Monday, September 29, 2014

MIMPI TENGGIRI

 
MIMPI TENGGIRI

SAUDARA DENNIS WONG DAN CHRIS LIAW

 SAUDARA CHRIS LAIW

 SAUDARA MARK TEN

 IKAN SULIT MERAH
 
 
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan September  2014 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 28 September 2014 (Ahad)
Masa                   : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 7.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 6 orang  
                          ( MARK TEN, DENNIS WONG, CHRIS LIAW,
                          KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi               : Waypoint Pulau Mengalun dan 302 
Jenis Ikan        : Tenggiri, Kerisi Bali, Sulit Merah,Tambak/Landuk
                             Merah, Kerapu Minyak, Pisang-Pisang, Titir DLL
Teknik              : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Seperti kebiasaannya Saudara MARK TEN, DENNIS WONG dan CHRIS LIAW dari Kota Kinabalu selalu menyertai penulis memancing. Pemancing ini jika ada peluang dan ruang ditawarkan oleh penulis pastinya akan mengisi slot trip. Bagi mereka memancing adalah satu tuntutan hobi sambil memakan ikan segar dari laut. Ikan pancing mempunyai isi daging ikan yang sangat segar di masak dan sedap dimakan.

Bagi saudara DENNIS WONG mempunyai keinginan dan mimpi yang agak tepat dalam trip memancing pada kali ini. Keinginan dan mimpi ini beliau telah maklumkan awal kepada penulis semasa kami menunggu cuaca teduh di belakang Pulau Gaya di awal pagi. Bahkan jika tak ada ikan tenggiri dalam trip ini dia membawa penulis sekali lagi untuk memancing ikan tenggiri pada malam Jumaat akan datang ini dekat takat kapal karam 3 batu dari Pulau Gaya atau Takat Tumai 10 batu daripada Pulau Gaya. Bagi beliau isi ikan tenggiri yang segar sangat enak dan lunak dimakan, walau dimasak cara apa sekali pun. Ikan tenggiri adalah idaman dan buruan beliau selama ini untuk jamuan bersama keluarga. MIMPI TENGGIRI ini telah menjadi kenyataan dimana Saudara Dennis Wong telah dapat memburunya sebelum tengahari pada 28 September 2014 di sekitar kawasan Pulau Mengalun, Kota Kinabalu. Walaupun hanya se ekor ikan tenggiri sahaja dapat diburu namun keinginan beliau telah ditunaikan. Dalam trip ini juga kami telah memburu ikan seperti Tenggiri, Kerisi Bali, Sulit Merah, Landuk/Tambak, Merah, Kerapu Minyak, Pisang-Pisang dan Titir. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 HASIL BURUAN DI AWAL PAGI

 IKAN SULIT MERAH MULA STRIKE OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 DI SUSULI OLEH SAUDARA PANYOLAH

 IKAN SULIT MERAH DOUBLE HOOKED

 ANTARA SULIT MERAH YANG KAMI BURU

 SAUDARA CHRIS LIAW AMAN MEMBURU SULIT MERAH

 DOUBLE HOOKED OLEH SAUDARA CHRIS LIAW

 MAKAN TENGAHARI

 KERISI BALI OLEH SAUDARA MARK TEN

 SAUDARA DENNIS WONG MIMPI TENGGIRI

 GEMBIRA DAPAT MEMBURU TENGGIRI

 TENGGIRI DAN KERISI BALI NAIK SERENTAK

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 IKAN TAMBAK ATAU LANDUK

 MERAH

 KERISI BALI PASIR

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 HASIL BURUAN DI POINT TERKAHIR SEBELUM BALIK

 HASIL BURUAN OLEH SAUDARA CHRIS LIAW

 HASIL BURUAN OLEH SAUDARA DENNIS WONG

 HASIL BURUAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 POSING SAUDARA CHRIS LIAW DENGAN TENGGIRI

SEMASA BALIK SEMUANYA THUMB UP
 


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment