"BERKELAH ADALAH JUGA HOBI". Para semua pembaca yang budiman, Sehingga hari ini Angin Timur Laut masih lagi menganas dan berterusan di laut lepas. Walau bagaimanapun sudah ada tanda awal ianya mulah redah kerana dua hari terakhir ini, arah angin di Kota Kinabalu telah bertukar kepada Angin Selatan.
Pada 19 Mac 2011 (Sabtu) bot KINGFISH sekali lagi telah disewa khas oleh keluarga Tn. Che Azmi dan Tn. Ruzlan iaitu Boss daripada Agrobank Kota Kinabalu seramai 12 orang. Kedua dua Tuan ini telah menyewa bot KINGFISH untuk meninjau Pulau Mamutik dan berkelah di Pulau Manukan, Taman Tungku Abdul Rahman, Kota Kinabalu. Kebetulan pada hari tersebut bot penulis ada kelapangan untuk di sewa.
Dalam pada itu Tsunami yang melanda Jepun perlu diambil iktibar oleh pengunjung pulau dan pantai kerana Tsunami adalah sungguh dashyaaaaat. Penulis mengucapkan TAKZIAH kepada penduduk Jepun yang terlibat dengan bencana Tsunami. KESELAMATAN DILAUT DAN DI PANTAI ADALAH KEUTAMAAN PENULIS.
Keseronokan berkelah di Pulau-Pulau Taman Tungku Abdul Rahman, Kota Kinabalu adalah kepuasan yang sukar dilupakan oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Pulau tersebut. Beberapa keping potret semasa bertolak daripada jeti dari keluarga Tn. Che Azmi dan Tn. Ruzlan diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca yang budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.comPEMANDANGAN DEKAT JETI PERMULAAN
(BOT NELAYAN TRADISI DAN JETI SAFMA)
BOT KINGFISH NUN JAUH DI TENGAH SEMASA MENUNGGU KETIBAAN
PENDUDUK BANDARAYA KOTA KINABALU JUGA TIDAK KETINGGALAN
MELEPASKAN GERAM UNTUK MINATNYA SEBAGAI MEMANCING
BARISAN KELUARGA TN. CHE AZMI DAN TN. RUZLAN
POSING CERIA MEMBELAKANGKAN LAUT
KEDUA DUA KELUARGA TELAHPUN BERADA DALAM BOT KINGFISH
SEBELUM BOT MULA BERTOLAK
MEMAKAI JAKET KESELAMATAN ADALAH KEUTAMAAN DAN KEMESTIAN
TN. CHE AZMI (KIRI) DAN TN. RUZLAN (KANAN)
BERKELAH ADALAH KESERONOKAN KELUARGA KAMI BERDUA
SELAMAT BERLEPAS DAN SELAMAT KEMBALI SEMULA
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment