Monday, October 21, 2013

MENCUBA DI KALA BULAN MENGEMBANG

 SAUDARA TIMOTHY CHAI DENGAN BARRACUDA

 SAUDARA TIMOTHY CHAI DENGAN TENGGIRI

 SAUDARA TIMOTHY CHAI DENGAN KERAPU BARA / SUNO

 PENULIS DENGAN KERISI BALI

 PENULIS DENGAN KERAPU BARA / SUNO

  HASIL BURUAN KESELURUHAN KAMI
 
~~~~~~ << XXX >> ~~~~~~

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing bulan Oktober 2013 seperti berikut: 
Tempoh               : 2hari1malam
Tarikh Bertolak : 19 Oktober 2013 (Sabtu) (Jam 4.00 pagi)
Tarikh Balik       : 20 Oktober 2013 (Ahad) (Jam 1.00 t/hari)
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 5 orang
                              (TIMOTHY, IR SYAD, ZUL
                               PANYOLAH DAN PENULIS)                
Lokasi                : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan         :  Tenggiri, Barracuda, Kerapu Bara,
                              Kerisi bali, Putih, Tomato Rockcod,
                              Pisang Pisang, Kerapu Minyak, Titir DLL
Teknik               : 1 orang Rod and Reel dan 5 orang Handline.
 
Penulis hampir sebulan lepas tidak memancing ke laut lepas akibat angin Barat Daya yang agak kencang melanda perairan Kota Kinabalu. Ahli Pemancing yang menyertai penulis pada kali ini adalah terdiri daripada Saudara TIMOTHY CHAI dari Kota Kinabalu, IR SYAD, ZUL dan PANYOLAH. Pada asalnya trip ini hanya dirancang untuk penulis dan anak penulis serta 2 orang pembantu penulis sahaja, Walau bagaimanapun di saat terakhir Saudara Timothy Chai telah mengesahkan penyertaan beliau untuk ikut  bersama dalam trip bermalam ini. 
 
Sebagai makluman para pembaca di luar sana, trip ini di lakukan sekadar ingin MENCUBA DI KALA BULAN MENGEMBANG PENUH. Mengikut pengalam penulis apabila keluar memancing ketika bulan mengembang penuh adalah SANGAT berisiko. Antara risiko yang penulis selalu hadapi adalah:
 
PERTAMA - Arus laut sangat deras atas tekanan gravity bulan. Risikonya sukar untuk memancing dengan menggunakan teknik hanyutan (drifting) seperti penulis selalu lakukan. Arus laut yang deras juga sukar memancing dan terpaksa menggunakan timah yang berat sehingga 1 kilo di kedalaman laut antara 100 hingga 200meter. 
 
KE DUA - Jika memancing di kawasan Kota Kinabalu, Sabah umpan ikan basong sangat sukar di beli/perolehi sebab tiada nelayan yang menggunakan Pukat Jerut keluar menangkap ikan basong. Risikonya kita terpaksa menggunakan umpan daripada ikan kecil lain atau ikan basung yang telah dibekukan lama atau ikan basung yang telah buruk ataupun terpaksa beli dengan harga yang paling tinggi.
 
KE TIGA - Memancing malam dengan menggunakan lampu limpah atau pencahayaan sokongan lain tidak mampu menarik perhatian ikan ikan di bawah sana sebab cahaya bulan lagi mengatasi pencahayaan kapal/perahu pemancing. Risikonya adalah hasil buruan (ikan ) sangat berkurangan di kala BULAN MENGEMBANG. 
 
KE EMPAT - Risiko lain adalah seperti angin kencang datang secara tiba-tiba, ribut petir dan sebagainya.
 
Akibat sudah lama tidak memburu, dalam trip ini penulis telah memperjudikan nasib dan pasrah dengan ketentuan rezeki ALLAH berikan jua. Rugi pun rugi lah. Di awal pagi Sabtu kami telah di landa gelombang agak tinggi dan arus dari arah selatan agak deras. Di waktu malam pula kami sempat memancing sehingga jam 10.00 malam sahaja sebelum berlindung dan rehat di balik Pulau Mengalun akibat hujan lebat dan petir/guruh sabung menyabung. Sangat menakutkan dan merbahaya jika terus memancing di laut lepas.  
 
Dalam trip ini juga hasilnya tidak menghampakan. Kami dapat menuai ikan seperti Tenggiri, Kerapu Bara/Suno, Barracuda, Kerisi Bali, Putih, Kerapu Minyak dan sebagainya. REZEKI ADA DI MANA MANA CUMA KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENCARINYA. 
 
Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.
 
No. Telefon:   Esmadol - 60198956757 / Ir Syard - 60168111185
Email:          esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com


 ANTARA AHLI TRIP

 HASIL BURUAN DI WAYPOINT PERTAMA PADA PAGI SABTU

 TOMATO ROCKCOD OLEH SAUDARA IR SYAD

 KERAPU BARA ATAU SUNO OLEH SAUDARA TIMOTHY

 ANTARA HASIL BURUAN PADA SABTU

 CORONATION TROUT DAN PENULIS

 PROSES MEMINDAHKAN IKAN KE TONG UTAMA

 KERAPU BARA ATAU SUNO OLEH PENULIS

 KERAPU BARA ATAU SUNO DARI ARAH DEPAN

 SPESIS GOATFISH

 KERISI BALI OLEH SAUDARA PANYOLAH

 KERISI BALI OLEH SAUDARA ZUL

 LAGI HASIL BURUAN PADA SABTU

 LAGI HASIL BURUAN PADA SABTU

 MENU TENGAHARI KAMI

 MAKAN TENGAHARI

 KERISI BALI DAN PENULIS

 LAGI HASIL BURUAN PADA SABTU

 KETIKA PROSES MEMILIH WAYPOINT BARU

 WALAUPUN TEDUH TAPI MASIH BERALUN

  HAMPIR SENJA

 MAKAN MALAM

 IKAN MERAH OLEH SAUDARA TIMOTHY

 SAUDARA TIMOTHY STRIKE BARRACUDA

 SAUDARA TIMOTHY STRIKE LAGI TENGGIRI

 TIDUR DAN REHAT DI BALIK PULAU MENGALUN

 SAUDARA TIMOTHY DAN PANYOLAH DENGAN IKAN PUTIH

 ANTARA HASIL BURUAN DI PAGI AHAD

 SAUDARA ZUL DENGAN TOMATO ROCKCOD

 SAUDARA TIMOTHY STRIKE LAGI DENGAN KERAPU BARA

 BLACH-TIPPED COD

 HASIL BURUAN DI WAYPOINT TERAKHIR PADA AHAD

 HASIL BURUAN KESELURUHAN PENULIS DAN 3 PEMBANTUNYA

 SAUDARA ZUL KETIKA PROSES MENGASINGKAN HASIL

 TERPAKSA DI BANTU OLEH SAUDARA PANYOLAH

 SAUDARA TIMOTHY PULA MEMERHATIKAN

 BERMACAM TANDA DITUNJUKAN SEBAGAI KEPUASAN

 HASIL DARI SUDUT LAIN

 SAUDARA TIMOTHY DARI SUDUT LAIN

 SAUDARA TIMOTHY DENGAN IKAN MEGA BELIAU

 KETIKA MENGHAMPIRI KOTA KINABALU 
SAUDARA TIMOTHY MASIH LAGI MENGATUR IKANNYA


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
 

No comments:

Post a Comment