Sunday, November 4, 2012

KESELAMATAN DIUTAMAKAN

 SAUDARA TAIP

 SAUDARA SALSAIN

 PENULIS

<<<  ((( HHH )))  >>> 

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing bulan November 2012 seperti berikut:  
Tempoh               : 2hari1malam
Tarikh Bertolak : 03 November 2012 (Sabtu) (Jam 4.30 Pagi)
Tarikh Balik       : 04 Novemeber 2012 (Ahad) (Jam 11.00 Petang)
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 5 orang
                              (TAIP, SALSAIN, KAMARUDIN, 
                                PANYOLAH DAN PENULIS)                  
Lokasi                : Waypoint Karang Karang dan Sejali
Jenis Ikan         :  Ruby Snapper, Kerisi Bali, Kerapu Minyak DLL
Teknik               : 2 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

Ahli Pemancing yang menyertai penulis pada kali ini ialah Saudara TAIP DAN SALSAIN daripada Kota Kinabalu dan Sandakan, Sabah. Kedua mereka ini sering menyertai penulis untuk menduga laut dalam di sekitar Karang Karang dan Sejali. Distinasi atau waypoint tersebut adalah antara kegemaran Saudara Taip bagi memburu ikan Ruby Snapper yang terkenal dengan daya juangnya yang tinggi dan saiz besar besar belaka sehingga 20kilo. Ikan ini hanya mendiami laut dengan kedalaman 200meter ke atas. Dengan kedalaman ini adalah THRILL bagi seseorang pemancing laut dalam. Anda setuju...?

Pada hari pertama (Sabtu) trip ini, kami telah memancing dengan agak selesa dengan angin selatan berkelajuan purata hanya 5-8kmj sahaja. Walau bagaimanapun ikan di Kawasan Karang Karang dan Sejali sangat kurang mematuk. Hanya seekor Ruby Snappaer seberat hampir 10kilo dapat di jinakkan oleh penulis. Ikan ikan lain seperti Kerisi Bali, Kerapu Minyak, Rosy Snapper dan lain lain juga di jinakkan oleh ahli ahli trip.

KEUTAMAAN PENULIS ADALAH KESELAMATAN DI LAUT. Penulis sangat menitik beratkan Keselamatan bukan sahaja dari aspek bencana alam seperti ribut dan hujan semasa di laut tetapi kemalangan dan kecerderaan dalam bot semua ahli juga adalah penekanan utama penulis. Biarlah semua ahli SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI. 

Memandangkan KESELAMATAN DIUTAMAKAN maka Malam Sabtu kami terpaksa bermalam di Pulau Mengalun akibat angin Timur Laut berserta hujan lebat sekali sekala yang melanda seluruh Laut di Pulau Mengalun. Saudara SALSAIN juga tak berapa sihat akibat keceraderaan sikit di hidung semasa dalam perjalanan, maka Saudara TAIP dan SALSAIN telah menyewa bilik di Resort Pulau Mengalun untuk terus merehatkan diri dengan sepenuhnya. Angin timur laut yang masih kencang disertai hujan lebat yang berterusan sehingga pagi ahad telah memaksa kami balik awal daripada Pulau Mengalun. Sila lihat beberapa potret keadaan ribut yang penulis sempat rakam.  
 
Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 


"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com

 SEMASA BERTOLAK

 SARAPAN PAGI

 IKAN LUMBA LUMBA JUGA MENYAMBUT KEHADIRAN KAMI

 RUBY SNAPPER DAN PENULIS

 BAGAIKAN MENDODOI ANAK

 SAUDARA PANYOLAH DAN BABY RUBY SNAPPER

 SAUDARA TAPI DAN KERISI BALI

 SAUDARA SALSAIN DAN KERISI BALI

 MAKAN TENGAHARI

 KAMI JUGA SINGGAH DI KAKI PELANTAR INI

 HANYA INI YANG DAPAT DI NAIKKAN

 SAUDARA SALSAIN DOUBLE HOOKED

 SAUDARA TAIP DAN KERISI BALI LAGI

 SAUDARA KAMARUDIN DAN KERISI BALI

 ANTARA HASIL BURUAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 LAGI BABY RUBY SNAPPER OLEH SAUDARA KAMARUDIN

  LAGI HASIL BURUAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 KAMI DALAM PERJALANAN KE PULAU MENGALUN

 SENJA MERAH

 MAKAN MALAM

 BANGUN PAGI

 SEMPAT BERSARAPAN PAGI

 RIBUT DAN HUJAN LEBAT MELANDA SEKITAR JAM 7.00 PAGI

 PUTING BELIUNG JUGA SANGAT HAMPIR DENGAN KAMI

 AWAN MELALUI ATAS PULAU MENGALUN

 AWAN MELEPASI PULAU MENGALUN

 KETIKA SAMPAI DI PULAU GAYA SEKITAR JAM 10.30 PAGI

 HAIWAN LIAR INI JUGA ADALAH PENGHUNI PULAU GAYA

 PROSES MENGEMAS PERALATAN DAN MENIMBANG IKAN

 SATU SATUNYA RUBY SNAPPER OLEH PENULIS SEBERAT HAMPIR 10 KILO

WALAUPUN HASIL BURUAN AGAK SEDIKIT TETAPI MASIH THUM UP LAGI



 SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

3 comments:

  1. Nice blog,am following.
    Feel free to visit and follow our blog at http://kakinginti.rumahpanjai.com
    Cheers!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana selalu mengikut dan suka blog saya. Saya akan juga ikuti blog tuan.

      Delete
  2. Ikan kat sini bentuk nya pelik pelik ye..Tak penah jumpa lagi di tempat saya..Walau bagaimana pun tahniah kepada tuan..

    ReplyDelete