Tuesday, December 15, 2015

JERUNG TUKUL DAN KINABALU


 SAUDARA MARK TEN DOUBLE HOOKED

 JERUNG TUKUL YANG JINAK MENCARI MAKAN DI PERMUKAAN LAUT

 GUNUNG KINABALU SEBAGAI LAND MARK TANAH BESAR

 [[[[  XXX  ]]]]

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan DISEMBER 2015 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari  

Tarikh                 : 12 Disember 2015 (Sabtu) 
Masa                   : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 3.00 petang 
Bot                      : KINGFISH 
Keahlian            : 4 orang 
                 (MARK TEN, KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS) 
Lokasi               : Waypoint Pulau Mengalun dan 302. 
Jenis Ikan         : Putih, Kerisi Bali, Pisang Pisang,
                            Kerapu Minyak, Titir DLL. 
Teknik              : 1 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Hanya seorang Saudara MARK TEN dari Kota Kinabalu, Sabah menyertai penulis dalam trip ini. Penulis dan ahli lain sengaja keluar memancing walaupun angin Timur Laut sedang bertiup kencang. Trip ini berkemungkinan adalah trip terakhir penulis dalam tahun 2015. Kami hanya mensasarkan memburu di sekitar kawasan 302 dan Pulau Mengalun sahaja. 

Penulis menamakan trip ini sebagai JERUNG TUKUL DAN KINABALU sempena gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang trip. JERUNG TUKUL dapat kami lihat terapung-apung mencari makanan dipermukaan air laut. Jerung tersebut sangat dekat dan jinak dengan bot kami. Sementara GUNUNG KINABALU pula begitu indah, gagah dan jelas sekali kelihatan daripada laut. Gunung Kinabalu bagi penulis adalah satu satunya Land Mark tanah besar dan daratan Kota Kinabalu. Dalam trip ini ikan masih kurang mematuk.  Ikan-ikan seperti Putih, Kerisi Bali, Putih, Pisang-Pisang, Kerapu Minyak dan lain lain dapat kami bawa balik. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

PENULIS DAN SAUDARA MARK TEN

 GUNUNG KINABALU SEKITAR JAM 6.20 PAGI

 GUNUNG KINABALU SEKITAR JAM 6.25 PAGI

 GUNUNG KINABALU SEKITAR JAM 6.34 PAGI

 GUNUNG KINABALU SEKITAR JAM 6.42 PAGI

 GUNUNG KINABALU SEKITAR JAM 6.43 PAGI

 MASIH DALAM PERJALANAN

 HASIL BURUAN DI LUBUK PERTAMA

 HASIL BURUAN DI LUBUK KEDUA

 SAUDARA KAMARUDIN DENGAN KERISI BALI

 SAUDARA MARK TEN DENGAN HASIL BURUAN

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 IKAN JERUNG TUKUL

 
 IKAN JERUNG TUKUL

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 HASIL BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 HASIL BURUAN OLEH SAUDARA MARK TEN


 SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment