Monday, April 25, 2016

IKAN MAKAN BESI SAHAJA

 SAUDARA TIMOTHY CHAI DENGAN KINGFISH

 SAUDARA ALEX CHIN DENGAN COBIA

 SAUDARA ALEX CHIN DENGAN KINGFISH

 SAUDARA ALEX CHIN DENGAN KERAPU BRITISH SOLDIER

 SAUDARA MARK TEN DENGAN KERISI BALI

>>>> HHHH <<<<

"IKAN MAKAN BESI SAHAJA" Adalah pilihan tajuk oleh penulis dalam trip memancing pada kali ini. Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip seperti berikut:
 
Tempoh              : 1hari  

Tarikh                 : 23 April 2016 (Sabtu) 
Masa                   : Bertolak: Jam 3.30 pagi / Balik: Jam 6.30petang 
Bot                      : KINGFISH 
Keahlian             : 6 orang 
                              (MARK TEN, ALEX CHIN, TIMOTHY CHAI,
                               KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS) 
Lokasi               : Waypoint Karang-Karang dan Pulau Mengalun. 
Jenis Ikan         : Kingfish, Kerisi Bali, Aruan Tasik,
                            Anak Kertang, Pelbagai Jenis KerapuDLL. 
Teknik              : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Saudara MARK TEN, ALEX CHIN DAN TIMOTHY CHAI sekali lagi menyertai penulis dalam trip ini. Ketiga-tiga pemancing ini sudah menjadi pelanggan tetap kepada penulis. Dua kali bagi setiap bulan sehingga November 2016, Saudara Mark Ten telah membuat tempahan awal untuk menyertai penulis bersama rakan-rakan. Sasaran awal kami adalah bagi kawasan Karang-Karang pada sebelah pagi yang bermula pada kedalaman 60meter sehingga 200meter untuk mencari ikan kertang atau kerapu luton (bahasa Tiong hua). Cuaca adalah dilaporkan dalam keadaan baik sekali.

Dalam trip ini ikan agak sangat sukar di buru walaupun kami telah jauh memburu. Bot KINGFISH telah banyak kali mencari lubuk yang aktif dan ikan yang ralat memakan umpan, namun setiap waypoint hanya satu dua ekor sahaja yang dapat dinaikkan. Dalam trip ini teknik bottom dengan menggunakan umpan ikan basung yang dihiris bukan kegemaran ikan di dasar sana. Walau bagaimanapun IKAN MAKAN BESI SAHAJA. Dimana Saudara Timothy Chai, Alex Chin dan Mark Ten telah menjadi juara secara keseluruhannya dalam trip ini. Mereka menggunakan teknik JIGGING yang sangat berkesan. Ikan-ikan seperti Kingfish, Aruang Tasik (Cobia), Anak Kertang, Kerapu British Soldier dan Kerisi Bali yang bersaiz besar telah dapat dinaikkan oleh set jig masing masing. Penulis dan dua (2) pembantunya yang menggunakan teknik bottom dan menggunakan umpan hirisan ikan basung tidak mendapat sambutan. Penulis juga sempat merakam video aksi ketiga-tiga pemancing ini semasa berjaya dengan ikan masing-masing. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 DARI KIRI: 
SAUDARA ALEX CHIN, MARK TEN DAN TIMOTHY CHAI

 MASIH DALAM BERJALANAN KE KARANG KARANG

 MASIH DALAM PERJALANAN KE KARANG KARANG

 SAUDARA ALEX CHIN DENGAN IKAN COBIA ATAU ARUAN TASIK

 SAUDARA ALEX CHIN DENGAN ANAK KERTANG

 SAUDARA ALEX CHIN DENGAN ANAK KERTANG

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 SAUDARA TIMOTHY CHAI DENGAN IKAN KINGFISH

 SAUDARA TIMOTHY CHAI DENGAN IKAN KINGFISH

 SAUDARA TIMOTHY CHAI DENGAN IKAN KINGFISH

 SAUDARA TIMOTHY CHAI DAN MARK TEN

 SAUDARA TIMOTHY CHAI MEMATIKAN IKAN DENGAN MENGEJUT

 SAUDARA TIMOTHY CHAI MENGELUARKAN DARAH IKAN

 SAUDARA TIMOTHY CHAI MENGELUARKAN DARAH IKAN

 SAUDARA TIMOTHY CHAI MENGELUARKAN DARAH IKAN

 SAUDARA ALEX CHIN MENGAMBIL POTRET KENANGAN

 SAUDARA ALEX CHIN MENGAMBIL POTRET KENANGAN

 MAKAN TENGAHARI

 SAUDARA ALEX CHIN DENGAN IKAN KERAPU BRITISH SOLDIER

 KERAPU BRITISH SOLDIER OLEH JIG SAUDARA ALEX CHIN

 KERISI BALI OLEH JIG SAUDARA MARK TEN

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 SAUDARA MARK TEN DENGAN KERISI BALI

 KERISI BALI LAGI TUMPAS OLEH JIG SAUADARA MARK TEN

 IKAN ANAK BUNTAL YANG BANYAK MEMUTUSKAN 
PERTENGAHAN TALI BRAIDED BERSERTA JIGGER 
SAUDARA ALEX CHIN DAN TIMOTHY CHAI

 HASIL KESELURUHAN OLEH PENULIS DAN DUA PEMBANTUNYA

 HASIL OLEH SAUDARA TIMOTHY CHAI

 HASIL OLEH SAUDARA MARK TEN

 HASIL OLEH SAUDARA ALEX CHIN

 TRIP IKAN MAKAN BESI SAHAJA

 SEMASA BALIK

 MELEPASI PULAU GAYA SEMASA BALIK

 SEMASA SAMPAI DI JETI KOTA KINABALU


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

Tuesday, April 19, 2016

CARA MENYIMPAN IKAN AGAR SENTIASA SEGAR


 IKAN BONITO OLEH JIGGING SAUDARA ALEX CHIN

 IKAN MERAH OLEH SAUDARA DENNIS WONG

 IKAN TAMBAK OLEH SAUDARA PANYOLAH

 IKAN PUTIH DAN KERISI BALI

 IKAN TENGGIRI OLEH PENULIS

>>>> OOOO <<<<

"CARA MENYIMPAN IKAN AGAR SENTIASA SEGAR" Adalah pilihan tajuk oleh penulis dalam trip memancing pada kali ini. Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip seperti berikut:
 
Tempoh              : 1hari  

Tarikh                 : 17 April 2016 (Ahad) 
Masa                   : Bertolak: Jam 3.30 pagi / Balik: Jam 6.30petang 
Bot                      : KINGFISH 
Keahlian             : 6 orang 
                              (MARK TEN, ALEX CHIN, DENNIS WONG,
                               KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS) 
Lokasi               : Waypoint Sejali dan 302. 
Jenis Ikan         : Kerisi Bali, Merah, Tenggiri, Tambak/Landuk,
                            Belitung, Pelbagai Jenis Kerapu, Putih DLL. 
Teknik              : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Saudara MARK TEN, ALEX CHIN DAN DENNIS WONG sekali lagi menyertai penulis dalam trip ini. Saudara Dennis Wong baru dapat menyertai trip penulis setelah sekian lama tidak ke laut akibat tugasan. CARA MENYIMPAN IKAN AGAR SENTIASA SEGAR telah banyak diperkatakan dan pencatatan oleh beberapa penulis buku, kajian, artikel, majalah, forum, blogsport, alam maya dan sebagainya. Ini menunjukan perkara ini adalah komponen dan maklumat yang agak penting perlu diketahui oleh setiap pemancing. Apa guna memancing jika ikan busuk kita bawa balik ke rumah.

Setiap ikan yang kita pancing jika masih berlendir, tegang dan keras (tidak lembik) adalah menunjukkan masih segar dari ladang. Sebaliknya jika isi dan badan ikan sudah lembik, menunjukan ikan tersebut sudah 30 % hilang kesegarannya. Selepas beberapa jam pula dari keadaan lembik, isi ikan akan mengalami pengomposan buruk dan akan mengeluarkan bau busuk. Oleh itu penulis ingin berkongsi catatan ringkas CARA MENYIMPAN IKAN AGAR SENTIASA SEGAR agar dapat diamalkan seperti berikut: 

"Ikan yang baru dipancing hendaklah dimatikan segera. Selepas itu terus dimasukkan dan ditimbus ke dalam ketulan/blok ais yang kering.  Ketulan/blok ais tersebut pula hendaklah jangan dibubuh atau ditengelami oleh air laut atau paip. Jika ada air bersama ais, ikan berkenaan akan kelihatan pucat dan kehilangan warna asal. Proses ini akan mengompos kepada ketidak segaran ikan. Cara penyimpanan ini pula hendaklah dikekalkan hanya dalam satu tong dan jangan asyik dipindahkan dari satu tong ke satu tong yang lain sehingga di bawa balik ke rumah. Dengan cara ini ikan akan tetap segar sehingga di bawa balik walaupun dua atau tiga hari kita berada di laut. Apa lagi jika trip memencing kita hanya satu hari sahaja"

Cara dan kaedah penyimpanan ini memastinya ikan yang kita pancing sangat menyeronokan semua ahli keluarga bila memakanya atau pembeli ikan pancing kita. Dalam trip ini ikan-ikan seperti Kerisi Bali, Tenggiri, Merah, Tambak/Landuk, Belitung, Kerapu Minyak, Putih dan lain lain memenuhi tong ikan semua ahli yang ikut Bot KINGFISHER. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 DARI KANAN: 
SAUDARA ALEX CHIN, MARTK TEN DAN DENNIS WONG

 HASIL BURUAN KAMI DI WAYPOINT PERTAMA

 IKAN BONITO OLEH JIG SAUDARA ALEX CHIN

IKAN BONITO HASIL JIG OLEH SAUDARA ALEX CHIN

 IKAN MERAH OLEH SAUDARA DENNIS WONG

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 MAKAN TENGAHARI

 IKAN BELITONG OLEH SAUDARA PANYOLAH

IKAN BELITONG

 IKAN TENGGIRI

 IKAN TENGGIRI OLEH PENULIS

 IKAN TENGGIRI

 EKOR TENGGIRI

 IKAN LANDUK ATAU TAMBAK OLEH SAUDARA PANYOLAH

 IKAN PUTIH DAN KERISI BALI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 SAUDARA ALEX CHIN BERPOSING DENGAN TENGGIRI

 IKAN TENGGIRI YANG TELAH DICUKAI OLEH 
SAUDARA ALEX CHIN DAN DENNIS WONG 

 HASIL BURUAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA MARK TEN

 HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA ALEX CHIN

 HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA DENNIS WONG

 DALAM PERJALANAN BALIK

 CARA MENYIMPAN IKAN AGAR SENTIASA SEGAR

TIBA DI JETI KOTA KINABALU


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG