KINGFISH menawarkan perkhidmatan rekreasi dan santai serta "Island Hoping" kepada anda di luar sana yang ingin mencuba pengalaman yang belum pernah dirasai sebelum ini. Sekali mencuba pasti menjadi satu memori dan pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan selama lamanya. KINGFISH boleh membawa seramai dua belas (12) orang penumpang setiap kali bergerak sebagai mana yang disyaratkan dalam lesen oleh Jabatan Laut Sabah.
Sesungguhnya perkhidmatan KINGFISH bagi sekitar Pulau-Pulau di Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu ini sangat menyeronokan dan mempersonakan. Anda jangan terlepas peluang untuk menerokainya. Perkidmatan yang dimaksudkan adalah seperti:
1. Merasai dan mempelajari sendiri cara pemanduan bot gentian kaca.
2. Melihat gaya hidup dan rumah tradisi kampung air bagi penduduk sekitar Pulau Gaya.
3. Melihat cara-cara tangkapan nelayan tradisi penduduk Pulau Gaya.
4. Menyusuri ke beberapa resort dan pulau-pulau peranginan yang tersergam indah di sekitar Taman Tungku Abdul Rahman, Kota Kinabalu.
5. Memancing, trolling dan popping di tukun ikan buatan sendiri atau kawasan sekitarnya.
6. Mandi manda atau snorkeling di pantai yang bersih dan indah.
7. Menikmati jamuan makan tengah hari sama ada dalam KINGFISH atau di salah satu pantai yang terpilih.
8. Dan banyak lagi mengikut citarasa dan kehendak anda yang memerlukannya.
Bagi laporan aktiviti perkidmatan membawa anda Memancing Ke Laut Dalam atau Lepas di Kawasan Pulau Mengalun, Pulau Tiga dan Pulau Mantanani akan menyusul kemudian.
Dibawah ini dipaparkan beberapa keping potret semasa membawa "Fam-Trip" beberapa rakan pemilik KINGFISH pada 08 Ogos 2010 di sekitar Taman Tunku Abdul Rahman. Kota Kinabalu untuk dijadikan tatapan dan pedoman anda sahaja. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
Penjenamaan ini telah difikirkan sekian lama
Dan akhirnya terjemahlah KINGFISH
KINGFISH dijana oleh enjin YAMAHA 60 kk x 2
Dengan kadar purata kelajuan 35 km/j
Bermulanya di sini satu perjalanan santai dengan KINGFISH
(daripada jeti dekat Bandaraya Kota Kinabalu)
Pemandu yang cekap di udara dan darat tidak semestinya cekap di laut
Anda teringin dan boleh merasai pengalaman sebagai pilot KINGFISH
Dua senyuman yang cukup manis dan mengoda... santai habis bah
Masih lagi sesi bersantai dan berposing dengan riang di atas KINGFISH
Daripada raut muka dan senyuman tergambar posing santai mereka
Masih meneruskan gaya santai yang cukup selesa
dengan "Sun, Sea" & KINGFISH
Pemandangan Kampung Air di Pulau Gaya sungguh unik dan menarik
Penduduknya pun cukup ramah dan mesra.
KINGFISH membawa anda menyusuri ke SMK dan SRK Pulau Gaya
Keunikan kedua dua sekolah ini adalah terletak di atas air
Jiwa cukup tenang bercampur simpati melihatnya
Nun di belakang KINGFISH, keindahan salah sebuah resort di Pulau Gaya
Melihatnya secara dekat adalah mempersonakan
Seolah olah anda tidak mempercayainya
Anda juga boleh menikmati jamuan di resort tersebut dengan
kos tanggungan sendiri atau tempahan yang diatur khas
Cara tangkapan nelayan tradisi di sekitar Pulau Gaya adalah
santapan mata yang sukar didapati di tempat lain
Apabila berada di atas KINGFISH
Jangan lupa mengail ikan
Ikan di kail pelbagai jenis
Sahaja untuk satu keseronokan
Menggunakan teknik "Handline"
Patukan ikan sangat terasa
Namun "Rod, Popping dan Trolling"
juga boleh bah
Mengambil posing dengan ikan tangkapan adalah satu kemestian
bagi diabadikan untuk kenangan dan tatapan rakan dan keluarga anda
Dapat menaikan seekor ikan merah pun satu kepuasan untuk anda
Nun jauh di sana adalah Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah
Ada mengatakan ikan di perairan Pulau Gaya dah hampir tiada
Namun anda akan menerokai tukun ikan KINGFISH buatan sendiri
Ada mengatakan ikan perairan Pulau Gaya hanya tinggal saiz kecil sahaja
Namun anda akan mendapat ikan pelbagai jenis, mega saiz juga kerisi
Jamuan makan tengah hari secara "Lunch Pack" yang dibawa sendiri
atau diatur/disedia oleh KINGFISH boleh dinikmati di pantai yang terpilih.
Layan diri atau "special arrangement" pun boleh ba
Jika tak kenyang dan kurang rasa resepinya
Jangan lupa maklumkan pemilik KINGFISHnya
Tapi jika dah duduk makan begini rupanya
Macam dah tak ada Komplain lagi tentangnya
Santai dan bersembang sepanjang hari pun boleh bah...
Pantai yang indah
Pantai yang tenang
Pantai yang bersih
Pantai yang biru
Anda terpegum dan terpesona
Selepas makan tengah hari anda boleh melakukan aktiviti
sesi fotografi, snorkelling, tidur atau terus bersembang lagi
Teruskan mandi manda tanpa had masa
Tak tahu berenang pelampung ada
Leave nothing but footprint
But dont forget to take picture before leaving
Ingat sekali lagi jangan meninggalkan apa apa
kecuali terus bersesi fotografi selepas tu baliklah
Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu
Lambang kemegahan Negeri kami
Semua tersenyum dalam sesi fotografi
Satu kepuasan perkhidmatan kami
JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG.
No comments:
Post a Comment