Sunday, December 14, 2014

PERUNDING MEMANCING


 SAUDARA TIMOTHY CHAI

 SAUDARA ALEX CHIN

 SAUDARA MJ CHONG

 PERUNDING MEMANCING

 XOX

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing bulan Disember 2014 seperti berikut:  
Tempoh               :
2hari1malam 
Tarikh Bertolak : 12 Disember 2014 (Jumaat) (Jam 3.00 petang) 
Tarikh Balik       : 13 Disember 2014 (Sabtu) (Jam 1.00 petang) 
Bot                      : KINGFISH 
Keahlian            : 6 orang
                              (TIMOTHY CHAI, ALEX CHIN, MJ CHONG

                              KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)\
Lokasi                : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun 
Jenis Ikan         :  Tenggiri, Putih, Kerisi bali, Kerapu Bara, 
                              Kerapu Minyak, Pisang Pisang, Titir DLL 
Teknik               : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

Saudara TIMOTHY CHAI, ALEX CHIN dan MJ CHONG dari Kota Kinabalu menyertai penulis dalam trip 2hari1malam ini. Trip ini adalah mungkin trip penutup bagi Saudara Timothy dan Alex dalam tahun ini (2014).  Sebagaimana yang di minta oleh Saudara Timothy, trip bermalam ini untuk memburu ikan tenggiri. Walaupun ketika ini sudah bermula musim monsoon Timur Laut namun kami memberanikan diri untuk memancing malam di sekitar Pulau Mengalun. Ternyata kami hanya dapat bertahan memancing malam sekitar 4 jam sahaja sebelum kami berlindung di balik Pulau Mengalun akibat gelombang tinggi dan angin Timur Laut yang kencang. Bagi penulis KESELAMATAN DI LAUT ADALAH KEUTAMAAN.

Penulis menamakan trip ini sebagai PERUNDING MEMANCING sebab setiap pemancing  mempunyai beberapa level tahap kemahiran, pengalaman dan citarasa mereka. Bagi penulis secara khususnya PERUNDING MEMANCING sangat diperlukan oleh setiap pemancing masakini dan selamanya. Pelbagai peralatan memancing juga seperti Fishing Gears, Fish Finder, GPRS, Fishing Boat dan sebagainya dengan pelbagai jenama telah diperkenalkan oleh pihak berkenaan di Negara Malaysia. Persoalannya adakah setiap pemancing tahu menggunakan peralatan yang mereka gunakan secara profesional dan selamat. 

MEMANCING MEMERLUKAN JURU PERUNDING KHAS bagi menasihati mereka secara betul dan profesional. Rata-rata para pemancing kita pada hari ini hanya mendapat nasihat atau mendengar cerita-cerita daripada kawan-kawan sahaja atau pembacaan melalui buku/majalah/internet. Penceritaan tersebut pula mungkin tidak pasti kebenarannya. Nasihat perunding memancing juga sangat diperlukan dalam aspek KESELAMATAN, FAKTOR CUACA dan ASPEK GEO-LAUT/SUNGAI/KOLAM. Penulis mengesyorkan kepada pihak universiti tempatan agar menilai keperluan kerjaya PERUNDING MEMANCING dimasa akan datang.  FAKULTI untuk perunding ini sangat perlu dilebarkan demi keperluan industri memancing negara ini dan kemapanan (sustainable) ikan ikan kita.

Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya." 

Sila hubungi.

No. Telefon:   Esmadol - 60198956757 / Ir Syard - 60168111185
Email:          esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 KETIKA BERLEPAS DARIPADA KOTA KINABALU

 MAKAN MALAM

 IKAN TENGGIRI YANG TIDAK MENGECEWAKAN KAMI

 GARIS-GARIS CAHAYA SUBUH

 PERUNDING MEMANCING

 SAUDARA KAMARUDIN DAN KERAPU BARA ATAU SUNO

 KERAPU BARA ATAU SUNO

 IKAN SULIT PAPAN SEBERAT I KILO

 TRIPLE HOOKED OLEH SAUDARA KAMARUDIN

 SAUDARA PANYOLAH DAN IKAN PUTIH

 SAUDARA TIMOTHY DENGAN YELLOW-SPOTTED TREVALY

 SAUDARA TIMOTHY CHAI DAPAT MEMBURU 
IKAN TENGGIRI DENGAN MENGGUNAKAN JIG SAHAJA

 MEMBUKA JIGGER DARIPADA TENGGIRI PERLUKAN PERUNDING

 KERISI BALI

 SAUDARA MJ CHONG

 SAUDARA ALEX CHIN SEMPAT BERPOSING SEBELUM BALIK

 HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA ALEX CHIN

 HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA TIMOTHY CHAI

 HASIL KESELURUHAN OLEH PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 CERIA DALAM TRIP PERUNDING MEMANCING

 ADAKAH ANDA PERLUKAN PERUNDING MEMANCING????


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment