Monday, September 19, 2011

KEHAMPAAN MEMBURU IKAN ADALAH KEJAYAAN PEMANCING

 SAUDARA MUSTAFFA DENGAN IKAN.......??

 SAUDARA AJAK
KEKADANG SENYUMAN SESEORANG LEBIH BERNILAI
DARIPADA IKAN KURANG MEMAKAN UMPAN

 KANAN KE KIRI: SAUDARA MUSTAFFA, AJAK DAN ZULKIFLI
LOBSTER YANG TIDAK TERFIKIR UNTUK ...........??

OTAI PEMANCING DARIPADA SELANGGOR DE
KANAN KE KIRI: SAUDARA MUSTAFFA (KETUA), ZULKIFLI DAN AJAK

======OOOOO======

 
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing seperti berikut:
Tempoh               : 2hari1malam
Tarikh Bertolak : 17 September 2011 (Sabtu) (Jam 4.30 pagi)
Tarikh Balik       : 18 September 2011 (Ahad) (Jam 12.00 t/hari)
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 6 orang
                              ( MUSTAFFA, AJAK, ZULKIFLI,
                             KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)                  
Lokasi                : Waypoint sekitar Pulau Mengalun
Jenis Ikan         :  Kerisi Bali, kaci (Lepeh), Pisang Pisang
                               Kerapu Minyak, Titir, Merah DLL. 
Teknik               : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

Pemancing yang menyertai penulis pada kali ini terdiri oleh Saudara MUSTAFFA (KETUA), AJAK, DAN ZULKIFLI berasal daripada Negeri Selanggor D. E. Mereka ini pemancing laut dalam yang menggunakan advance and shopisticate fishing gear. Mereka juga gemar menerokai kawasan memancing yang baru seperti Sabah, Sarawak dan negara negara luar yang lain. Seluruh Semenanjung Malaysia malah ke Negara Thailand dan Kemboja mereka telah menjelajah. Dengan ketahanan sifat, penulis merumuskan mereka sebagai pemancing profesional. 

Kematangan pemancing profesional bermula daripada KEHAMPAAN DALAM PERBURUAN IKAN. Jika seseorang pemancing tidak pernah merasa hampa dalam meniti hobi sebagai pemancing, dia masih tidak berjaya dalam mengejar status pemancing profesional. Kehampaan seseorang pemancing berpunca dari pelbagai faktor dan cabaran seperti: Dilanda ribut,  Tidak berjaya memburu jenis ikan idaman, Kerenah dan birokrasi rakan/tekong, Tidak mendapat restu keluarga, Kekurangan peralatan, Tekanan daripada emosi dan sebagainya. Walau bagaimanapun SETIAP KEHAMPAAN MESTI ADA PENAWARNYA. Anda sebagai pemancing tahu jawapannya.

Dalam trip memancing pada kali ini, kematangan kami telah di cabar oleh faktor angin Barat/Selatan yang agak kencang dan fenomena ikan tidak memakan/mematuk umpan. Sangat menghampakan penulis juga Saudara Mustaffa, Ajak dan Zulkifli yang telah lama merancang dan datang dari jauh. Manusia hanya boleh merancang tetapi segala ketetapan dan ketentuan oleh ALLAH jua. Penulis sering menekankan kepada setiap pemancing yang menyertai Bot KINGFISH bahawa KESELAMATAN DI LAUTAN ADALAH KEUTAMAAN trip kami.

Walaupun pada hari Jumaat ramalan cuaca di sekitar kawasan Kota Kinabali dan Pulau Mengalun telah menyatakan pada 17 dan 18 september 2011 (Sabtu dan Ahad) adalah baik, namun dugaan kami hadapi jua.  Sejak awal pagi Sabtu lagi hingga awal pagi ahad seluruh kawasan Kota kinabalu telah di landa ribut dan angin Barat/Selatan. Malah daripada sumber maklumat yang baru kami terima sebaik kami berlepas daripada jeti, ada kapal pemancing terpaksa balik semula ke Kota Kinabalu akibat tali sauh(anchor)nya terputus oleh angin di kawasan 304. 

Pada awal pagi Sabtu kami hanya berlindung di balik Pulau Gaya dan memburu di tukun penulis sebagai Warming Up sahaja. Pada tengahari sabtu kami dapat lepas juga ke Pulau Mengalun. Memancing sekali sekala di sekitar pulau tersebut namun hasil buruan kami juga tidak memberangsangkan. Dugaan dan Kehampaan ini berlanjutan sehingga kami balik semula di Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun kehampaan kami terubat juga oleh eshan daripada nelayan tempatan yang kebetulan berada di pulau tersebut. Mereka menjual udang kara (lobster) dan ikan merah dengan harga yang jauh lebih murah.  Harapan penulis kepada setiap pemancing agar kehampaan yang kita hadapi pada hari ini dapat ditukar sebagai keseronokan dan kenangan terindah untuk anda semua.  Demi terus meniti di atas hobi memancing, jangan cepat mengalah dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang kita hadapi.

Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com

 KIRI KE KANAN: SAUDARA MUSTAFFA, ZULKIFLI, AJAK DAN PENULIS
SEMASA PERMULAAN TRIP SEKITAR JAM 4.30 PAGI SEMUA CERIA SAHAJA

BERSARAPAN PAGI SEKITAR JAM 7.00 PAGI
KAMI HANYA BERLINDUNG DI BALIK PULAU GAYA

 KAMI MASIH MEMERHATIKAN CUACA SEKITAR JAM 8.00 PAGI

 SAUDARA MUSTAFFA HANYA WARMING UP
MEMANCING DI TUKUN PENULIS DEKAT PULAU GAYA

 SET FISHING GEAR MILIK SAUDARA MUSTAFFA

 SET FISHING GEAR MILIK SAUDARA AJAK

 SEKITAR JAM 10.00 PAGI KAMI BERLEPAS DARI PULAU GAYA
MULA MEREDAH ANGIN BARAT SELATAN DAN OMBAK

 SETIBANYA KAMI DI PULAU MENGALUN
SAUDARA MUSTAFFA DAN ZULKIFLI MASIH TERSENYUM

 SAMBIL BEREHAT SAUDARA ZULKIFLI SEMPAT MEMBUAT
PERAMBUT UNTUK PERSEDIAAN MEMBURU IKAN PULAU MENGALUN

 MIMPI INDAH BERHAMPIRAN PANTAI PULAU MENGALUN

 MAKAN TENGAHARI ATAS BOT KINGFISH

 SET MENU MAKAN TENGAHARI KAMI

 PADA SEBELAH PETANG SAUDARA MUSTAFFA
STRIKE DENGAN IKAN KERISI BALI SEKITAR 4KILO

 SEKITAR JAM 5 PETANG KAMI SANTAI LAGI
DEKAT SALAH SATU RESORT DI PULAU MENGALUN
(SAUDARA ZULKIFLI, MUSTAFFA DAN AJAK)

 SAUDARA ZULKIFLI, AJAK DAN MUSTAFFA
BERPOSING DEKAT LANDMARK RESORT PULAU MENGALUN

 BERLATAR BELAKANGKAN PANTAI PULAU MENGALUN

 DIHADAPAN JETI RESORT SAUDARA MUSTAFFA DAN ZULKIFLI

 SEHINGGAKAN SAUDARA AJAK BOLEH MENJINAKAN BURUNG
LAYANG LAYANG INI SEBAGAI PETANDA ANGIN BARU BERLALU

 KAMI MAKAN PETANG/MALAM HANYA DI ATAS
JETI PELANCONG PULAU MENGALUN

 SENJA DIUFUK BARAT ATAS JETI PELANCONGAN PULAU MENGALUN

GABUNGAN MASA DAN ALAM YANG MEMPESONAKAN

GABUNGAN DUA WARNA DAN SAUDARA MUSTAFFA DAN ZULKIFLI
MAGRIB DI UFUK BARAT PULAU MENGALUN

 UDANG KARA (LOBSTER) DAN IKAN
EHSAN DARIPADA NELAYAN TEMPATAN
(SAUDARA ZULKIFLI, AJAK DAN MUSTAFFA)

 IKAN KACI OLEH SAUDARA PANYOLAH

 IKAN MERAH OLEH SAUDARA AJAK

 IKAN KERAPU MINYAK OLEH SAUDARA PANYOLAH

 SAUDARA MUSTAFFA DAN ZULKIFLI MENELITI HASIL BURUAN

 HASIL BURUAN KESELURUHAN KAMI

 SAUDARA ZULKIFLI, MUSTAFFA DAN AJAK TUMB UP

SAUDARA ZULKIFLI, MUSTAFFA DAN AJAK
KAMI AKAN DATANG SEMULA KE SINI (KOTA KINABALU,SABAH)



SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment