Sunday, April 3, 2016

TEKNIK MENJIGGING


 SAUDARA ALEX CHIN DENGAN TEKNIK JIGGING

 SAUDARA ALEX CHIN DENGAN TEKNIK JIGGING

 SAUDARA MARK TEN DENGAN TEKNIK BOTTON

 SAUDARA ROBERT CHONG DENGAN HASIL BURUANNYA

PENULIS DAN KERISI BALI ATAU IBU KERISI

<<<  XXX  >>>

"TEKNIK MENJIGGING" Adalah pilihan tajuk oleh penulis dalam trip memancing pada kali ini. Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip seperti berikut:
 
Tempoh              : 1hari  

Tarikh                 : 02 April 2016 (Sabtu) 
Masa                   : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 6.30petang 
Bot                      : KINGFISH 
Keahlian             : 6 orang 
                              (ALEX CHIN, MARK TEN, ROBERT CHONG, 
                               KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS) 
Lokasi               : Waypoint Pulau Mengalun dan Sejali. 
Jenis Ikan         : Kerisi Bali, Cinculu, Pisang Laut Dalam, Tuna
                            Pelbagai Jenis Kerapu, Putih, Titir DLL. 
Teknik              : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Saudara ALEX CHIN, MARK TEN  dan ROBERT CHONG dari Kota Kinabalu, Sabah menyertai penulis dalam trip ini. Ketiga-tiga pemancing ini sering menyertai penulis bila ada sahaja masa terluang mereka. Memandangkan angin Timur Laut masih bertiup kencang, kami hanya mensasarkan memburu di sekitar kawasan Pulau Mengalun dan Sejali, Kota Kinabalu sahaja. Cuaca dalam trip ini agak memihak kepada kami di mana angin Timur Laut hanya bertiup kencang sekitar jam 5 petang sahaja.

TEKNIK MENJIGGING ketika ini semakin populis dan diminati oleh pemancing di Malaysia amnya dan Negeri Sabah khususnya. Pengaruh teknik menjigging ini hanya terasa bahangnya di negara kita Malaysia sejak 10 tahun lalu. Terdapat pelbagai jenis aksesori jig kini dijual dipasaran tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai jenama, saiz, warna dan bentuk termasuklah aksesori Joran, Kekili, Tali Fibre atau Braided, Perambut, Jig atau Umpan Tiruan daripada kepingan logam, Mata Kail dan lain lain peralatan. Peralatan juga perlu disesuaikan dengan kedalaman laut yang di terokai oleh pemancing. Anda boleh mengunakan aksesori light or heavy Jigging. Adalah agak sukar bagi mengatakan aksesori jig manakah yang sangat baik dan kerkesan serta padang mana. Semuanya tertakluk kepada rezeki setiap pemancing. Pada kebiasaanya jigging yang berkesan selalunya dikaitkan dengan gaya larian jig yang kelihatan seperti anak-anak ikan yang cedera. Kemahiran seseorang mengendalikan jigging adalah faktor penting untuk memperdaya jenis ikan-ikan di dasar laut. 

Mengikut pengalaman penulis bila ada peserta yang menggunakan teknik jigging bagi setiap trip penulis pastinya mereka menjuarai hasil pancingan. Teknik menjigging agak sukar ditandingi oleh pemancing bottom lain. Perkara ini dapat dikaitkan dalam trip ini, bila mana Saudara Alex Chin telah menjadi juara keseluruhan bagi memburu ikan pelbagai jenis dan kebanyakannya bersaiz besar. Ikan-ikan seperti Kerapu Bara atau Suno, Kerapu Jalur Laut Dalam, Tuna Sirip Biru, Anak Tenggiri beliau dapat naikkan dengan cara jigging. Walau bagaimanapun ikan-ikan Putih, Kerisi Bali, Pelabagi Jenis Kerapu, Pisang-Pisang dan lain lain dapat kami bawa balik. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 DARI KANAN: 
SAUDARA ALEX CHIN, MARK TEN DAN ROBERT CHONG

 SEBELUM TERBIT MATAHARI

 SELEPAS TERBIT MATAHARI

 IKAN KERAPU MINYAK BERSAIZ BESAR OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 IKAN KERISI BALI OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 IKAN KERISI BALI OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 IKAN PISANG LAUT DALAM DAN KERAPU LAUT DALAM

 KERISI BALI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 KERAPU LAUT DALAM OLEH JIG SAUDARA ALEX CHIN

IKAN CINCULU OLEH SAUDARA ALEX CHIN

IKAN KERISI BALI OLEH SAUDARA ALEX CHIN

 MAKAN TENGAHARI

 IKAN PING PONG

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 IKAN KERAPU BARA ATAU SUNO OLEH SAUDARA MARK TEN

 IKAN KERAPU BARA ATAU SUNO OLEH SAUDARA ALEX CHIN

 HASIL OLEH SAUDARA ROBERT CHONG

 IKAN KERAPU BARA ATAU SUNO OLEH SAUDARA PANYOLAH

 KEPALA IKAN KERAPU BARA ATAU SUNO

 ANTARA HASIL BURUAN KAMI

 HASIL KESELURUHAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 HASIL KESELURUHAN MEMENUHI SATU TONG COLMENN OLEH 
SAUDARA ALEX CHIN DAN MARK TEN SEBELUM DI BAHAGI DUA.

 HASIL KESELURUHAN OLEH SAUDARA ALEX CHIN

 HASIL KESELURUHAN OLEH SAUDARA MARK TEN

 HASIL KESELURUHAN OLEH SAUDARA ROBERT CHONG

 MASING MASING THUM UP SEMASA BALIK


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment