Thursday, July 26, 2012

PENGALAMAN PERTAMA

SAUDARA KEVIN

::::::::::  %%%%  :::::::::::

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, di berikan butiran trip dalam bulan Jun seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 17 Julai 2012 (Selasa)
Masa                   : Bertolak: Jam 5.00 pagi / Balik: Jam 1.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 6 orang  
                              (KEVIN, AH WENG, ALLAN,  
                               KAMARUDIN, ZUL DAN PENULIS)                  
Lokasi              : Waypoint sekitar Pulau Mengalun                    
Jenis Ikan         :  Kerapu, Putih, Titir, Pisang Pisang,
                              Landuk/Tambak DLL  
Teknik                : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

Trip memancing ini telah di selaraskan oleh Saudara KAVIN daripada HONDA cawangan Kota Kinabalu dan di sertai oleh rakan rakan beliau iaitu Saudara AH WENG DAN ALLAN. Kumpulan pemancing ini adalah kali pertama menyertai bot KINGFISH. Walaupun ahli kumpulan pemancing ini julung kali memburu di laut dalam namun mereka sangat Understanding. Trip ini juga merupakan trip terakhir penulis sebelum menjalankan Ibadah Puasa dalam bulan Ramadhan tahun ini.

Penulis membawa kumpulan ini memburu di sekitar Kawasan Pulau Mengalun sahaja. Awal pagi laut begitu tenang sekali dan bot KINGFISH terus mensasarkan waypoint yang berpotensi lubuk ikan. Namun ikan ikan di sekitar kawasan Pulau Mengalun tidak gemar mematuk. Sehingga sekitar jam 9.30 pagi, kami masih kurang mendapat hasil walaupun teknik hanyutan demi hanyutan di sasarkan ke waypoint berpotensi. Beberapa ikan kerapu bara, putih, kerapu minyak, pisang pisang dan lain lain telah kami naikkan. 

Walau bagaimanapun sekitar jam 10.00 pagi ribut Barat Daya telah melanda seluruh kawasan Pulau Mengalun dan kami terpaksa berteduh di balik pulau tersebut sementara waktu. KEUTAMAAN PENULIS ADALAH KESELAMATAN SEMASA DI LAUT. Penulis tidak mengambil risiko semasa di laut lepas terutamanya apabila melihat kepada pergerakan awan yang deras disertai dengan hujan lebat. Kami mengambil keputusan balik sahaja ke Kota Kinabalu. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com
  
KIRI KE KANAN: SAUDARA KEVIN, ALLAN DAN AH WENG

SAUDARA ALLAN

SAUDARA KEVIN DOUBLE HOOKED

SAUDARA AH WENG

SAUDARA KAMARUDIN

SAUDARA ZUL

IKAN KAPAS KAPAS LAUT DALAM

SUNO ATAU KERAPU BARA OLEH SAUDARA KEVIN

KEADAAN CUACA YANG MULA MENGANAS SEKITAR JAM 10.00 PAGI

BERTEDUH DI BALIK PULAU MENGALUN

SANTAI DAN PEACE DARI SAUDARA ALLAN

SAUDARA KAMARUDIN MENYEGARKAN DIRI DENGAN AIR LAUT

ANTARA HASIL BURUAN KAMI SEMUA

BERKEMAS KETIKA DI BALIK PULAU GAYA

KAMI HANYA SEMPAT MAKAN TENGAHARI 
SEMASA BERLABUH DEKAT BANDARAYA KOTA KINABALU


SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
 
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment