Monday, December 1, 2014

ABILITI MERAMAL CUACA

 SAUDARA YUSNIN DOUBLE HOOKED

 SAUDARA KAMARUDIN DAN KERAPU BARA/SUNO

ABILITI MERAMAL CUACA

~~~~~~ OOOO ~~~~~~

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing bulan November 2014 seperti berikut:  
Tempoh               : 2hari1malam
Tarikh Bertolak : 29 November 2014 (Sabtu) (Jam 4.00 petang)
Tarikh Balik       : 30 November 2014 (Ahad) (Jam 4.00 petang)
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 5 orang
                              (YUSNIN , MARK TEN, KAMARUDIN,
                               PANYOLAH DAN PENULIS)                
Lokasi                : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan         :  Kerisi bali, Kerapu Bara, Cupi, Titir,
                              Kerapu Minyak, Pisang Pisang DLL
Teknik               : 2 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

Ahli Pemancing yang menyertai penulis pada kali ini adalah terdiri daripada Saudara YUSNIN dari Kuala Lumpur dan MARK TEN dari Kota Kinabalu. Trip bermalam ini sememangnya telah dirancang awal oleh Saudara YUSNIN untuk memburu ikan tenggiri dan ikan-ikan lain yang bersaiz mega pada waktu malam. 
 
Dalam trip ini cuaca di laut memang sangat mencabar kami. Mengikut ramalan cuaca dalam internet (alam maya) dunia, cuaca di sekitar kawasan Pulau Mengalun agak tenang dan selesa memancing bagi bot KINGFISH. Sebaliknya cuaca sebenar yang berlaku pada petang sabtu (29/11/2014) sehingga petang ahad (30/11/2014) bagitu mengecewakan kami. Agensi/Pusat ramalan cuaca tidak pasti atau mempunyai ABILITI MERAMAL CUACA secara tepat dan sempurna. Angin Barat Daya yang berterusan disertai dengan hujan lebat langsung tidak memberi ruang untuk kami memancing. KESELAMATAN DI LAUT adalah keutamaan penulis. kami terpaksa menghabiskan masa untuk berteduh dan berehat sahaja di balik Pulau Mengalun sepanjang malam dan siang ahad. Kami hanya berkesempatan dapat memancing pada pagi ahad iaitu hanya satu lubuk sahaja di kawasan Sejali sebelum berteduh balik di Pulau Mengalun. Kami juga tidak mengambil risiko keselamatan lalu kami balik awal ke Kota Kinabalu.
 
Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.
 
No. Telefon:   Esmadol - 60198956757 / Ir Syard - 60168111185
Email:          esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com


 CERIA SAUDARA YUSNIN DAN MARK TEN SEMASA BERTOLAK

 MAKAN MALAM

 MAKAN MALAM

 MENU MAKAN MALAM

 SESI PEMBELAJARAN

 BARAT DAYA BERTERUSAN HINGGA KE AWAL PAGI AHAD

 SAUDARA YUSNIN YANG CEKAL MEMANCING

 SAUDARA YUSNIN SEMPAT MEMBURU KERAPU BARA DAN KERISI BALI

 SAUDARA KAMARUDIN DAN KERAPU BARA

 KERAPU BARA

 CUPI ATAU MERAH CORENG OLEH SAUDARA YUSNIN

 HASIL BURUAN KAMI HANYA DI SATU LUBUK SAHAJA

 TERPAKSA CABUT LARI

 BERTEDUH DI BALIK PULAU MENGALUN

 BARAT DAYA YANG KENCANG

 REHAT DAN HANYA MEMERHATIKAN ANGIN DAN HUJAN AKAN TIBA

TERPAKSA BALIK AWAL KE KOTA KINABALU


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment