<<<000>>>
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH
MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip
dalam bulan November 2014 seperti berikut:
Tempoh : 1hari
Tempoh : 1hari
Tarikh : 20 November 2014 (Khamis)
Masa : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 5.00 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 6 orang
(WILLIAM, GEORGE, AH MING,
KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi : Waypoint Karang-Karang, Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan : Kerisi Bali, Kerapu Minyak, Pisang-Pisang,
Tambak/Landuk, Titir DLL
Teknik : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Sekali lagi Saudara
WILLIAM, GEORGE dan AH MING dari Kota Kinabalu menyertai penulis memancing di kawasan Karang-karang, Sejali dan Pulau Mengalun. Keadaan angin barat daya agak kuat dalam trip ini menyebabkan kami tidak selesa memancing dan pencarian LUBUK IKAN tidak lancar.
Pada asasnya pemancing yang menyertai penulis ini ingin memburu ikan-ikan bersaiz mega dan bergred tinggi, namun impian mereka tidak kesampaian. Kami hanya dapat memburu ikan-ikan seperti Kerisi Bali, Kerapu Minyak dan sebagainya. Dalam trip ini juga ikan-ikan di laut sangat sukar di buru mungkin arus tidak sesuai dan air laut tidak jernih ke biru-biruan sebaliknya hanya berwarna ke hijau-hijauan. Air Lautan sepertinya akan membentuk fenomena air laut merah. Bagi penulis faktor ini adalah penyebab utama ikan-ikan berhijrah ke tempat lain. IKAN PUN BERHIJRAH ke tempat lain untuk menghirup oksyen segar dan tidak berani menghadapi laut merah. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
KIRI KE KANAN: SAUDARA WILLIAM, AH MING DAN GEORGE
HASIL BURUAN DI KAWASAN PERTAMA
LAGI HASIL BURUAN KAMI
LAGI HASIL BURUAN KAMI
IKAN PUN BERHIJRAH
KERISI BALI TRIPLE HOOKED OLEH SAUDARA KAMARUDIN
SAUDARA WILLIAM DOUBLE HOOKED
LAGI HASIL BURUAN KAMI
KERISI BALI
IKAN PUN BERHIJRAH
KERANA KETAKUTAN OLEH FENOMENA LAUT MERAH
LAGI HASIL BURUAN KAMI
MAKAN TENGAHARI
HASIL KESELURUHAN YANG DI BAWA BALIK
OLEH SAUDARA WILLIAM, GEORGE DAN AH MING
HASIL KESELURUHAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
SEMASA BALIK TETAP GEMBIRA
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment