Tuesday, September 8, 2015

BURUNG DAN PENUTUP INJIN

 SAUDARA RAZALI ALI

 SAUDARA HADI HAMZAH

SAUDARA LAWRENCE SINTI
... X O X ...
 
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan September 2015 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari 

Tarikh                 : 06 September 2015 (Ahad) 
Masa                   : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 7.00 petang 
Bot                      : KINGFISH 
Keahlian            : 3 orang 
                           ( LAWRENCE SINTI, RAZALI ALI, HADI HAMZAH, 
                             KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS ) 
Lokasi               : Waypoint Karang Karang, Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan         : Kerisi Bali, Kerapu Minyak, Titir DLL  
Teknik              : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                                
Saudara LAWRENCE SINTI, RAZALI ALI dan HADI HAMZAH dari Kota Kinabalu, Sabah kali pertama menyertai penulis. Ahli pemancing ini kerap juga mencari lubuk memancing seperti di Pulau, Jeti, sungai kolam dan sebagainya sekitar kawasan Kota KInabalu. Bagi mereka memancing ini adalah satu hobi untuk mengisi masa selain bermain Golf. Ikatan persahabatan ahli kumpulan ini sangat rapat antara satu dengan lain. Suka tolong menolong dan jemput menjemput sesama mereka bila ada sesuatu perlu perkongsian bersama. Cuaca sepanjang trip ini agak beralun oleh tiupan angin Barat Daya sekitar 14kmj. Kami mula berburu di kawasan Karang Karang, Sejali dan Pulau Mengalun pada sebelah petang.   
 
Penulis menamakan trip ini sebagai BURUNG DAN PENUTUP INJIN memandangkan dua objek ini telah mengambil perhatian dan permasalahan sepanjang trip. Dalam masa berlainan, sangat menghairankan dua jenis burung boleh hinggap di atas bot KINGFISH, walaupun kami berada jauh kira kira 25 batu dari Pulau Mengalun dan 60 batu dari tanah besar Negeri Sabah. Di kawasan Karang Karang pada radius  25 batu tiada pulau lain kecuali Pulau Mengalun. Bagaimana kedua-dua BURUNG SEPERTI GAMBAR yang penulis tampal dalam post ini boleh hinggap dan rehat di atas bot kami. 
 
Mengikut pengalaman dan tafsiran penulis, situasi seperti ini pernah berlaku sebelum ini. Indikator atau petunjuk ini adalah tidak baik. Kami akan didatangi masalah atau musibah sebelum sampai balik ke Kota Kinabalu. Mengambil kira petunjuk ini dan mungkin secara kebetulan sahaja tiga perkara ini telah kami alami:
i) Sejak awal pagi lagi hasil pancingan kami sangat berkurangan malah membosankan semua ahli trip. Perkara ini penulis tidak mengambil kisah sangat sebab mungkin rezeki kami kurang pada trip ini;
ii)  Sekitar jam 4 petang semasa dalam perjalanan mencari wayoint di kwasan Pulau Mengalun, injin kami telah terlanggar batang atau pokok kayu yang hanyut tanpa di lihat oleh Jururagan ketika itu. Kami bernasib baik injin tidak mengalami kerosakan di bahagian kipas atau gearnya; dan
iii)  Semasa kami berkemas peralatan untuk balik ke Kota Kinabalu sekitar jam 5 petang, Satu penutup injin bot telah jatuh dengan patasnya ke dasar laut, walaupun Saudara Kamarudin cuba menyelam untuk mendapatkannya. Ironinya penulis tidak pernah membuka penutup injin untuk dicuci sebelum ini. Dalam kali ini penulis terpanggil membuka penutup injin untuk menyiram air tawar pada bahagian dalam injin. Tiba- tiba penutup tersebut jatuh ke laut lalu tenggelam begitu cepat yang tidak dapat diselamatkan. Kami hanya tergamam dan berdiam diri sahaja dengan kehilangan penutup injin ini.  Gambar injin tanpa penutupnya semasa perjalanan balik juga penulis tampal dalam post ini.

Sebagai rumusan  dalam trip BURUNG DAN PENUTUP INJIN ini agak membosankan dan teringin tidak meneruskan aktiviti memancing di masa akan datang. Semua kebaikan dan keburukan datangnya dari ALLAH jua. Trip ini adalah terindah dan sangat manis bagi penulis dan ahli lain dalam trip untuk dikenang dan dijadikan panduan. JANGAN MISTERI MENYELUBUNGI DIRI ANDA. Catatan ini hanya sebagai perkongsian pengalaman semata-mata. Karut marut jangan percaya. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih
 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.
No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com

 DARI KIRI: 
SAUDARA LAWRENCE SINTI, RAZALI ALI DAN HADI HAMZAH

 AWAN DI AWAL PAGI

 MASIH DALAM PERJALANAN PERGI

 TIGA LONGGOKKAN AWAM MEMBERI ISYARAT KEPADA KAMI 
ADA TIGA MASALAH AKAN DI TEMPUHI TETAPI DAPAT MENGATASI 
HALANGAN DISEBABKAN IKATAN AWAN DIBAWAHNYA TIDAK PUTUS

 PERASAAN DENGAN AWAN

 PERASAAN JAUH MENEMBUSI LAGIT BIRU

 UMPAN MASIH TERPASANG YANG TIDAK KENA MAKAN IKAN

 ANTARA HASIL KAMI BURU

 SARAPAN

 SAUDARA RAZALI ALI

 KEHADIRAN BURUNG PERTAMA 
(BURUNG HUTAN BUKANNYA BURUNG LAUT)

 BURUNG TERUS MELANGKAH KE KADAPAN

 HINGGAP ATAS KEPALA SAUDARA PANYOLAH

 TERBANG MENINGGALKAN KAMI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 SAUDARA HADI HAMZAH

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 BURUNG KEDUA BETUL BETUL HINGGAP DEKAT PENULIS DAN 
INGIN BERKOMUNIKASI DENGAN PENULIS

 BURUNG INGIN BERKOMUNIKASI

 TERUS BERKOMUNIKASI

 JANGAN JADIKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 MAKAN TENGAHARI

 SAUDARA HADI HAMZAH

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 SAUDARA LAWRENCE SINTI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI

 LAGI HASIL BURUAN KAMI SEBELUM BALIK

 HASIL KESELURUHAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 HASIL KERISI BALI UNTUK DIJUAL KEPADA PERAIH IKAN MASIN

 HASIL OLEH SAUDARA LAWRENCE SINTI DAN RAZALI ALI

 HASIL OLEH SAUDARA HADI HAMZAH

 KEADAAN INJIN BOT KINGFISH SEMASA BALIK

 SEDIH TAPI TERPAKSA DIGERAKAN JUGA

 BIARLAH YANG BURUK TINGGAL DI LAUT DAN 
KENANGAN MANIS DI BAWA BALIK

 
JANGAN CEPAT PUTUS ASA CUBA DAN CUBA LAGI
JANGAN JADIKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI



SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

1 comment: