Monday, September 19, 2016

MEMANCING, MAKAN, MANDI DAN TIDUR


 KERAPU MINYAK

 KERAPU MINYAK

 KERAPU MINYAK

=== XXX ===

"MANCING, MAKAN, MANDI DAN TIDUR" Adalah pilihan tajuk oleh penulis dalam trip memancing pada kali ini. Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip seperti berikut:

Tempoh     : 1hari
Tarikh        : 22 Mei 2016 (Ahad)
Masa         : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 6.00petang
Bot            : KINGFISH
Keahlian   : 7 orang
(ADAM CHANG DAN 3 RAKAN BELIAU, KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)
Lokasi      : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan : Kerisi Bali, Pelbagai Jenis Kerapu, Pisang, Titir DLL.
Teknik      : 4 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

Saudara ADAM CHANG DAN 3 RAKAN BELIAU sekali lagi menyertai penulis dalam trip ini. Sasaran kami dalam trip ini ialah Sejali dan Pulau Mengalun sahaja. Cuaca dalam trip ini berangin dari arah selatan dengan hujan lebat sekali sekala.

Memandangkan cuaca dalam trip ini agak teruk, maka trip memancing pada kali ini sangat tidak selesa. Kami hanya dapat memancing dalam sedikit masa pada awal pagi. Selepas itu kami terpaksa berteduh di balik tiang pelantar minyak dekat Takat Sejalai pada tengahari. selepas itu kami terpaksa bergegas ke Pulau Mengalun untuk terus berteduh dari tiupan angin selatan. Semasa di Pulau Mengalaun kami hanya makan dan mandi manda serta tidur sahaja. Agak seronok juga bila dapat rehat dan mandi manda semasa memancing dekat Pualu Mengalun.

Trip ini hanya lah MEMANCING, MAKAN, MANDI DAN TIDUR sahaja. Faktor cuaca agak mengecewakan semua ahli disebabakan kuat angin sehingga petang. Semasa balik dekat Pulau Gaya pun hujan lebat masih lagi melanda dan membasahi kami. Ikan-ikan seperti Kerisi Bali, Kerapu Minyak, Pisang-Pisang dan lain lain ada juga di bawa balik. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.


 "Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya." 

Sila hubungi.
No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 SAUDARA ADAN CHANG DAN TIGA RAKAN

 KERAPU MINYAK OLEH SAUDARA PANYOLAH

 KERAPU BINTIK OLEH SAUDARA ADAM CHANG

 ANTARA HASIL BURUAN KMAI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 KERAPU JALUR

 KAMI MULA BERGERAK KE TIANG PELANTAR MINYAK UNTUK BERTEDUH

 MEMECUT KE TIANG PELANTAR MINYAK

 MENDEKATI TIANG PELANTAR MINYAK

 BERTEDUH SAMBIL JIGGING

 NELAYAN LAIN JUGA BERTEDUH

 NELAYAN

 MAKAN TENGAHARI

 MAKAN TENGAHARI

 MANDI DEKAT PULAU MENGALUN

 MENYELAM DEKAT PULAU MENGALAUN

 MANDI

 TERUN LAUT SAUDARA ADAM CHANG

 MANDI LAUT

 TIDUR SEPUASNYA

 TIDUR SEPUASNYA

 SEBELAH PETANG LAUT MASIH BERGELORA

 KAMI MENGAMBIL KEPUTUSAN BALIK AWAL SAHAJA

 DEKAT PULAU GAYA HUJAN

 HUJAN LEBAT

 SEDIKIT HASIL DIBAWA BALIK

 SEDIKIT HASIL DIBAWA BALIK

 TETAP THUMB UP


 SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment