IKAN KERAPU BARA ATAU SUNO OLEH PENULIS
[[[XXX]]]
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH
MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip
dalam bulan November 2013 seperti berikut:
Tempoh : 1hari
Tempoh : 1hari
Tarikh : 23 November 2013 (Sabtu)
Masa : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 6.00 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 6 orang
(CHARLES LIM, CHRISTOPHER LU, JEFF LU
KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)
Lokasi : Waypoint 302 dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan : Kerapu Bara, Kerisi Bali, Merah,
Putih, Pisang Pisang, Kerapu Minyak,
Tambak/Landuk,Titir DLL
Teknik : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Teknik : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Dalam trip ini sekali lagi Saudara CHARLES LIM, CHRISTOPHER LU DAN JEFF LU daripada Kota Kinabalu, Sabah menyertai
penulis untuk memancing di sekitar kawasan 302 dan Pulau Mengalun. Ramalan cuaca terbukti di lautan sekitar Pulau
Mengalun agak tenang dan memudahkan teknik pemancing kami secara hanyut (drifting). Dalam trip ini juga Saudara Charles Lim telah menggunakan teknik JIGGING yang agak berkesan bagi ikan ikan seperti Kerapu Bara atau Suno dan Titir.
Jika anda memancing sekitar Kawasan Kota Kinabalu dengan menggunakan teknik/kaedah/cara melabuhkan sauh (anchor) perahu atau kapal maka agak perit bagi mendapatkan hasil yang lumayan atau banyak. Sebaliknya jika menggunakan teknik/kaedah/cara berhanyut (DRIFTING) maka hasil buruan pastinya agak lumayan. Perbezaan ini agak ketara apabila penulis telah banyak kali membuat ujikaji terhadap kedua dua teknik/cara ini. Walau bagaimanapun seseorang tekong kena cekap dan mahir mengemudikan bot atau kapal bagi teknik/kaedah/cara Drifting. Jika tidak akan mengakibatkan: i) Tali pancing pemancing yang berada dalam bot atau kapal berkenaan akan berkulut/berbelit antara satu dengan lain. ii) Jika kuat arus semasa berhanyut (drifting) sasaran waypoint/coordinate/batu karang/takat/tukun/sarang ikan di bawah sana akan tersasar jauh. iii) Mata kali atau timah pemberat pemancing akan mudah tersangkut dengan batu di bawah sana. iv) Dan banyak lagi keburukkan dan kelemahanya. Mengenai kebaikkan atau kelebihan teknik/kaedah/cara DRIFTING penulis akan mengupasnya dalam penulisan (post) akan datang.
Walau bagaimanapun dalam trip ini hasil buruan kami masih ada dibawa balik. Ikan
ikan seperti Kerisi Bali, Kerapu Bara/Suno, Kerapu Minyak, Putih, Pisang Pisang, Landuk/Tambak, Titir dan
lain lain dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
SAUDARA JEFF LU DAN TAMBAK/LANDUK
PUTIH OLEH SAUDARA PANYOLAH
HASIL BURUAN KAMI DI AWAL PAGI
MATA KAIL YANG TERKENA PADA TEPI/SISIH IKAN
LAGI HASIL BURUAN KAMI
KERAPU BARA ATAU SUNO OLEH SAUDARA CHARLES LIM
YANG GUNAKAN TEKNIK JIGGING
PENULIS DAN KERISI BALI
KERISI BALI OLEH SAUDARA CHRISTOPHER LU
KERISI BALI OLEH SAUDARA CHARLES LIM
MERAH OLEH SAUDARA CHRISTOPHER LU
DOUBLE HOOKED OLEH SAUDARA JEFF LU
PUTIH OLEH SAUDARA PANYOLAH
LAGI HASIL BURUAN KAMI
IKAN KAPAS LAUT DALAM OLEH SAUDARA JEFF LU
MAKAN TENGAHARI
LAGI HASIL BURUAN KAMI
IKAN TETANDA
IKAN MERAH
KERAPU BARA ATAU SUNO
LAGI HASIL BURUAN KAMI
MASING MASING DENGAN HASIL IKAN LANDUK/TAMBAK
DOUBLE HOOKED OLEH SAUDARA JEFF LU
LAGI HASIL BURUAN KAMI
HASIL KESELURUHAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
SETELAH DISUSUN ATAS LANTAI BOT
BERPOSING
HASIL YANG LUMAYAN JUGA OLEH PEMANCING LAIN
KERAPU BARA ATAU SUNO DAN SAUDARA JEFF LU
HASIL OLEH SAUADAR CHRISTOPHER LU
MEMBAHAGI BAHAGIKAN HASIL BURUAN
SEMASA BALIK
SUNGGUH MENAKJUBKAN
SETIBA DI JETI HARI JADI/KELAHIRAN SAUDARA CHARLES LIM
DISAMBUT OLEH RAKAN DAN KELUARGA BELIAU
SELAMAT HARI JADI/LAHIR BUAT SAUDARA CHARLES LIM
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG