Tuesday, December 1, 2015

DUA KALI PERCUBAAN


 SAUDARA JULIUS

 DUA KALI PERCUBAAN

ooo XX ooo

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan NOVEMBER 2015 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari  

Tarikh                 : 29 November 2015 (Ahad) 
Masa                   : Bertolak: Jam 5.00 pagi / Balik: Jam 4.00 petang 
Bot                      : KINGFISH 
Keahlian            : 6 orang 
                              (MASRI, JULIUS, AARON
                             KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS) 
Lokasi               : Waypoint 302 dan Tukun Penulis. 
Jenis Ikan         : Merah dan Kerapu Minyak.
Teknik               : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Dalam Trip ini Saudara MASRI, JULIUS dan AARON daripada Kota Kinabalu buat kali pertama menyertai penulis. Bagi Saudara Masri dan dua rakan beliau teringin memancing mengikuti Bot KINGFISH sebagai penutup tirai tahun 2015. Sebelum ini mereka selalu keluar memancing di laut lepas sekitar Pantai Barat Kota Kinabalu dengan menaiki kapal sewa khas. 

Walaupun ramalan cuaca meramalkan Angin Timur Laut agak kencang, namun semua ahli trip telah membuat kata putus untuk meneruskan misi memancing sekitar Pulau Mengalun dan 302 sahaja. Ternyata ramalan cuaca tepat pada hari trip ini. DUA KALI MEMBUAT PERCUBAAN keluar memancing, namun tidak juga sampai walau ke lubuk yang paling dekat Pulau Gaya, Kota Kinabalu.  Percubaan PERTAMA kami bertolak dari jeti Kota Kinabalu pada pukul 5.00 pagi, namun kami telah disambut oleh angin Timur Laut yang kencang. Dalam anggaran 5 batu lagi bot KINGFISH sampai ke lubuk sasaran pertama. Kami terpaksa berpatah balik dan berteduh di Pulau Gaya. Kami sempat memancing sekitar Tukun Penulis dan memburu hasil ikan merah juvana dan sebagainya. Sekitar jam 1.00 petang, sekali lagi kami membuat percubaan KEDUA. Dalam percubaan kedua ini kami sampai ke lubuk sekitar kawasan 302 namun masih tidak selesa dengan tiupan angin Timur Laut yang masih kencang. Kami terpaksa balik dan memancing di sekitar Tukun Penulis. Sekitar jam 4.00 petang kami balik dan sampai ke jeti Kota Kinabalu. Hasil memang sangat kurang dalam trip ini. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com
 
 DARI KIRI: SAUDARA MASRI, JULIUS DAN AARON

 WAKTU INI KAMI BERADA 15 BATU DARI PULAU GAYA
DAN CUACA MASIH TENANG

 BENING PAGI

 5 BATU LAGI MENGHAMPIRI LUBUK PERTAMA DI KAWASAN 302  
ANGIN TIMUR LAUT BERTIUP KENCANG

KAMI DILAMBUNG OMBAK

 KAMI BERPATAH BALIK KE BELAKANG PULAU GAYA

 LAUT YANG TEDUH DI BALIK PULAU GAYA

 BERTEDUH DI BALIK PULAU GAYA

 HANYA REHAT SAHAJA

 SEMPAT MEMANCING DI TUKUN PENULIS

MAKAN TENGAHARI


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete