Sunday, November 11, 2012

3B ANGLER

 SAUDARA FADZIL

 SAUDARA HAFIZ

SAUDARA FAUZIE
 
 (((<<< O >>>)))

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan November seperti berikut: 
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 10 November 2012 (Sabtu)
Masa                   : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 6.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 6 orang  
                              (FADZIL/TUICO, HAFIZ, FAUZIE,
                            KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)                  
Lokasi               : Waypoint Ruby 305 hingga 303                    
Jenis Ikan         :  Kerisi Bali, Anak Kertang, Ruby Snapper, Kerapu,
                              Long-Finned Bigeye, Pisang Pisang, Titir DLL  
Teknik                : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
 
Trip memancing pada kali ini ialah dari kumpulan 3B ANGLER dari Kota Kinabalu. 3B bermaksud bulan kelahiran mereka adalah sama dalam tahun berkenaan. Penyelaras kumpulan ini ialah Saudara FADZIL/TUICO dan di sertai oleh rakan beliau iaitu Saudara HAFIZ dan FAUZIE. Mereka merupakan rakan karib sejak daripada sekolah rendah lagi hinggalah ke minat mereka juga sama sama memancing.  Begitulah PERSAHABATAN dan MINAT seseorang itu sebenarnya tiada batas dan sempadan. Minat memancing mereka sudah lama mekar dan berputik. Anda bila lagi berjinak jinak mencuba memancing di kolam ke? Lopak ke? Tasik ke? Sungai ke? laut ke? atau di mana mana saja. Ketiga tiga pemancing ini adalah buat kali pertama menyertai Bot KINGFISH menerokai laut lepas yang mencerca sehingga dalam 200meter. 
 
Keadaan cuaca/angin di Kota Kinabalu, Sabah masih lagi tidak menentu. Walau bagaimanapun Penulis berkesempatan juga membawa kumpulan ini memburu di sekitar waypoint Ruby dengan kedalaman 200meter di Kawasan 305 hingga 303. Jarak waypoint ini adalah 65 batu daripada Kota Kinabalu. Di peringkat awal pagi perjalanan kami, keadaan laut agak tenang sahaja tetapi sebaik menghampiri kawasan waypoint pertama yang di tuju, keadaan laut mula berkocak. Angin Timur Laut dengan kelajuan sekitar 15kmj telah menyapa kawasan 305. Dengan kelajuan angin tersebut Bot penulis masih lagi boleh bertahan untuk memburu pelbagai hasil seperti Baby Ruby Snapper, Kerisi Bali, Pelbagai Spesies Kerapu Laut Dalam dan lain lain. Pada sekitar jam 3.00 petang  barulah angin berkenaan mula tenang semula dan memberi keselesaan memancing bagi semua ahli trip. 

 HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 KIRI KE KANAN: SAUDARA FADZIL, FAUZIE DAN HAFIZ

PERJALANAN KAMI MELALUI PELANTAR DEREK INI

 SAUDARA KAMARUDIN

 SAUDARA PANYOLAH

 HASIL PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA DI WAYPOINT PERTAMA

 SAUDARA HAFIZ

 SAUDARA KAMARUDIN

 SAUDARA PANYOLAH DAN KERAPU BARA LAUT DALAM

 ANAK KERATANG DAN RUBY SNAPPER

 SAUDARA HAFIZ DAN LONG-FINNED BIGEYE

 SAUDARA KAMARUDIN

 SAUDARA KAMARUDIN

 SAUDARA HAFIZ

 DOUBLE HOOKED OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 HASIL PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA DI WAYPOINT KE EMPAT

 MAKAN TENGAHARI

 SAUDARA PANYOLAH

 KERISI BALI OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 HASIL PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA DI WAYPOINT KE LIMA

 IKAN PISANG PISANG

 SAUDARA FADZIL

 SAUDARA FAUZIE

 KERISI BALI OLEH SAUDARA HAFIZ

 SAUDARA PANYOLAH

 HASIL PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA DI WAYPOINT TERAKHIR

 HASIL DALAM TONG SAUDARA FADZIL

 HASIL DALAM TONG SAUDARA HAFIZ DAN FAUZIE

 POTRET KENANGAN SAUDARA FADZIL DAN IKAN BURUANNYA

 SAUDARA FAUZIE DAN IKAN BURUANNYA

 SAUDARA HAFIZ DAN IKAN BURUANNYA

 HASIL BURUAN SEBAGAI KENANGAN PEMANCING 3B ANGLER

 HASIL KESELURUHAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA 

 SAUDARA PANYOLAH MENGKELASKAN DAN MENIMBANG HASIL

SETELAH MENCAPAI MISI 
WAKTU SENJA KAMI BALIK DAN MENUJU DISTINASI


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
 

No comments:

Post a Comment