SAUDARA KUO CHEE HWA
XX OOO XX
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH
MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip
dalam bulan Mei 2015 seperti berikut:
Tempoh : 1hari
Tempoh : 1hari
Tarikh : 31 Mei 2015 (Ahad)
Masa : Bertolak: Jam 3.30 pagi / Balik: Jam 6.30 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 6 orang
(CALVIN CHONG, KUO CHEE HWA, AH MING CAI
KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS )
Lokasi : Waypoint Karang-Karang dan Pulau Mengalun.
Jenis Ikan : Kerisi Bali, Merah, Kerapu Minyak DLL
Teknik : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Dalam trip ini Saudara CALVIN CHONG, KUO CHEE HWA dan AH MING CAI
dari Kota Kinabalu pertama kali menyertai penulis memancing di sekitar
kawasan Karang-Karang dan Pulau Mengalun. Cuaca agak baik. Arus laut pula agak deras sebelah pagi dan tenang semula pada sebelah petang.
TAKAT KARANG-KARANG yang terletak di pinggir timur Pulau Mengalun adalah tidak asing bagi pemancing dan nelayan tegar di Kota Kinabalu. Keluasan takat ini mencerca sehingga 10 kilometer panjang dan 5 kilometer lebar. Atas takat ini sangat cetek dan bila air surut batu karangnya akan timbul. Takat ini juga adalah satu satunya tempat berteduh para nelayan dan pemancing bila berlaku ribut taufan. Satu perkara yang boleh dikongsikan dengan pemancing lain tentang memancing di kawasan ini yang agak pelik dan misteri. Jika memancing di kawasan ini kita akan hanya mengalami dua keadaan iaitu dapat banyak ikan dan langsung tak dapat ikan. Walau bagaimanapun misteri sebenar fenomena ini masih belum terungkai lagi punca sebenarnya. Kita jangan terlalu memikirkannya dan biarlah ia jadi misteri.
Dalam trip ini hasil buruan kami hanya sederhana. Ikan ikan
seperti Kerisi Bali, Merah, Kerapu
Minyak dan lain lain dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
MEMBUAT PERSEDIAN PERALATAN
HENING PAGI DI TAKAT KARANG KARANG
KEBIRUAN DI TAKAT KARANG KARANG
HASIL DI TAKAT PERTAMA
SAUDARA KUO CHEE HWA DAN KERISI BALI
ANTARA HASIL BURUAN KAMI
ANTARA HASIL BURUAN KAMI
ANTARA HASIL BURUAN KAMI
ANTARA HASIL BURUAN KAMI
BAGAIKAN BUAH RAMBAI OLEH SAUDARA CALVIN CHONG
KERISI BALI DI TAKAT KARANG KARANG
LAGI ANTARA HASIL BURUAN KAMI
ANTARA HASIL BURUAN OLEH SAUDARA CALVIN DAN KUO
MAKAN TENGAHARI
HASIL BURUAN KAMI DI TAKAT TERAKHIR
HASIL KESELURUHAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
IKAN KERISI BALI OLEH PENULIS DAN DUA PEMBANTUNYA
DI ISI DALAM DUA KARUNG UNTUK DIJADIKAN IKAN MASIN
HASIL KESELURUHAN OLEH
SAUDARA CALVIN CHONG, KUO CHEE HWA DAN AH MING CAI
LAGI HASIL KERISI BALI OLEH SAUDARA CALVIN CHONG, KUO CHEE HWA DAN AH MING CAI UNTUK DIJADIKAN IKAN MASIN
KETIKA BALIK KOTA KINABALU
SEMASA BALIK SEMUANYA THUMB UP
MENGAMPIRI PULAU GAYA
MELEPASI PULAU GAYA
HOMESTAY PENULIS DI SANA
MENGHAMPIRI KOTA KINABALU
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment