PENULIS
>>>OOO<<<
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH
MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip
dalam bulan Ogos 2013 seperti berikut:
Tempoh : 1hari
Tempoh : 1hari
Tarikh : 04 Ogos 2013 (Ahad)
Masa : Bertolak: Jam 5.00 pagi / Balik: Jam 5.00 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 6 orang
(ALEX CHIN, TIMOTHY CHAI,
KENNETH CHONG, KAMARUDIN,
PANYOLAH DAN PENULIS)
Lokasi : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan : Kerapu Bara/Suno, Putih, Tenggiri,
Pisang Pisang, Tambak/landuk,
Kerapu Minyak, Titir DLL
Teknik : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Saudara ALEX CHIN, TIMOTHY CHAI dan KENNETH CHONG dari Kota Kinabalu telah bersungguh sangat mengajak penulis untuk memancing dalam bulan Ramadhan ini. Dialog antara penulis dengan Saudara Timothy Chai pada 01/08/2013 seperti berikut:
Tim: Hello!!...Sudah lama tidak makan ikan segar yang dipancing dari laut ni. Ikan di pasar tu faham fahamlah kadang kadang ada kandungan ubat pengawaet....yang menyebabkan kanser.
Penulis: Wah! boss bulan Puasa ni saya perlu memberikan keutamaan kepada ibadah Puasa dululah.
Tim: Boleh tahan juga ma... Kita jangan lama di laut lah bertolak lepas sahur dan balik sebelum sungkai. Boleh tahan juga kan. Tidak berapa haus dan lapar ma.. Saya tau tuan hardcore and adventureous.
Penulis: Okey lah. Pasal memancing punya aktiviti, on trip memancing boss pada 04 Ogos 2013 (Ahad).
Tim: Tolong sediakan umpan dan sikit makanan untuk kami 3 orang saja. Tuan dan 2 tekong tuan tidak payah makanlah sebab puasa.
Penulis: Okey set semunya.
Maka tibalah hari trip yang penuh cabaran terutamanya dalam mengharungi liku liku ibadah puasa ini. Alhamdulillah dengan penuh sabar dan iringan doa, cabaran tersebut penulis dan 2 pembantunya dapat mengharunginya tanpa masalah. Alah Bisa Tegal Biasa. Ibadah puasa tetap diteruskan hingga waktu sungkai sebenar pada jam 6.35 petang. Lapar dan dahaga tidak terasa sebab asyik menarik ikan sahaja. INILAH ANTARA PAHIT MAUNG DAN GETIR KEHIDUPAN NELAYAN SEBENAR SEMASA BULAN PUASA. Nasihat penulis kepada rakan diluar sana, Jika Membeli Ikan Terus Daripada Nelayan, Jangan Menawar Harga Yang lebih Rendah Dari Pasaran Semasa.
Dalam trip ini
beberapa ekor KERAPU BARA ATAU SUNO yang sangat tinggi grednya dalam pasaran telah
dapat kami tawan. Kami memancing di sekitar kawasan Sejali dan
Pulau Mengalun sahaja. Ikan
ikan lain seperti Putih, Tenggiri, Tambak/landuk, Pisang Pisang, Kerapu Minyak, Titir dan
lain lain dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
SAUDARA ALEXCHINNCERIA SEMASA AWAL SUBUH
PENULIS DI BALIK WARNA IKAN
SAUDARA TIMOTHY CHAI MEMBUKA MATA KAIL DARI BARA
SAUDARA TIMOTHY CHAI TERSENYUM
DENGAN HASIL BARA
HASIL BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
IKAN PISANG PISANG
SAUDARA PANYOLAH DENGAN BARA
SAUDARA KAMARUDIN DENGAN BARA
HASIL BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
SAUDARA ALEX CHIN DENGAN BARA
HORMAT TABIK BARA OLEH SAUDARA ALEX CHIN
HASIL BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
MAAF HANYA KAMI BERTIGA MAKAN TENGAHARI
SAUDARA KAMARUDIN DENGAN PUTIH
SAUDARA PANYOLAH DENGAN LANDUK/TAMBAK
HASIL BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
SAUDARA KENNETH CHONG DENGAN TENGGIRI
SAUDARA TIMOTHY CHAI DOUBLE HOOKED LANDUK/TAMBAK
HASIL BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
SEBELUM BALIK
HASIL BURUAN KESELURUHAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA
HASIL KESELURUHAN SAUDARA KENNETH CHONG
SAUDARA TIMOTHY CHAI MEMBAHAGI BAHAGIKAN
HASIL BURUAN MEREKA DENGAN SAUDARA ALEX CHIN
BARA SEMASA PUASA 2013
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
umpan apa ?
ReplyDeleteUmpan ikan basong saja tuan elamaaran17
ReplyDeleteikan yang dipancing tuan dan pembantu biasanya diberi kepada pemancing atau tidak? kalau nak ikut memancing dengan tuan boleh tak beri cadangan set pancing yang perlu dibawa? terima kasih.
ReplyDeleteSaudara BMZ, tidak tuan. IKan yang saya dan pembantu saya pancing biasanya dijual kepada rakan rakan di pusat bandar atau pemancing yang ikut sama. Mereka beli semasa di laut lagi. Masing masing pancing maknaya. Set pancing kena guna Multi player yang mempunyai ratio 6:1 atau 2 sebab waypoint kita tuju sehingga 200m. Jangan guna spinning reel langsung tak sesuai. tkasih
Deletehebat tn..da lama mgikuti blog saudara tapi blm brkesempatan ikut mancing..satu hari nanti mesti mau pgi
ReplyDelete..
Saudara BL, Boleh tuan pada satu hari nanti. Tkasih
Delete