Sunday, August 22, 2010

THE MAKING OF MY "KINGFISH"


Bermulanya pembinaan sebuah bot pancing dan rekreasi bernama "KINGFISH" dengan Lesen Bot daripada Jabatan Laut Negeri Sabah Nombor "JN 5577/2/P".

Bot daripada Gentian Kaca ini berukuran 28 kaki panjang dengan menggunakan Enjin YAMAHA 60 kuasa kuda X 2 unit serta berkelajuan 35 batu sejam. Bot ini juga dilengkapi dengan semua peralatan keperluan keselamatan semasa di laut, Kusyen tempat duduk dan untuk tidur, Generator X 4 unit Lampu limpah (guna apabila memancing waktu malam), Atap + Tepi kiri/kanan + Depan di tutup oleh Kanvas bagi melindungi daripada Hujan dan Panas Matahari, 8 Rod Holder, Fish Finder, GPRS dan banyak lagi. Seperkara lagi nak bagi tahu pembaca budiman bahawa saya mempunyai sebanyak lebih kurang 400 Waypoint lubuk atau karang ikan dalam GPRS saya dalam sekitar kawasan Pulau Mengalun, Pulau Mantanani dan Pulau Tiga. Bagi menerokai semua waypoint tersebut kena memancing antara 3 hingga 7 hari.

Bot ini saya dan sekeluarga serta rakan rakan gunakan untuk tujuan memancing dan bersantai ke sekitar kawasan Taman Tungku Abdul Rahman (Kota Kinabalu), Pulau Mengalun (Kota Kinabalu), Pulau Tiga (Kuala Penyu) dan Pulau Mantanani (Kota Belud). Aktivit ini hanya lah sekadar hobi sahaja.

Selagi ada laut biru
        Selagi ada riak ombak
                Selagi ada ribut melanda
                        Selagi ada ikan memakan umpan
                                Selagi ada pulau memanggil
                                        Selagi itu hobi ini bertaut.

Jika pembaca budiman diluar sana mempunyai minat sama 1Hobi, 1Destinasi dan 1Impian. Sila hubungi saya pada bila bila masa sahaja. Laporan dan gambar gambar selanjutnya akan menyusul kemudian selepas ini dan jumpa lagi. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com

No comments:

Post a Comment