SAUDARA MARK TEN DENGAN KERISI BALI
SAUDARA PANYOLAH DAN PUTIH
SAUDARA MARK TEN DAN BLACK-BANDED KINGFISH
IKAN CINCULU
))) XXX (((
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH
MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip
dalam bulan Jun 2015 seperti berikut:
Tempoh : 1hari
Tempoh : 1hari
Tarikh : 13 Jun 2015 (Sabtu)
Masa : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 6.30 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 4 orang
(MARK TEN, KAMARUDIN,
PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi : Waypoint Karang-Karang, Sejali dan Pulau Mengalun.
Jenis Ikan : Kerisi Bali, Putih, Kerapu Minyak, Pisang-Pisang DLL
Teknik : 1 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Dalam trip ini hanya Saudara MARK TEN seorang saja dari Kota Kinabalu menyertai penulis. Cuaca sekitar jam 3.30 pagi hujan lebat dan kilat sabung menyabung yang menyebabkan kami terpaksa berlindung di balik Pulau Sapi. Sekitar jam 5 pagi barulah kami dapat bertolak semula ke Pulau Mengalun dan memulakan perburuan agak lewat. Kami mula berburu di kawasan Pulau Mengalun, Karang-Karang dan Sejali. Pada sebelah petang pula kami balik semula berburu ke Kawasan Pulau Mengalun.
Walaupun cuaca sepanjang siang dalam trip ini baik sekali tetapi ikan sangat kurang mematuk. Penulis beranggapan GEGARAN GEMPA BUMI yang telah melanda Gunung Kinabalu dan kawasan sekitar Ranau, Sabah pada 5 Jun 2015 adalah mempengaruhi fenomena ini. Agaknya ikan dilaut juga merasa gegaran Gempa Bumi dan menyebabkan TRAUMA. Selepas gegaran Gempa Bumi yang pertama ini berlaku dan disusuli oleh beberapa gegaran lemah gempa bumi sekiatar kawasan Ranau dan Kota Belud. Bahkan pada pukul 2.40 pagi hari kami bertolak pun masih lagi ada gegaran gempa bumi yang berlaku. Gegaran ini sangat terasa di kawasan Kota Kinabalu dan menyebabkan Saudara Alex Chin dan Timothy Chai tidak sanggup turun menyertai penulis. Sebagai kesimpulan dalam penulisan ini ikan di laut sekitar Pantai Barat Sabah tidak mematuk adalah disebabkan oleh TRAUMA GEMPA BUMI GUNUNG KINABALU DAN RANAU. Bukan hanya manusia saja yang takut tetapi makluk lain juga merasa panik.
Dalam trip ini hasil buruan kami agak kuran dalam trip ini. Ikan ikan
seperti Kerisi Bali, Putih, Kerapu
Minyak, Pisang-Pisang dan lain lain dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
KETIKA BERLEPAS DARI JETI SEKITAR JAM 3.50 PAGI
HUJAN LEBAT DI BALIK PELANGI
PELANGI ATAS PULAU MENGALUN
MATAHARI SUDAH TINGGI BARU KAMI DAPAT BERBURU
IKAN YELLOW SPOTTED TREVALLY
HASIL BURUAN KAMI
HASIL BURUAN KAMI
MAKAN TENGAHARI
MENU MAKANAN KAMI
IKAN CINCULU OLEH SAUDARA KAMARUDIN
HASIL BURUAN KAMI
SAUDARA MARK TEN DAN KERISI BALI
SAUDARA MARK TEN DAN IKAN BLACK-BANDED KINGFISH
IKAN PEGGOT YANG SEDAP DI BAKAR
HASIL BURUAN KAMI DI WAYPOINT TERAKHIR
HASIL BURUAN KESELURUHAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA MARK TEN
SANGAT PENTING PUAS HATI SEMASA BALIK
SUASANA SEMASA BALIK
SEMASA MENGHAMPIRI JETI KOTA KINABALU
SEHINGGA JUMP LAGI DALAM POST AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment