Monday, August 5, 2013

BARA SEMASA PUASA 2013


SAUDARA TIMOTHY CHAI 

 SAUDARA ALEX CHIN

 SAUDARA KENNETH CHONG

 SAUDARA KAMARUDIN DAN PANYOLAH

 PENULIS

>>>OOO<<<

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan Ogos 2013 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 04 Ogos 2013 (Ahad)
Masa                   : Bertolak: Jam 5.00 pagi / Balik: Jam 5.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 6 orang  
                             (ALEX CHIN, TIMOTHY CHAI, 
                             KENNETH CHONG, KAMARUDIN,  
                             PANYOLAH DAN PENULIS)
Lokasi               : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan         : Kerapu Bara/Suno, Putih, Tenggiri,
                            Pisang Pisang, Tambak/landuk,  
                            Kerapu Minyak, Titir DLL 
Teknik               : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                              
Saudara ALEX CHIN, TIMOTHY CHAI dan KENNETH CHONG dari Kota Kinabalu telah bersungguh sangat mengajak penulis untuk memancing dalam bulan Ramadhan ini. Dialog antara penulis dengan Saudara Timothy Chai pada 01/08/2013 seperti berikut: 

Tim: Hello!!...Sudah lama tidak makan ikan segar yang dipancing dari laut ni. Ikan di pasar tu faham fahamlah kadang kadang ada kandungan ubat pengawaet....yang menyebabkan kanser.
Penulis: Wah! boss bulan Puasa ni saya perlu memberikan keutamaan kepada ibadah Puasa dululah. 
Tim: Boleh tahan juga ma... Kita jangan lama di laut lah bertolak lepas sahur dan balik sebelum sungkai. Boleh tahan juga kan. Tidak berapa haus dan lapar ma.. Saya tau tuan hardcore and adventureous.
Penulis: Okey lah. Pasal memancing punya aktiviti, on trip memancing boss pada 04 Ogos 2013 (Ahad).
Tim: Tolong sediakan umpan dan sikit makanan untuk kami 3 orang saja. Tuan dan 2 tekong tuan tidak payah makanlah sebab puasa.
Penulis: Okey set semunya.

Maka tibalah hari trip yang penuh cabaran terutamanya dalam mengharungi liku liku ibadah puasa ini. Alhamdulillah dengan penuh sabar dan iringan doa, cabaran tersebut penulis dan 2 pembantunya dapat mengharunginya tanpa masalah. Alah Bisa Tegal Biasa. Ibadah puasa tetap diteruskan hingga waktu sungkai sebenar pada jam 6.35 petang. Lapar dan dahaga tidak terasa sebab asyik menarik ikan sahaja. INILAH ANTARA PAHIT MAUNG DAN GETIR KEHIDUPAN NELAYAN SEBENAR SEMASA BULAN PUASA. Nasihat penulis kepada rakan diluar sana, Jika Membeli Ikan Terus Daripada Nelayan, Jangan Menawar Harga Yang lebih Rendah Dari Pasaran Semasa. 

Dalam trip ini beberapa ekor KERAPU BARA ATAU SUNO yang sangat tinggi grednya dalam pasaran telah dapat kami tawan. Kami memancing di sekitar kawasan Sejali dan Pulau Mengalun sahaja. Ikan ikan lain seperti Putih, Tenggiri, Tambak/landuk, Pisang Pisang, Kerapu Minyak, Titir dan lain lain dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

SAUDARA ALEXCHINNCERIA SEMASA AWAL SUBUH

PENULIS DI BALIK WARNA IKAN
 
 
 SAUDARA TIMOTHY CHAI MEMBUKA MATA KAIL DARI BARA

SAUDARA TIMOTHY CHAI TERSENYUM 
DENGAN HASIL BARA

HASIL BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

 IKAN PISANG PISANG

SAUDARA PANYOLAH DENGAN BARA

SAUDARA KAMARUDIN DENGAN BARA

HASIL BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

SAUDARA ALEX CHIN DENGAN BARA

HORMAT TABIK BARA OLEH SAUDARA ALEX CHIN

HASIL BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

MAAF HANYA KAMI BERTIGA MAKAN TENGAHARI

SAUDARA KAMARUDIN DENGAN PUTIH

SAUDARA PANYOLAH DENGAN LANDUK/TAMBAK

HASIL BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

SAUDARA KENNETH CHONG DENGAN TENGGIRI

SAUDARA TIMOTHY CHAI DOUBLE HOOKED LANDUK/TAMBAK

HASIL BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA 
SEBELUM BALIK

HASIL BURUAN KESELURUHAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA

HASIL KESELURUHAN SAUDARA KENNETH CHONG

SAUDARA TIMOTHY CHAI MEMBAHAGI BAHAGIKAN
 HASIL BURUAN MEREKA DENGAN SAUDARA ALEX CHIN

BARA SEMASA PUASA 2013

SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
 

6 comments:

  1. Umpan ikan basong saja tuan elamaaran17

    ReplyDelete
  2. ikan yang dipancing tuan dan pembantu biasanya diberi kepada pemancing atau tidak? kalau nak ikut memancing dengan tuan boleh tak beri cadangan set pancing yang perlu dibawa? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara BMZ, tidak tuan. IKan yang saya dan pembantu saya pancing biasanya dijual kepada rakan rakan di pusat bandar atau pemancing yang ikut sama. Mereka beli semasa di laut lagi. Masing masing pancing maknaya. Set pancing kena guna Multi player yang mempunyai ratio 6:1 atau 2 sebab waypoint kita tuju sehingga 200m. Jangan guna spinning reel langsung tak sesuai. tkasih

      Delete
  3. hebat tn..da lama mgikuti blog saudara tapi blm brkesempatan ikut mancing..satu hari nanti mesti mau pgi
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara BL, Boleh tuan pada satu hari nanti. Tkasih

      Delete