasa bila dimakan selepas di masak. Pastinya menjilat jari bila memakannya. Trip IKAN KERING SEGAR ini adalah tidak menghampakan kami. Hasil diperolehi agak lumayan. Semua tong hampir penuh untuk di bawa balik dengan pelbagai jenis ikan. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.


 "Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
 
Sila hubungi.

No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email:           esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com


 DARI KIRI: 
SAUDARA MOSS LEE, ROBERT CHONG DAN MARK TEN

 SAUDARA MARK TEN DENGAN KERAPU MINYAK

 HASIL BURUAN KAMI DI LUBUK PERTAMA

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 SAUDARA MOSS LEE DENGAN KERISI BALI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 MAKAN TENGAHARI

 MENU KAMI

 IKAN YANG DIJADIKAN IKAN KERING SEGAR

 IKAN KERISI BALI

 IKAN KERISI BALI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 IKAN KERING SEGAR

 IKAN CINCULU

 IKAN KERISI BALI

 DOUBLE HOOKED OLEH SAUDARA MARK TEN

 IKAN KERISI BALI OLEH SAUDARA MARK TEN

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 MERAH OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 MERAH OLEH SAUDARA ROBERT CHONG

 MERAH OLEH SAUDARA ROBERT CHONG

 PUTIH OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 HASIL BURUAN KAMI DILUBUK TERAKHIR

 HASIL KESELURUHAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 HASIL BURUAN OLEH SAUDARA MARK TEN

 HASIL BURUAN OLEH SAUDARA ROBERT CHONG

 HASIL BURUAN OLEH SAUDARA MOSS LEE


 SEMASA BALIK TETAP SENYUM DAN PUAS HATI


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
  

No comments:

Post a Comment